Friday, August 24, 2018

Idea deko bilik tido

Idea hias wisconsin wall. Cantik dan simple. Earth colour.




Idea hias wall paper. Simple. Vibrant colour.


Tuesday, March 21, 2017

Tempahan baju

Dah berapa lama lagi kita nak berpuasa dan kemudian menyambut Hari Raya. Kebiasaannya kalau yang bekerja, menempah baju ni ibarat akan dipakai ke pejabat kemudiannya.

Gambar ni didapati melalui perkongsian MMBASIC ketika mencari idea menghasilkan potongan pakaian keluaran mereka. Teruja sunggah saya....

Potongan layered untuk lengan baju nampak cantik tapi sukar nak kawal ketika menyenduk makanan ke pinggan. Ada kain baju masuk dalam kari karang....


Potongan kain the best masih mermaid, nampak anggun gitu. Trumpet kalau nak ke bilik air sedikit kelam kabut. Panjang kain sebaiknya ambil kira ala-ala nak pakai kasut 2 inci, kalau perut naik ala-ala mengandung 3 bulan masih molek je pakai. Hehheheh...


Monday, March 20, 2017

Dekorasi rumah

Dah lama mengimpikan nak beli rumah tapi sampai sekarang belum beli. Alasan klasik ialah duit gaji bulanan tak cukup. Tapi bila senarai semula apa yang dibeli, selain makanan haruslah kategori pakaian, yuran kelas, hutang-hutang sebab nak up to date...sadis ok! 

So sepanjang berangan-angan tu, bila scroll up and down FB ke, IG ke, Blog ke...kutip la semua ilmu berkaitan rumah. Gambar bawah ni bagus untuk buyer rumah ambil tahu bila nampak crack.


Selain daripada itu, sebagai pencinta PINK, mestilah mengimpikan satu ruang di rumah tu nanti ada sentuhan magis perempuan. Rasanya tak salah kalau dapur kita bagi sentuhan warna pink & grey, modern nampak di mata ni dan combination colour memang ummmph! Kemasan rose gold menambah dramatik. 
Kalau lepas ni ikea jual periuk kemasan rose gold boleh beli 😂



Untuk ruang tamu, rasanya diri ini suka bermain dengan cermin, lampu chandelier, konsep modern minimalist. Memang kurang berkenan dengan hiasan kecil-kecil seperti candle dalam dulang, sepasu bunga besar....nak maintain bebas habuk sukar! Owh..lepas tu laminate timber floor...rumah perlu bebas bulu-bulu karpet demi kesihatan sinus.

Contoh macam meja segitiga diapit 2 kerusi merah gaya modern. Ya...saya suka tengak meja segitiga tu sahaja.


Rumah yang kita beli daripada developer sekarang mmg konsepnya ruang tamu dan ruang makan bersekali. Kalau korang perasan, normally designer akan wujudkan pembahagi secara ilusi melalui susun atur perabot atau walls atau hiasan.

By the way, gambar bawah ni dia ada sticker dinding untuk RULES OF HOUSE. Yea...itu sahaja yang saya suka. Boleh la nak tulis OBEY TO MUMMY, NO HANDPHONES ON DINING TABLE, SHARE WITH YOUR BIG BROTHER, etc.... 


Tengak gambar bawah ni terus teringat rumah arwah atok yang sedang dalam proses renovation di kampung. Dah pesan kat keluarga makcik, kalau ada panel pintu atau tingkap nak dibuang, bagi kat saya. Rupanya boleh buat headboard atau kepala katil. Sunggah klasik dan bersahaja.


Last but not least, cantik plak ropol tingkap ni gaya tutu. Maybe boleh buat langsir gaya tutu untuk ruang bilik tidur utama. Tak semestinya PINK, dominant pink kat semua ruang nanti boring plak. Bilik tidur boleh warna blue atau green, senang nak tido lena.


Wednesday, August 10, 2016

Perkembangan bahasa bayi (part 2)

Mummy pernah sharing bahasa Azizi sebelum ni (klik sini utk baca), now nak review tahap penguasaan dia selepas cubaan pertukaran bahasa.

Secara zahirnya nampak dia confuse, dah kenapa perempuan ni cakap begini tapi sedikit ketegasan dan usaha mampu memberikan hasil. Semua TV hanya yang berbahasa melayu sahaja. Bila beri arahan, cerita, main bersama pun bahasa Melayu. Dalam masa 2 minggu dia mampu memahami dengan baik.

Tapi untuk pengetahuan korang, ketika Azizi pelik dgn sikap Mummy dia yang berbahasa Melayu, dia telah menolak masuk Mummy dlm bilik stor, siap tutup pintu lagi. Pastu cemas panggil MUMMY MUMMY...lawak plak ketika tu?

Kemudian dia mula cakap nakkk nakkk nakkk...ha ok la tu..

Kemudian terjadi la bahasa rojak iaitu nak MILK...kau nampak anak melayu celup di sini kan!!! It's your turn Mummy to respond accordingly kepada masalah ini. Ok...cecuba kau kembangkan minda tu, kalau kuncup makan kismis sikit. Ohhh ok, betul Azizi nak MILK? Azizi nak minum air oren? Nak minum air sirap? Nak minum susu? Sambil ucap tu muka kena ceria, bukan ganas macam nak telan dia yea.

Bila mandi, anak kecil mmg suka main buih kan...time ni la korang kena rajin cipta peluan kembangkan bahasa dia. Ehhh ehhhh banyak betul buih ni (tendency sebut BUBBLES tinggi hokey). Bestnyer...jom tiup sama-sama. Opsss...dah pecah buih. Tiup lagi kuat-kuat!

Cuba korang buat plak, apa dapatan korang?

Tuesday, August 9, 2016

Happy 1st Birthday Aqil

Happy Birthday to You
Happy Birthday to You
Happy Birthday to Aqil
Happy Birthday to You....


Kejap je dah besar. Mummy sayang Adik.
Adik kan kembar Mummy, anak jepun Mummy
Adik mmg kawan baik Abg Azizi smp bila-bila

Biasalah org buat birthday bash, mak kau pun nak buat kan
Sesusah cari kek kecil, jumpa kek ni je size kecil
Fresh Fruit Love Boat


Akan ada majlis birthday, gabungan Aqil dan Azizi
Cake dah ada idea nak tempah kat mana, konsep tak boleh ditentukan lagi
Sebab Daddy ngaruk tak setuju tempat majlis diadakan

Kalau boleh nak eliminate process sediakan doorgift, memanjang kena komen
Nyampah makkkk!

Monday, August 8, 2016

Meriahnya Sambut Syawal Tahun 2016

Hai!!!!
Lama dah tak update, sibuk tu tak juga sebab masih boleh leka-leka dengan FB, opps!
So mari kita buat summary bagi sambutan kemeriahan raya kali ini.


Mula-mula berfoto berempat.
Baju i tu tempah kat Chong Tailor, tudung Ariani, muka tak makeup, ahhahahha!


Ni gambar adik-beradik, Aqil memang ketawa besar.
As usual, menu pagi raya still the same iaitu ketupat, lodeh, kuah kacang, rendang, etc
Cuti raya kali ni bebudak ni down fever one after another, so merasa gak la anak demam time raya.
Second week raya daddy dah kena kerja, so kami decide cuti semula on 3rd week. 


Actually what really happended on 3rd week adalah Azizi nak kena buat hearing test
Keputusan bilaterally NORMAL
You just ignore my voice yea darlingggg!! Lagi banyak la Mummy cakap lepas ni.


And so happened on 4th week kami managed kumpul kat umah Yati, absence of Yana since dia ada family commitment time tu.
Handbag by Gucci, kasut by Crocs

Thursday, June 30, 2016

Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan kepada semua. Lama dah tak mencoretkan cerita di sini. Dah nak masuk Syawal dah pun, sekejap sahaja rasanya sebulan berpuasa. Persiapan raya pun secukupnya sahaja, Mm cuba elakkan lebih-lebihan kali ini.

Balik kepada bulan Ramdhan, bulan yang sangat istimewa kepada Mm dan Dd sebab kedua-dua anak kami dilahirkan dalam bulan Ramadhan.

Kehadiran mereka melengkap, menceriakan hidup kami. Terima kasih Ya Allah memberi peluang kepada kami merasai tanggungjawab sebagai ibu dan ayah dalam membesar dan mendidik anak kami.

Banyak liku-liku yang kami tempuh, ada jalan yang salah, ada jalan yang betul. Umpama membuat eksperimen kepada mereka.


Bulan Ramadhan kali ini juga bulan di mana Mm berani buat keputusan menjaga mereka berdua ketika maid minta kebenaran menunaikan solat terawih di surau. Alhamdulillah Dd agreed dgn keputusan Mm dan kedua mereka sekarang boleh duduk secara harmoni di satu ruang, abg beri laluan adik untuk tido tanpa gangguan. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana precious moments itu diberikan saat Mm sendiri tak pasti keputusan dibuat itu baik atau bagaimana.


Mereka bff, akan berhenti nangis si adik bila letak di sisi abang. Abang akan terjaga bila adik kejut bangun tido. Kepada anak-anak Mm, ingat pesanan Mm yang adik kena hormat abg dan jaga abg dengan baik. Begitu juga abg kena hormat adik dan sayang adik.