Tuesday, September 28, 2010

Cabaran menjadi seorang ibu baru

Takala menulis perkara ini, air mata ku seakan hendak gugur. Terlalu insaf bila dikenang akan apa yang telah berlaku.

Kejadian pertama:

Azizi sakit COLIC. Yang aku sebagai ibunya tidak memahami, tiada ilmu sebenarnya. Dia kerap terjaga malam dan meminta susu badan. Sampai sakit badanku dan akhirnya angin aku tiba. Aku marahi si kecil Azizi, dia seakan mengerti sambil merenung aku. Akibat renung itu, aku tersedar. Aku terlalu beremosi, terlalu mementingkan diri dan kira mengantuk aku sahaja. Akhirnya aku insaf dan sehingga sekarang walau sakit badanku, aku gagahi memberi susu kepadanya.

Kejadian kedua:

Aku masih tidak reti mengangkat si kecil Azizi tanpa bantuan orang. Puas ku usaha tapi aku rungsing cara pegang itu salah dan menyakitkan. Semalam aku ditegur suami dan diugut untuk dihantar ke kelas PARENTING kerana cara pegang salah di bahgian kepala Azizi. Hakikatnya tangan kanan aku masih sakit dan lemah, tah apa tukang urut tu pulas aku kurang pasti. Nak disapu minyak rungsing bila pegang si kecil Azizi akan memudaratkan dia.

Kejadian ketiga:

Ketika menyusukan si kecil Azizi, biasa terjadi yang lengan dan pinggang akan lenguh. Dalam aku sibuk mencapai bantal, aku lupa si kecil Azizi yang sedang seronok menyusu. Apabila ku iring badan untuk mencapai barang2, apa lagi tersedak la anak kecil itu sehingga tersekat nyawa. Kasihan dan tergelabah la aku sebagai si ibu. Ku tepuk belakang dengan harapan melegakan dadanya. Tapi kesakitan tersekat cecair ditekak itu pasti sakit ditanggung si kecil Azizi.

Maafkan mummy Azizi. Mummy masih bertatih belajar menguruskan kamu.

Monday, September 27, 2010

Pengalaman bersalin secara cesarean

Tanggal 02 September 2010 paling tidak akan aku lupakan. Sedang semua umat Islam berpuasa, aku pulak sedap sahaja melantak sepinggan nasi goreng air tangan suami ku. Dulu kalau mengandung, mmg nasi goreng ini la aku minta-minta. Sempat lagi aku makan 2 suap kek cheese sebelum berhenti makan dan minum tepat pukul 8.30 pagi.

Sedang kami bersiap-siap, PA kepada Dr. Hamid Arshat menelefon memaklumkan GL ING belum diterima lagi oleh Hospital Pantai Kuala Lumpur. Suamiku dengan tenang berkata dia tak hairan kerana ING telah memaklumkan GL telah dikeluarkan manakala Pantai berkata sebaliknya. Ini bukan kes pertama, dulu dia kat Beijing siap bergaduh sebab aku tak boleh nak keluar hospital gara-gara isu GL.

Masuk wad C4, faham-faham la penuh tapi jangan la bagi aku bilik bawah dari entitlement plak. Sure la aku buat muka, aku ni takut dan tak selesa share bilik hospital dengan orang. Staff nurse datang dan brief banyak hal, semua isu hospital la. Kemudian dalam pukul 1 petang aku plak yang beria-ia tanya takde ubat ke nak paksa "pass motion", dan since doctor tak request aku OK aje la. Tapi nak dijadikan cerita, aku membuang air besar dan kecil tak berhenti-henti sampai la masanya.

Tepat pukul 3 petang, Dr.Joseph datang brief aku pasal epidural. Panjang la ceritanya, kesan dan apa yang aku akan rasa. Aku sengih-sengih tapi siap inform doctor yang aku penakut, darah pun aku tgk boleh pengsan. Dia menenangkan aku.

Tunggu punya tunggu, akhirnya dekat pukul 4 baru aku ditolak ke wad bedah. Benda-benda biasa disoal dan perlu dijawab sebelum kerja-kerja bermula. Yang lawak tu siap tanya ada tak liquid diberi sebelum aku dihantar ke wad bedah. Dengan selamba aku jawab ada, sebanyak 30ml tapi nama ubat tak ingat. Tergelak semua orang kat situ sebab jawapan aku terlebih tepat.

Kemudian aku ditolak ke bilik treatment. Bilik ni aku dicucuk dengan epidural. Sakit wooo....ubat bius dimasukkan ke tulang belakang. Aku agak terganggu emosi setelah aku tidak berupaya menggerakkan kaki sendiri lagi. Benar-benar insaf kerana aku sihat dan tiba-tiba hilang kenikmatan menggerakkan tubuh badan, kacau jiwa.

Bila aku dah stabil, aku ditolak ke bilik bedah. Aku nampak doctor Hamid Arshat dan Dr Joseph. Cepat dan cekap pekerja wad tu semua. Sekjap je screen dipasang diparas dada aku, lampu bedah ditarik ke belakang, alat-alat tu semua tak tunjuk aku pun....tapi mana suami aku. Eh, pasal perut aku ni bagai digerak-gerak tapi doctor masih dikerusinya.

Lega aku tengok suami aku melangkah masuk. Aku sebenarnya memang dah terketar-ketar, diam je la aku sambil suami memegang jari tangan kiri aku. Dimulut aku sebanyak-banyak nyer aku menyebut nama Allah, sebab aku tak tahu apa akan berlaku kemudiannya. Sehinggakan apa yang doctor Hamid cakap dengan suami aku pun aku tak boleh fokus. Aku diam aje. Yang aku tahu tetiba aku rasa ada air pancut dan mengalir ditubuh kiri aku. Air ketuban la. Tak lama lepas tu aku menangis bila mendengar suara tangisan anak aku dan suami aku kata...itu baby kita.

Dan aku masih terus di bilik bedah apabila baby dan daddy telah naik ke atas untuk procedure seterusnya. Sehinggakan bila doctor Hamid menyapa "Alia, semuanya dah selamat." Dan aku tidak terucap kata TERIMA KASIH kerana aku masih di dalam dunia aku.

Cerita anda bagaimana pula?

Friday, September 3, 2010

still fasting at HPKL

aku tak kentut lagi.....tak bole makan.....huhuhh
dan handphone aku hilang.....tak tau siapa klepet....ayooooo

Thursday, September 2, 2010

Doakan Mm & Bb

Waktu you all baca entri ni, Mm dah dalam perjalanan ke hospital. Mm telah mengambil breakfast yang berat pagi ni dan sekarang kena stop makan & minum. Itu pesanan Doctor Hamid, kena berpuasa 6 jam sebelum operation dijalankan.

Dalam pukul 10 pagi nanti, Mm akan daftar. Dan Dd kali ni nak minta katil tambahan, dulu lupa minta so sakit badan dia tunggu Mm kat hospital.

Bila dah dalam bilik, segala jenis darah, tekanan darah dan lain-lain akan ditanya. Kemudian, datang la doctor pakar bius, story mory apa procedure yang akan dilalui. Pastu sure Mm akan diminta bersihkan diri dan dibekalkan dengan baju kertas.

Sampai masanya, Mm akan ditolak masuk ke bilik OT. Sejuk weiiii, dah la pakai baju kertas aje. Dd pun ikut sekali tapi baju apa dia pakai Mm kurang pasti. Logiknya baju macam doktor atau nurse pakai la kan. Merasa gak pakai baju profession kedoktoran walhal profession sebenar engineer.

Maka, diakhir coleteh ini Mm nak minta maaf kepada semua orang, jika Mm ada buat salah silap secara sedar atau tidak, harap dimaafkan. Doakan Mm & Bb selamat dan sihat, insya Allah.

Akhir kata, semoga kita bertemu di masa akan datang lagi.

Salam sayang buat semua...........

Wednesday, September 1, 2010

Aku dan persediaan

Haloooo...Mm in the house!! Hehhehe...umur dah 28, lagi ngada-ngada gitu!

Mcm you all tahu, esok Mm akan berangkat ke Hospital Pantai Kuala Lumpur pada sebelah paginya. Barang-barang dah kemas tapi tidak sepenuhnya, insya Allah by malam ni siap kesemuanya. Cuma barang Bb & Dd je blum packing apa-apa.

Perasaan? Entah yea, mungkin Mm taknak fikirkan in details, mcm menakutkan diri sendiri. Demi mem'positive'kan diriku yang cun ni.

Yang pasti tepat 3.30 petang Doktor Hamid Arshat akan melakukan operation. Rasanya 1 jam sebelum dah dok dalam bilik OT. Dan kalau dikira mengikut waktu sekarang, pukul 2:50 petang mungkin Mm dah selamat kena bius.

Cuma yang terlintas difikiran nak request sembahyang Zohor dulu sebelum tolak Mm ke bilik OT. And Dd tolong ambil gambar selain rakaman kemas di mata anda proses kelahiran tersebut.

Yang bestnya, all my friends dah announce duit raya dah masuk. Macam hadiah plak pada Mm sebelum masuk hospital. Hehheh...anyway, thank you my MAJIKAN.

p/s: Semoga keinsafan sentiasa ada dalam diri Mm