Emosi ni melibatkan perasaan, perasaan yang silih berganti dan bertindak balas terhadap environment sekeliling. Haiyaaa...kejap-kejap marah, jap gi aku senyum sorang-sorang, pastu aku risau/ rungsing, akhirnya aku tetap menjadi aku!
Aku gembira bila
1. minum air sirap.
2. lapar aku dapat makanan.
3. dapat tidur cukup iaitu 8jam sehari.
4. dapat mem'blog'kan diri hari-hari.
5. berjaya membuang kumbuhan dengan baik.
6. aku berjaya, itu pun atas usaha parents aku yang memohon untuk aku tanpa putus-putus kepadaNya.
Aku marah bila...
1. ada orang kacau hidup aku dan keluarga aku. Lagi-lagi orang yang degil, tunjuk bagus kat aku. Ingatlah, apa yang awak ada bersifat sementara dan ilmu yang awak ada itu baru sekelumit sahaja jika nak dibandingkan ilmu Allah yang sangat luas di dunia ini.
2. Aku bertambah bengang bila orang tanya aku, aku jawab sejujurnya tetapi sebenarnya dia dah ada jawapan kepada soalan itu, dan dia nak aku cakap seperti dia fikir juga. Gila ke apa?
3. Aku marah bila Nain dan Afiq membuli Fadhli. Biasa dah anak akak aku kena marah dan cubit!!
Aku rungsing bila...
1. aku terlupa nak settlekan kerja aku. Kenapa makin ada sifat lupa dalam diri aku? Sampai orang tepon lagi, ishhh..berat-berat!!
2. aku tak tahu bila nak 'tender'. Prosesnya mcmana dan bila bermula di sana?
3. aku tak nampak suami aku bermula pukul 7.00 pagi sampai 8.00 malam (lebih kurang la, itu waktu bekerja standard dia). Mula aku terfikir macam-macam sebab kadang-kadang sms aku tak berbalas, rupanya meeting dengan top management. Heheheheh...
4. aku nak kena makan ubat. Lepas makan, perut aku full dan ubat doc Hamid bagi tu besar, lepas ke nak telan? Sebab selalunya, macam nak terkeluar balik.
5. perut aku rasa tak selesa, sebab-sebab yang aku sendiri tidak pasti so patut la aku rungsingkan.
** Part ni aku tambah atas initiative sendiri.
Aku takut bila
1. nak masak bilik server untuk sembahyang. Ini kerana kak Yah dah menjatuhkan casing server. Atas faktor keselamatan, semua diminta berhati-hati tidak kira di mana anda berada.
p/s: 2 jenis ubat aku bawa hari ni.
No comments:
Post a Comment