Hum...pagi-pagi dah buat aku hangin satu badan. Mentang-mentang la aku baru je puji-puji sikit kebersihan, kecantikan landscape, kolam renang, playground kat kondo aku ni last weekend, terus hari ni aku kepit dek lif no. 2 tu!
Ohh...aku dok kat Danau Murni Condominium, Taman Desa. Aku dok bezakan dengan Gurney Condominium di KL, dari segi appearance menang lagi la management condominium aku. End of last year aku ada la complaint pasal kebersihan lif, mentang-mentang kerja cleaning sampai hari Sabtu sahaja, bantai hari Ahad bersepah-sepah sampah dalam lif. Aku kisah apa, itu management kena tengok jugak sebab every months aku bayar RM120++ untuk yuran maintenance sahaja base on keluasan rumah aku yang kecil tu.
Kalau aku tau lif kat condominium tu takde sensor keselamatan, dah lama aku complaint. Aku lupa nak tengok sijil angkut masih aktif atau tidak. Well, setahu aku negara kita ada undang-undang, setiap mesin angkut perlu memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan demi keselamatan pengguna.
Hum...aku nak complaint hal aku terkepit pagi ni kepada management. Nasib aku selamat, buat lif tu kepit warga emas, kanak-kanak sekolah, baby ke...macamana? Aku tak puas hati tu sebab walau aku dah tolak pintu dia ketika kepit aku, pintu tu tetap terus menutupkan pintunya. Hampeh....!!!
p/s: Sakit gila lengan aku. Autogate pun kadang-kadang bahaya untuk pregnant mama, sebab tu ada sesetengah company bagi kelonggaran pada golongan ini.
No comments:
Post a Comment