Friday, March 5, 2010

Perempuan Cantik mempunyai .....

Aku rasa isu ini agak sensatif nak dibincangkan. Tapi aku terpanggil untuk menyatakan pandangan peribadi aku yang sememangnya pernah berkawan dengan golongan CANTIK ini.

Yea...cantik ini banyak definasi. Apa yang aku nak cerita di sini adalah cantik rupa paras seseorang. Ada kata cantik kerana kulitnya yang mulus, hidung yang mancung, pipi yang gebu, mata yang galak, ukuran body yang macam kerengga. Aku jealous? Ohhh, tidak sama sekali sebab aku juga punya pakej tersendiri. Aku syok sendiri? Ohhh, tidak sama sekali kerana itu antara sebab kenapa suami aku memikat aku. Walau anda hendak mengata aku angkat bakul sendiri, silakan... kerana aku tidak pernah menyesal dengan syarat yang telah aku letak dan memilih pasangan hidup dan mati ku.

Ok, berbalik kepada cerita CANTIK. Banyak orang tidak mengetahui si CANTIK sebenarnya mempunyai sikap tersembunyi. Sikap ini merangkumi cara kehidupan seharian, cara kerja, cara bergaul dengan perempuan yang lebih cantik dan sebagainya.

Di zaman sekolah, CANTIK seperti rakan-rakan yang lain. Masa mandi, mandi la dia. Masa sembahyang, sembahyang la dia. Masa makan, makan la dia. Sehingga semuanya terbongkar, dia tidak pernah membasuh baju, tidak kira kecil atau besar. Jangankan perkhidmatan dobi disalah, dia tidak pernah sama sekali memikirkan aspek kebersihan. Dipakai baju itu berulang kali sepanjang musim persekolahan. Mungkin dia bernasib baik, bau badan dia tidak kuat. Yang hairan itu, si pakwe tidak pernah merungut tentang kebersihan dan bau si CANTIK.

Dari zaman matrix, aku tidak pernah berkawan dengan kumpulan si CANTIK. Mereka sering menjadi perhatian kerana kelebihan yang ada berbanding kami yang biasa ini. Tetapi, alangkah terkejut aku, lelaki yang menjadi idaman mereka rupanya lebih berminat untuk berkawan dengan kami dari golongan biasa ini. Lebih membuatkan si CANTIK menoleh 2 kali ke arah golongan biasa ini, mamat pujaan rela duduk dan bercakap semeja dengan golongan biasa. Nampak jelas riak kurang puas hati di wajah si CANTIK.

Di zaman universiti, si CANTIK memaparkan sebenar dirinya. Jangan terkejut jika aku pernah melihat si CANTIK membuang sampah merata-rata walau bakul sampah berhampiran. Itu belum termasuk mengambil masa yang lama mandi di pagi hari, tidak mengira waktu orang lain yang terdesak untuk ke kuliah. Dalam bilik, ada yang tidak mempunyai deria bau yang bagus. Keluar bilik, habis disembur wangian ke seluruh badan tetapi bau kasut....hanya rakan sebilik sahaja tahu, kesian kepada rakan sebilik menahan azab.

Di zaman kerja, si CANTIK lebih matang berfikir seharusnya. Lebih pandai menjaga adab ketika bekerja dengan lelaki terutama bergelar suami orang. Bukan tidak boleh memakai pakaian menjolok mata, pakailah jika itu buat anda selesa dan rasa berkuasa tetapi ingatlah jika anda berada di tempat orang lain satu hari nanti, adakah anda suka dengan keadaan itu. Aku tidak jealous, aku sudah puas memakai skirt, seluar ketat, baju singkat & ketat tetapi aku sendiri hendak berubah. Ohhh...itu belum lagi bercerita mengenai tanggungjawab. Si CANTIK amat licik, dibeli kepercayaan orang lain untuk kesenangan bekerja. Alahai...kerja mudah pun tidak boleh di'handle', ini kan pula kerja yang lebih mencabar. Ingat CANTIK, hidup ini ibarat bola...mungkin kala ini anda di atas, esok siapa tau anda di bawah. Bukan ke lebih mudah mengikut resmi padi. Apa kebaikan yang dibuat jarang sekali orang ingin bercerita mengenai ianya tetapi keburukan yang dibuat pantas sekali diketahui orang sekeliling, habis dicanangnya.

Oleh itu, aku menasihatkan diriku sendiri, jadi manusia yang berpijak di bumi yang nyata. Jangan menyakiti orang lain, jangan bersangka buruk terhadap orang lain, berusaha bersungguh-sungguh dan jaga kebersihan.

Kepada si CANTIK,
Aku sekadar berkongsi pengalaman, mungkin aku salah tafsir tapi ini semua berdasarkan cerita kehidupan aku. Aku mohon maaf.

p/s: Aku masih mencari CANTIK yang satu......!!!

No comments: