Hum....dari semalam aku memang dah berbisik di hati, nak makan nasi kerabu esok pagi kat opis, aku nak sms Kak Yah pagi esok minta tolong dia beli kalau dia sempat. Maksud aku kalau dia terkejar-kejar sebab terlambat turun, tak payah la...aku tak la kempunan. Sebab dah banyak kali aku pesan dia beli sejak aku dah tak lalu kat area situ lagi.
Tengah-tengah KL kalau dapat nasi purple + ayam goreng + budu + sambal + kelapa + sayur/ ulam dengan harga RM2.50, korang percaya tak? Nasi dia banyak OK! Sedap aku melantak tadi tak banyak cakap sebab menikmati makanan bernama Nasi Kerabu @ Stesen LRT Universiti.
Nak jadi kisah, aku sms Kak Yah sekitar 7.15 pagi. Aku harap dia baca sms aku tu, sms minta tolong. Jam 8.05 pagi aku pun ajak si Mary join makan, biasanya dia tak nak makan, just minum air. Hari ni dia dah ingatkan aku supaya lain kali kalau nak order nasi kerabu, tanya dia sekali nak ke idak. Untuk tidak menyedihkan ramai pihak, sob...sob...sob...aku akan sms Mary pukul 6.45 pagi lebih kurang. Kalau tak dapat balasan, by 7.15 pagi aku pesan alone kat kak Yah.
Biasa pagi kena makan berat sikit berbanding lunch dan dinner. Itu baru nama pemakanan yang baik. Aku nak makan prune plak pasni...adooii..tak sedap!
p/s: Azad mintak tolong plak...tu la jangan buat jahat kat orang lagi lain kali, nasib baik aku nak tolong!
No comments:
Post a Comment