Kisah realiti
Atas semangat yang bersisa, aku pun tanak nasi dan goreng ikan. Husband lepak depan komputer, buat pa lagi kalau tak check FB dan chatting dengan kawan. Banyak la kawan-kawan dia ni, dari zaman teknik sampai la UiTM, semua mereka nak buzz macam-macm story.
Yang kelakar tu, siap ada yang mengaku mereka dulu kuat bergaduh kat sekolah, ada sahaja yang tak kena di mata.
Tengah aku syok-syok memotong kacang bendi, tiba-tiba husband aku datang dengan muka berseri-seri. Aku tengok dia, pastu dia kiss aku (aku OK sangat bab ni, HALAL kan...). Then dia cakap, you nak tau tak yang you LULUS! Aku tersenyum kerana bersyukur atas nikmatNya dan gembira.
Kisah Mimpi
Aku tengah hangin dengan seorang perempuan ni. Dari Jumaat minggu lepas aku suruh delete, tak jugak dia delete. Pada pandangan aku, dia ego sebab dia rasa dia betul. Ingat aku bodoh ke untuk recheck kerja yang patut dia buat tu?
Sampaikan semalam terbawa-bawa ke dalam mimpi. Bangun pagi sambil gosok baju, aku pun berfikir. Lepas tu aku story-mory la kat husband, dia ingatkan aku itu hanya mainan tidur! Ye ker??? Ish...kena hati-hati ni!!
Kalau aku nak dikatakan jealous, biarlah orang kata aku jealous pun, dah dia suami aku yang sah di sisi undang-undang ISLAM. Aku ni di tempat kerja sentiasa menjaga adab dan pertuturan kerana aku bekerja dengan ramai suami-suami orang, tunang-tunang orang dan pakwe-pakwe orang. Bukan aku baik tapi realiti kehidupan kita perlu ada batasan, sebagai rakan sepejabat, rakan separtition, rakan sepasukan, etc... kita tidak boleh bebas laku sahaja.
Bagaimana ye aku nak settlekan masalah ni? Hum....
No comments:
Post a Comment