Friday, October 29, 2010

Pampers Mamy Poko

Boleh dikatakan yang aku & Dd adalah pengguna tegar Mamy Poko. Ramai yang perli kata pakai pampers mahal la, anak pertama je mampu nak pakai pampers ni la, dan mcm2 lagi yang aku pun dah penat nak amik tau.

Kenapa pampers Mamy Poko?

1. Sesuai dengan ukuran Azizi sebab kami ada pengalaman beli cawat pampers tu rendah, bila berak Azizi menangis sebab najis melimpah ke belakang. Azizi ni pandai geli sikit!

2. Banyak pampers tak mampu nak tahan najis besar Azizi setempat. Mungkin popo pocket Mamy Poko membantu Azizi dalam hal pembuangan.

3. Boleh la pakai lama sebab Azizi yang kuat kencing tu selamba pakai 3-4 jam baru tukar lain.

4. Harga yang kami dapat murah.

Di mana kebiasaannya beli Mamy Poko?

Yang ni aku kena bagi credit to Dd, sebab kerajinan dia explore kedai-kedai bayi alhamdulillah jumpa sebuah kedai yang menawarkan harga bagus.

Kedai tu hanya terdapat di Semenyih Sentral. Nama kedai The Little One. Waktu operasi Isnin - Sabtu, 10.30 pagi - 8.00 mlm.

Harga pukul rata, tak kira size apa pun dijual dengan harga RM34.50. Kedai ubat pun masih mahal tau!!

p/s: Setakat ni duit dilaburkan pada pampers aje. Kalau ada maid boleh pikir nak pakai CD kot..

Thursday, October 28, 2010

Sale Fisher Price @ Isetan

Kalau ikut perancangan, malam ni Azizi dah dapat Fisher Price bouncer dia. Tapi disebabkan Dd busy dan tak sempat nak ke Isetan, esok malam la baru Azizi dapat ROCK his world!

So, sekalian mummies and daddies....tak salah kalau ada kemampuan untuk belikan anak anda barangan Fisher Price. Dari risikan khabar diterima, diskaun kali ini bersempena dengan ulang tahun Fisher Price.

Macam bouncer yang Mm dah aim sangat tu (Mm yang lebih-lebih dari Azizi), most probably ada diskaun up to RM80. Ok la tu kan...kalau harga asal RM290, esok Dd kena bayar RM210 je...

p/s: Mm nak paw Dd sebab dah berjaya jual parking lot kat apartment tu...hehheh

Hari pertama belajar BOTOL

Since aku dah nak start keje on 02 November 2010, maka Dd telah mengarahkan Mm untuk membiasakan Azizi dengan BOTOL. Mm positive yang Azizi OK je dengan BOTOL, tapi baik atok, nenek & Dd takut benar.

Hari ini, Azizi telah diberi BOTOL pada pukul 9.40 pagi dan 11.30 pagi. Kesian kerana pada sesi 11.30 pagi dia telah mencemikkan muka tanda sedih yang amat sangat. Yelah, nampak Mm tapi tak dapat 'gayut' la plak.

Atas dasar kemanusian, nenek telah membenarkan Azizi 'gayut' pada pukul 2.30 petang. Itu pun kerana pada pukul 12.55 tengahari, Azizi terjaga dari lena ayam. Oleh kerana nenek belum sudah masak, terpaksa la Mm pegang. Kesian Mm tengok, sebaik sahaja Mm pegang dia terus disuakan bibir kecil dia ke sisi, ke dada Mm minta susu. Mm buat tak tau, lagi pun belum masa minum OK kerana belum cukup 2 jam. Menjerit la dia tanda minta simpati, atok cuba menenangkan Azizi tetapi GAGAL. Akhirnya Mm kena ambil alih tugas nenek di dapur aka TUKANG MASAK dan nenek sahaja berjaya memujuk Azizi. Itu pun menjerit Azizi ketika tukar pampers, takut kena tinggal kat katil sorang-sorang plak!

Dah dapat gayut, apa lagi Azizi buatkan..dia minum sampai tong perut penuh dan melimpah-limpah. Siap bangun tidur muntah kat bantal nenek. Minum balik pun pukul 5.30 petang. Nenek haru, cucu nangis pukul 4 petang dah minta BOTOL dan dia lupa nak check pampers. Rupanya Azizi dah berak, tu yang nangis sebab geli punggung tu.

Dia nangis balik pukul 7.30 petang dan kali ni dibenarkan gayut, konon-konon Mm dah balik office la...

p/s: Mm kena kuat semangat, jangan kesian cepat sangat....

Wednesday, October 27, 2010

Promosi @ Manjaku Bb Centre

Since dah ada baby ni, aku suka sangat nak sharing info promosi dengan kamu semua. Hari ni, dengan terkejut badak, aku telah memborong pampers Azizi @ Manjaku Bb Centre Bandar Bangi. Hambik ko...stok sebulan aku simpan!!!

Promosi sah di antara 22 Oct 2010 sehingga 07 November 2010 & while stocks last!!

Orait, inilah senarai harga pampers:

PETPET M80/L68/XL56 = RM32.90
HUGGIES Dry M80/L68/XL56/XXL44 =RM32.90
Mamy Poko NB52/S48/M44/L38/XL34/XXL28 = RM31.90
Baby Like Super X'tra S74/M72/L62/XL52 = RM23.90
Drypers M84/L72/XL60 = Low Price (sorry, tak check plak harga)
Drypers Limited Edition 2 in 1 M52/L44/XL38 = RM24.90

Ini plak harga susu formula yang ditawarkan:

Anmum Essential 3+ (Honey/Plain) + RM42.90
Pediasure Complete (Vanilla) 1.8kg = RM125.90
Enfakid A+NGD (Plain/Honey) 1.3kg = RM62.90
Enfagrow A+NGD (Plain/Vanilla/Honey) 1.3kg = RM68.90
Anmum Essential 1+ (Honey/Plain) 1.3kg = RM44.90

Barangan lain of course ada discount jugak. Kedai ni banyak cawangan, jadi sila ke cawangan yang berhampiran.

Hum...pengalaman sebagai ibu ni, hahahha...malu nak mengaku tapi tiap kali masuk kedai barangan bayi ni, mau habis minimum RM100++. Yelah, kalau tak habis beli barang untuk anak sendiri, ada beli barang untuk kawan-kawan yang baru dapat anak jugak!

p/s: Macam promoter plak!!!

Sunday, October 24, 2010

Susu Ibu

Sesekali terfikir, kenapa aku bersungguh-sungguh nak susukan Azizi? Adakah aku:

a) mengikut trend semasa yang orang semua memang heboh/ kecoh menyusukan bayi masing-masing

b) sememangnya memahami kebaikan susu ibu kepada bayi sehingga 6 bulan, dan diteruskan sehingga 2 tahun

c) terikut-ikut kawan-kawan aku yang semua dok sibuk pump susu time rest kat opis

Hakikatnya cabaran aku lebih kerana Azizi disuspek allergy susu lembu. Dan atas nasihat Dr. Atikah Lee aku terpaksa berpuasa makanan & minuman berprotein susu lembu sehingga Azizi 6 bulan. Itu pun sebelum Dr. Atikah dapat melakukan pengesahan adakah Azizi allergy pada Soya pulak.

Apabila aku kena berpuasa protein susu lembu, faham-faham la tengok Pizza Hut pun sedap, tgk cheese lagi sedap. Milo, Ovaltine semua aku tak boleh minum sebab ada campuran susu di dalamnya. Sabar aje la tapi aku kena kuat semangat atau Azizi yang akan merana sakit perut.

Itu pun, rasa sangat tercabar sebab bekalan hasil pump di peti beku mengikut kata ayah aku sikit. Hum...dah biasa dengan formula so bila aku buat DEK aje, hangin plak atoknya!!

Apa pun, dengan single pumping Medela Swing, aku gagahkan juga mencari 2 kali sesi pump. Dapat la store 10 oz sehari, alhamdulillah.

Tapi, ada suami aku kisah ke berapa jumlah aku pump sehari? Rata-rata suami hari ni lebih suka wife berdikari, walhal cuba la ringan mulut tanya hasil susu yang dihasilkan. Tanya la you ada amik supplement tak utk tingkatkan kualiti susu, etc. Again...suami oh suami...

P/S: Sorry Dr Atikah, saya kadang tu malas nak pump keluar 1 oz before bagi Azizi susu. Hehehheh...muak la anak aku pastu...