Ada 2 kes berlaku hari ini, berkait rapat dengan deria bau aku ni:
Kes 1
Geng cuci opis datang, tukar botol semburan wangian kat dinding. Bau dia, masya Allah punya kuat gila. Kembang kempis aku bernafas sambil tekup hidung dengan tudung. Akhirnya aku terpaksa menahan pening yang amat sangat waktu lunch.
Kes 2
Kirim lunch dengan Kak Yah, teringat lama dah tak makan ikan selain ikan bilis. Aku pun pi berehat dalam bilik, baring dan terlelap dalam 5 - 10 minit. Aku bangun terjaga pukul 1.50 petang, terserempak dengan Ally dan Kak Yah. Aku teruskan hajat untuk ke restroom sebelum join mereka lunch.
Masuk pantry, wah...bau tomyam Kak Yah semerbak! Mengancam jiwa ku...walau lauk lunch aku ringkas, aku happy sebab ikan kembung goreng tu masih panas isinya ketika aku cubit. Melantak la aku tanpa banyak bercakap, sedap wooo makan panas-panas.
Pelbagai isu pihak senate pantry bincangkan sambil makan. Aku pun ada menyampuk sesekali. Habis makan, cuci tangan dah dengan sabun tapi....bau ikan masih tegar!!! Dan tanda yang lebih jelas aku makan ikan kerana mulut aku pun bau ikan....naik malu plak kot-kot orang boleh bau ikan kat aku.
p/s: Kihkihkihkhi...dalam hati berbisik macam kucing plak aku ni!!
No comments:
Post a Comment