Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Thursday, March 4, 2010

Teksi oh teksi...

Sejak aku dah masuk balik opis ni, pagi aku dihantar oleh suami. Petang aku kena balik sendiri. Kenapa? Aku dinasihatkan tidak memandu kereta sehingga keadaan mengizinkan atas arahan doktor.

Dan bila balik sendiri tu bukan bermaksud aku naik bus atau mana-mana train. Kawasan rumah aku tu tak mesra alam, tiada banyak pilihan kemudahan awam selain bus atau teksi. Kalau opis suami aku dekat, sanggup aku tunggu dengan syarat dia kena balik on time pukul 5.30 petang sebab aku habis kerja pukul 4.30 petang. Tapi memandangkan jarak, kadar kesesakan lalu lintas dan masa kerja dia yang tidak menentu, aku mengalah memilih untuk menaiki teksi.

Mula-mula naik dulu harga Mid Valley ke Taman Desa lebih kurang RM8.20 hingga RM8.50. Hairan aku sebab kalau tak salah aku teksi ni pakai meter, sepatutnya kalau lalau sama, harga kena tetap sama. Ni tak hari-hari harga lain-lain.

Jadi, petang semalam aku naik teksi yang dipandu oleh seorang pakcik yang agak berusia. Aku cakap ke Taman Desa, dia angguk kepala setuju. Aku pun masuk dan diam sahaja sambil mendengar radio yang dipasang. Dia membawa aku melalui laluan terus ke Jalan Klang Lama. Sampai simpang Taman Desa, aku memberi tunjuk arah sampai ke rumah.

Aku: Berapa pakcik?
Pakcik teksi: ......sembilan.
Aku: Ni dia pakcik (sambil menghulur not RM10).
Pakcik teksi: (Lama gak dia keluar duit sana, cari sini dan kemudian menghulurkan baki) Terima kasih.
Aku: Terima kasih pakcik (sambil terkedu dan keluar dari teksi).

Aku mengira baki yang pakcik teksi hulurkan pada aku sebanyak RM2.10. Jadi bermakna harga teksi aku naik semalam RM6.90. Murah dari harga selalu yang harus dibayar. Aku doakan rezeki pakcik tu murah kerana dia jujur dalam bekerja, insya Allah rezeki dia lebih luas selepas ini. Amin.

p/s: Keliru dengan situasi kegairahan manusia mencari wang dan mengumpul harta dunia!! Harta akhirat camna yek....????

Wednesday, March 3, 2010

Cerita bau-bauan....

Ada 2 kes berlaku hari ini, berkait rapat dengan deria bau aku ni:

Kes 1

Geng cuci opis datang, tukar botol semburan wangian kat dinding. Bau dia, masya Allah punya kuat gila. Kembang kempis aku bernafas sambil tekup hidung dengan tudung. Akhirnya aku terpaksa menahan pening yang amat sangat waktu lunch.

Kes 2

Kirim lunch dengan Kak Yah, teringat lama dah tak makan ikan selain ikan bilis. Aku pun pi berehat dalam bilik, baring dan terlelap dalam 5 - 10 minit. Aku bangun terjaga pukul 1.50 petang, terserempak dengan Ally dan Kak Yah. Aku teruskan hajat untuk ke restroom sebelum join mereka lunch.

Masuk pantry, wah...bau tomyam Kak Yah semerbak! Mengancam jiwa ku...walau lauk lunch aku ringkas, aku happy sebab ikan kembung goreng tu masih panas isinya ketika aku cubit. Melantak la aku tanpa banyak bercakap, sedap wooo makan panas-panas.

Pelbagai isu pihak senate pantry bincangkan sambil makan. Aku pun ada menyampuk sesekali. Habis makan, cuci tangan dah dengan sabun tapi....bau ikan masih tegar!!! Dan tanda yang lebih jelas aku makan ikan kerana mulut aku pun bau ikan....naik malu plak kot-kot orang boleh bau ikan kat aku.

p/s: Kihkihkihkhi...dalam hati berbisik macam kucing plak aku ni!!

Tuesday, December 8, 2009

Kenapa yek aku makin mengantuk dan malas???

Aku hairan la...malam smlm aku tido awal, seawal pukul 9.00 malam ekoran hubby tak sihat. Dia makan ubat dan mengantuk, ajak aku masuk bilik....wah..bonus utk aku la sebab aku ni hobinya TIDUR!!

Bangun pulak pukul 5.30 pagi, takde masalah...cukup 8 jam tidur. Gosok baju, panaskan air dan mandi. Pukul 6.35 pagi dah chow pergi keje. So, nak dijadikan kisah aku punch card pukul 6.58 pagi. Sampai opis, perut bunyi-bunyi....ehhehehh..makan roti 1 buku and minum air masak ajor...!!

Hari ni lagi dahsyat, siap kena walk-a-tune sekeliling opis nak elak mengantuk. Lagi azab sebab internet down, apa punya bala da...keje ada ni nak kena settle tapi maklumat mana aku nak korek...haiyaaa...manyak sedih looooll...

Sunday, November 8, 2009

Hari terakhir kursus IES VE 5.9

Last day training, adalah perkara yang paling memeningkan. Dengan segala info cari, key in plak data tu dalam system, kemudian nak kejar pengajar yang kata klik sana, klik sini, ini adalah utk blablabla..

Seriously, aku dapat bertahan 2 jam pertama sahaja, aku kemudiannya pening....pening kerana dalam masa 3 hari berbagai input nak pasak dalam kepala ni!!!

Kepada kawan-kawan yang akan menggunakan CFD, selamat berjaya dan sila beri tunjuk ajar nanti yea. Aku? HVAC sedia menanti di pejabat, so mesti ada kena punya....

Wednesday, October 22, 2008

Gossip......

Last weekend I was shocking with this news. Oh my god, he really make it!! Since there was no true evidence that I can believe on, leave it that way.

Second gossip was happening at my office. Here and there people try to show ability and capability to bosses. I'm tried to get involve but my concern is to ensure smoothness of my process in near future. Another thing, why people could take LEAVE even their big task is on going??? Really make me confuse....wawawaa....talak faham...!!! Your responsibility, your own duty, you even don't want to care about it, then are you expecting people to look after it??? Really crazy...

Friday, October 17, 2008

PHD dikalangan kita

Aku bengang sangat2, ada patut dia nak samakan aku dengan dia. Aku tahu dia lebih senoir dari aku tapi tolong la ye, jangan sibuk jaga tepi kain org kalau kain awak tu blum tentu cantik. Untung nasib saya, saya akan usahakan. Untung nasib awak, sila usahakan sendiri. Jangan nak samakan saya dengan awak. Sebab saya tak bangang macam awak, saya sentiasa menjadi terbaik untuk diri dan org sekeliling.

Apa la dengki sangat kat aku, biar la aku nak buat apa pun untuk diri aku, bukan aku mintak duit orang, bukan aku tak buat kerja, bukan aku curah pasir kat periuk nasi kau, punya la aku tak faham...belajar tinggi2, tu aje yang kau faham ye!!! Kesian....

P = perasaan
H = hasad
D = dengki

PHD tepat untuk mengambarkan orang yang dimaksudkan. Siapa makan cili, sendiri rasa PEDAS ma......!!

Thursday, September 4, 2008

My office mate



This is my office mate at Melaka branch. Her name is Shamsiah. She loves to take picture....click...click...here and there with camera either handphone camera or digital camera...yeah...she had nice face (mix with arabic) and she loves my handbag too....hahhahah.....my god bless you, Kak Sham!!

Birthday & Farewell party @ Holiday Inn Melaka

Last week on 29 August 2008 my office had organize birthdat & farewell party @ Holiday Inn Melaka. The party also as replacement to ERU annual family day...what to do....president & vice president of club too busy....hhahah...correct me if i'm wrong!! I'm the MC for the day and these some picture for you guys to check it out....


Guess what in the paper bag?....tiitttt...blue tudung!!


Guess what Pn. Azurah said?....tttiittttt.....experiance with ERU almost about 7 years & humbly apologies to ERU staff


Guess what I said? ....tiitttt....complaint case towards me...hhehhahahh


Here we are at the end of the party....click...clickkk done by Mr Kamarul. He also did free lance photography for wedding, birthday, cukur jambul...price reasonable and most important he captured nice picture....those looking forward for HIS service please visit http://lipaspence.fotopages.com