Wednesday, March 10, 2010

Cerita beras.........

Sejak doctor Hamid menasihatkan aku supaya banyak berehat, aku banyak duduk rumah di waktu hujung minggu. Husband aku la yang banyak keluar untuk membeli barang-barang rumah, yang aku plak buat list barang siap jenama apa aku nak + size barang.

Cerita pasal beras, tinggal berdua di rumah, ditambah memasak yang bersifat sekali sekala, macamana la nak habis beras pek 10kg. Nak beli pek kecil, tengok harga tak jauh beza. Akhirnya, 6 bulan pun belum tentu beras tu habis dimakan sehingga ada yang buruk begitu sahaja.

Baru-baru mertua aku nak datang. Jadi, aku agak bising meminta suamiku membeli beras. Tapi dia ni agak liat sikit, professional la tu kan...hari kerja mcm malas aje dia nak ke kedai! Pada aku, insya Allah kalau tubuh aku ni sihat, dah lama aku pergi Jusco ke, Care4 ke untuk beli beras. Berhangkut pun tak apa la, janji orang datang rumah kita dalam keadaan kita sedia menerima tetamu. Tapi perkara sebaliknya berlaku, sampai hari mertua aku di rumah aku pun tak beli-beli lagi. Adoi....yang aku rungsing tu bukan apa, satu keadaan beras tu, kedua pantang orang tua bekalan beras mentah putus di rumah kita. Malu gila aku pada mertua. Aku paksa-paksa juga dia ke kedai berdekatan, aku tetap gagal kerana.............! Hai, susah benar beras ni nak dibeli yea!

Akhirnya , hari Sabtu malam Ahad bergerak la dia ke Tesco bersama mertua aku. Aku stay rumah la. Aku pesan beli beras Faiza herba ponni 5kg sahaja dan kordial sirap besar. Bila dia balik, aku puas hati la nampak beras tu kan....! Harga? Ada la RM30++.

Jadi, mertua aku telah memasakkan aku sup ikan sebelum berangkat pulang pada hari Ahad pagi. Siap masak nasi untuk aku, pakai beras baru tu! Jadi, tengaharinya aku pun bersantap bersama suami. Pada mulanya aku terkedu, nasi cukup sifat masak tapi keras sangat. Mengikut kata suami ku, mertua hanya melebihkan air sedikit.

Aku heran la..sebab setahu aku beras tu kaedah memasaknya berbeza dengan beras lain. Aku pun nak buat experiment sendiri, so pada hari Selasa, selepas pulang dari bekerja, aku nekad masak ringkas untuk makan malam aku dan suami. Aku pun mencari kembali pek plastic beras, jelas tertulis 1 cup = 2.5 hingga 3 cup air. Aku pun nekad masak 1 cup beras = 3 cup air. Huisshh..berdebar-debar la aku masak nasi, tak jadi karang malu pulak kat suami!

Alhamdulillah, beras tu masak elok sahaja. Kami makan nasi panas-panas, ikan dan sayur bendi, opsss..lady finger! Hehehhehe...sama je. So, pagi ni suami buang sikit baki nasi hasilan semalam dan berpesan hari ni masak half cup aje yea.

Nasihat aku cuma satu, kalau nak pakai beras ni...masak nasi awal sikit dari waktu yang kita aim nak makan, supaya bila dia kering, cukup masa beras tu keras sikit sebelum kita bersantap. Dan lagi satu, kalau biasa makan 2 cup, korang cuba-cuba masak 1 cup sebab hasilan nasi yang dimasak itu biasanya menjadi 2 kali ganda.

p/s: Aku happy aje dapat makan beras tu sebab kononnya kurang karbohidrat! Hehheh...

2 comments:

Jue ~ mama DnD said...

akak pernah mkn beras tu.. suka sbb akan makan sket dr biasa coz cepat rasa kenyang..tp laki ku x suka dia kata kalo mkn lauk masak lemak cili padi x shesuai... tekak i ok jer...tekak dia lah kut...hehehe

re: i bukan xmo menambah.... cuma rezeki Allah yg tentukan...

eliyazz said...

ala mama DnD...i usik you aje tau. Siapa tau mission impossible jadi true gitu!!