Wednesday, March 31, 2010

Pembentangan Projek 1

Alhamdulillah, aku berjaya membuat pembentangan projek 1 di UTM pada 30 April 2010.

Pengalaman aku menarik sebab kali ni aku bukan berseorangan tapi berteman, baby dlm perut ni la siapa la kan...! Husband awal2 lagi aku tak kasi masuk, mungkin kali kedua nanti aku kasi masuk utk jaga baby (ada makna gitu).

Sepanjang perjalanan, lenguh dan sakit belakang seakan sinonim dengan aku. Mula-mula aku suruh husband turunkan kerusi sikit. Lepas tu nak kerusi tu turun habis...aku pun terus tidur.

Apa pun, aku gembira sebab aku akan proceed ke projek 2 tanpa perlu menunda lagi masa!!! Dan aku tak sabar nak habiskan perjuangan ini.

Hubby tersayang,

Lepas ni awak sambung belajar pulak yea...suka hati la nak sambung MBA ke, Msc Engr ke...M.Eng ke...

Hal British Council tu...terpulang tp I nak g gak, insya Allah tahun 2011.

p/s: Adakah aku akan menyambung pengajian lagi selepas ini? 99% dalam diri ku mengatakan TIDAK.

Tuesday, March 23, 2010

Aku MC seminggu....

Salam semua readers,

I cuti la 1 minggu...ada minor compilation so dah admitted 2 nights kat Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Next monday, follow up check up. Insya Allah, berkat doa semua, aku akan sihat and baby selamat.

Lain-lain I tak mau story, bak kata mummy I, kena kuat semangat dan jangan berfikir sangat hal berkenaan!

Ok, see you all very soon!!

Friday, March 19, 2010

Kawan-kawan aku 2 ....


Masih MIA la 1 pic tu...hum..mana lagi aku nak cari...dalam handphone pulak kot? Takde juga la...ambil pic lain la...

Cloth diapers

Siapa tau pasal cloth diapers ni? Macam fenomena terkini aje melanda ibu-ibu di Malaysia. Kepada sesiapa yang sudi, sila berkongsi sedikit ilmu, tips, kebaikan dan keburukan, mana yang bagus dan reasons dia sekali.

Aku dah godek-godek web tapi lagi banyak yang berkongsi, lagi banyak aku faham kenapa aku harus support cloth diapers ni.

Tolong la yea...pengalaman akak-akak, ibu-ibu dan nenek-nenek dalam menggunakan cloth diapers diharap dapat memberi manfaat kepada saya dan juga yang lain.

Terima kasih.

p/s: Kalau tak aku beli pampers aje la...heheheh

Kawan-kawan aku....




Aku tak jumpa mana picture lagi 1 orang. Rasa macam ambil, bantai gobek-gobek dalam pendrive takde pulak...jangan marah yea kepada yang muka takde kat sini, nanti i upload lagi (dalam masa terdekat).

p/s: Nak ngorat baik-baik sikit sebab ada mak orang, ada bini orang dan ada "girlfriend" orang....

Hasilan tidur...

Aku hairan kerana sejak dua menjak ni bila tidur malam, aku suka la mimpi pelik-pelik. Sampai kadang-kadang tu aku terlalu hairan....

Tapi aku rasa aku tak amalkan cara tidur yang sihat, baik persiapan sebelum mahupun persiapan selepas. Heheheh..tak caya? Ini kerana:

1) Aku tak cuci kaki
2) Aku tak baca doa sebelum tidur

Tau-tau tidur je...karut betul...hai dah tua-tua ni makin banyak ilmu yang ada, makin banyak pulak tidak diamalkan.

Apakah fungsi ilmu? Bagaimana nak digunakan?

p/s: Harus berubah demi keselesaan hidup sendiri.

Wednesday, March 17, 2010

Destinasi baru...

Langkah yang harus aku atur
Bermula hari ini dan tika ini
Aturan hidup atau muktamad kehidupan
Ada ketika di atas dan ada ketika di bawah

Oh..aku tidak mengerti
Adakah pilihan dan langkah ini
Yang terbaik buat aku
Jua buat keluargaku

Benar aku berada dipersimpangan
Yea nak...mama mengerti
Kau juga merasai apa yang mama rasai
Kerana kita berdua berkongsi segalanya dari dahulu lagi
Tiada rahsia lagi antara kita

Hum...kenapa aturan hidup sukar diertikan
Secara zahir atau lahir
Dahulu penantian satu penyiksaan
Kini realiti harus ditempuhi dengan tabah

Destinasi baru aku akan bermula
Tiidak berapa lama lagi
Aku gembira, suka atau duka
Hanya aku dan diri ku mengerti

Tapi kehidupan aku selepas ini bagaimana
Adakah seindah tika aku di sini
Aku kagum dengan sifat kepimpinan di sini
Aku terhibur dengan suasana kerja di sini
Adakah aku perlu berubah
Hanya untuk menikmati status TETAP

Oh...kenangan dahulu menyapa fikiran
Dipaksa melakukan yang terbaik setiap masa
Lumrah aku bekerja sehingga sesak dada
Habuan tekanan menimpa-nimpa

Bila lidah berkata-kata
Hati cuba menyembunyikan gelora jiwa
Senyum ikhlas ibarat kopi terasa
Adakah semua hanya sebagai penyedap rasa?

Nurkilan originally by ~eliyazz~~~<@

Tak puas hati...

Aku hangin satu badan ni. Puas aku telepohone, tak jugak mengangkatnya a.k.a menjawabnya. Adoi...kalau ada case emergency macamana? Geram pulak aku! Takpe, balik nanti aku balas dendam. Ini ekoran aku dan BOSAN dengan keadaan ini.

Ingatan:

BUANG AJE LA BLACKBERRY STORM TU DARI TINGKAT 12. ADA TEKNOLOGI PUN TAK MEMBANTU KEHIDUPAN.

Monday, March 15, 2010

Kenapa.....

Kenapa aku merasa malas hari ini? Adakah aku kepenatan di hari hujung minggu? Adil ke aku kata aku penat sedangkan aku punya 48 jam masa untuk berehat.

Aku sepanjang hari ini berada dalam keadaan keletihan, mengantuk dan tertidur. Kenapa yea? Kenapa aku makin lesu dari sehari ke sehari? Tika ini juga aku masih boleh menguap tanda mengantuk yang tidak berbelah bahagi.

Aku makin malas, aku makin manja..yea kebenaran yang pahit untuk aku akui. Kenapa aku masih hanyut dalam dunia yang aku fikir dunia aku selamanya, wujudkah dunia aku seorang sahaja yang diami?

Kenapa aku begini......................???

Teringin....

Aku teringin nak makan:

1) Laksa...tapi kalau beli dah campur cili, sure aku tak tahan pedas kat ulu hati nanti. Kena pikir cara alternative ni!!

2) Coklat Ferrero Rocher yang ada perisa buah-buahan...abe jangan lupa beli bila balik Beijing nanti tau!! Sini takde, free duty zone kat KLIA ada.

3) Mempelam Harumanis...nun dijual hanya di Perlis. Musim buah yang aku tak pasti. Tapi semalam ayah beli mempelam manis pun aku tak mau. Betul ke ada hati nak makan mempelam Harumanis tu??

4) Kuih cincin, aku rasa ni kuih tradisional Sabah and Sarawak. Macam ada harapan nak dapat dari member-member MMU aje!! Alhamdulillah.

Sekian untuk ketika ini, kalau ada lagi akan aku update dalam blog ni!!!!!!!

Kisah Muhammad Zulkarnain a.k.a Nain

Hujung minggu yang lepas, aku dan suami balik ke rumah mak aku pada hari Sabtu, itu pun sudah lewat petang kerana nak tunggu aku yang sakit perut nak membuang lama sangat!! Kami sampai di rumah mak aku dalam pukul 7.30 malam setelah singgah Ani Sup Utara dan kedai dobi.

Jadi malam itu, aku dan suami tidur berehat dengan aman. PEACE. Di malam hari, adik aku telephone, nak sedapkan hati dia yang keseorangan di rumah sewa. Rumah sewa dia kena ganggu tapi dia kena setakat bunyi-bunyi sahaja berbanding kawan dia terus dijelma rupa makhluk itu. Insya Allah, ayah akan membantu. Tapi dengar cerita dia tidur aje malam tu sebab letih buat skop pasal permainan kuda kepang di Batu Pahat. Pastu akak aku pulak tepon maklumkan dia nak datang pagi-pagi esok. Ye la....

Jadi, bermula Ahad pagi sehingga malam, riuh, kecoh suara budak-budak dan suara aku dan akak aku. Kami yang tua ni bukan join mereka main, terjerit-jerit marah yang dia buli dia, yang itu buat salah tapi muka sepuluh sen aje, macam-macam betul!!

Berbalik kepada kisah Nain, nenek berjaya memujuk dia untuk nenek tengok Facebook kejap. Bukan kejap pun, ada la 30 minit. Hehheheh...padan muka ko Nain. Mana la budak-budak reti bersabar, puas la dia merengek-rengek kat umi dia. Untuk menghilangkan tumpuan dia sebentar kepada internet, akak aku dan aku pun buat la soalan-soalan bodoh untuk dia jawab.

Akak aku: Nain...dalam perut umi ada apa? Ada apa Nain?
Nain: Dalam perut umi ada baby, sama macam Ngah (aku la tu).
Akak aku: Mana kau tau Ngah kau pun ada baby?
Aku: (Hanya gelak-gelak kecil)
Nain: Abang tau la...
Akak aku: Jadi ada berapa baby semuanya? (Konon nak test ilmu maths anak la ni)
Nain: Tiga
Akak aku: Mana tiga...cuba cakap baby siapa lagi?
Nain: Babyu umi, Ngah dan uncle. Banyaknya...siapa nak jaga?

Kami gelak geli hati..bergetar-getar perut aku gelak kan statement dia. Kot yer nak ngata perut uncle dah bertambah sihat pun, jangan la kata ada baby. Kecil hati uncle kau. Hai budak-budak...setakat itu sahaja pemahaman dia. Asal orang tu perut buncit, ada baby, tak kira laki ke perempuan.

Friday, March 12, 2010

Cerita Nasi Kerabu

Hum....dari semalam aku memang dah berbisik di hati, nak makan nasi kerabu esok pagi kat opis, aku nak sms Kak Yah pagi esok minta tolong dia beli kalau dia sempat. Maksud aku kalau dia terkejar-kejar sebab terlambat turun, tak payah la...aku tak la kempunan. Sebab dah banyak kali aku pesan dia beli sejak aku dah tak lalu kat area situ lagi.

Tengah-tengah KL kalau dapat nasi purple + ayam goreng + budu + sambal + kelapa + sayur/ ulam dengan harga RM2.50, korang percaya tak? Nasi dia banyak OK! Sedap aku melantak tadi tak banyak cakap sebab menikmati makanan bernama Nasi Kerabu @ Stesen LRT Universiti.

Nak jadi kisah, aku sms Kak Yah sekitar 7.15 pagi. Aku harap dia baca sms aku tu, sms minta tolong. Jam 8.05 pagi aku pun ajak si Mary join makan, biasanya dia tak nak makan, just minum air. Hari ni dia dah ingatkan aku supaya lain kali kalau nak order nasi kerabu, tanya dia sekali nak ke idak. Untuk tidak menyedihkan ramai pihak, sob...sob...sob...aku akan sms Mary pukul 6.45 pagi lebih kurang. Kalau tak dapat balasan, by 7.15 pagi aku pesan alone kat kak Yah.

Biasa pagi kena makan berat sikit berbanding lunch dan dinner. Itu baru nama pemakanan yang baik. Aku nak makan prune plak pasni...adooii..tak sedap!

p/s: Azad mintak tolong plak...tu la jangan buat jahat kat orang lagi lain kali, nasib baik aku nak tolong!

Thursday, March 11, 2010

Sembelit

Aku sembelit? Yea la tu, susah nak membuang dan kekerapan yang tidak boleh dibanggakan.

Ada kala, aku pakai aje enema untuk kelancaran membuang. Tapi, setelah membaca side effect penggunaan enema, aku jadi takut. Sms hubby, no reply at all! Busy la tu.

Setelah penat membaca di internet, ini adalah antara yang baik untuk aku amalkan:

1) minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Tp kronik mcm aku ni kena lebih, 4liter hari tu doc advice.

2)
makan banyak buah-buahan (prune, epal, nanas, pisang dsb), sayur-sayuran dan essential fatty acids seperti kekacang dan ikan. Ish..ubah habit makan la mulai hari ini.

3)
kurangkan kopi, teh, susu, makanan dari sumber susu dan makanan berlemak dari haiwan (saturated fats). Habis tu sumber kalsium aku nak korek mana?

Bersama kita berusaha meninggalkan enema. Cayoookkkk!!

Sesiapa nak baca lebig lanjut berkaitan sembelit, boleh baca di

http://salindah.tripod.com/anissembelit.htm

p/s: ubah demi keselamatan dan kesihatan aku n baby!!

Emosi terganggu?

Emosi ni melibatkan perasaan, perasaan yang silih berganti dan bertindak balas terhadap environment sekeliling. Haiyaaa...kejap-kejap marah, jap gi aku senyum sorang-sorang, pastu aku risau/ rungsing, akhirnya aku tetap menjadi aku!

Aku gembira bila
1. minum air sirap.
2. lapar aku dapat makanan.
3. dapat tidur cukup iaitu 8jam sehari.
4. dapat mem'blog'kan diri hari-hari.
5. berjaya membuang kumbuhan dengan baik.
6. aku berjaya, itu pun atas usaha parents aku yang memohon untuk aku tanpa putus-putus kepadaNya.

Aku marah bila...
1. ada orang kacau hidup aku dan keluarga aku. Lagi-lagi orang yang degil, tunjuk bagus kat aku. Ingatlah, apa yang awak ada bersifat sementara dan ilmu yang awak ada itu baru sekelumit sahaja jika nak dibandingkan ilmu Allah yang sangat luas di dunia ini.
2. Aku bertambah bengang bila orang tanya aku, aku jawab sejujurnya tetapi sebenarnya dia dah ada jawapan kepada soalan itu, dan dia nak aku cakap seperti dia fikir juga. Gila ke apa?
3. Aku marah bila Nain dan Afiq membuli Fadhli. Biasa dah anak akak aku kena marah dan cubit!!

Aku rungsing bila...
1. aku terlupa nak settlekan kerja aku. Kenapa makin ada sifat lupa dalam diri aku? Sampai orang tepon lagi, ishhh..berat-berat!!
2. aku tak tahu bila nak 'tender'. Prosesnya mcmana dan bila bermula di sana?
3. aku tak nampak suami aku bermula pukul 7.00 pagi sampai 8.00 malam (lebih kurang la, itu waktu bekerja standard dia). Mula aku terfikir macam-macam sebab kadang-kadang sms aku tak berbalas, rupanya meeting dengan top management. Heheheheh...
4. aku nak kena makan ubat. Lepas makan, perut aku full dan ubat doc Hamid bagi tu besar, lepas ke nak telan? Sebab selalunya, macam nak terkeluar balik.
5. perut aku rasa tak selesa, sebab-sebab yang aku sendiri tidak pasti so patut la aku rungsingkan.

** Part ni aku tambah atas initiative sendiri.

Aku takut bila
1. nak masak bilik server untuk sembahyang. Ini kerana kak Yah dah menjatuhkan casing server. Atas faktor keselamatan, semua diminta berhati-hati tidak kira di mana anda berada.

p/s: 2 jenis ubat aku bawa hari ni.

Wednesday, March 10, 2010

Realiti & Mimpi

Kisah realiti

Atas semangat yang bersisa, aku pun tanak nasi dan goreng ikan. Husband lepak depan komputer, buat pa lagi kalau tak check FB dan chatting dengan kawan. Banyak la kawan-kawan dia ni, dari zaman teknik sampai la UiTM, semua mereka nak buzz macam-macm story.

Yang kelakar tu, siap ada yang mengaku mereka dulu kuat bergaduh kat sekolah, ada sahaja yang tak kena di mata.

Tengah aku syok-syok memotong kacang bendi, tiba-tiba husband aku datang dengan muka berseri-seri. Aku tengok dia, pastu dia kiss aku (aku OK sangat bab ni, HALAL kan...). Then dia cakap, you nak tau tak yang you LULUS! Aku tersenyum kerana bersyukur atas nikmatNya dan gembira.

Kisah Mimpi

Aku tengah hangin dengan seorang perempuan ni. Dari Jumaat minggu lepas aku suruh delete, tak jugak dia delete. Pada pandangan aku, dia ego sebab dia rasa dia betul. Ingat aku bodoh ke untuk recheck kerja yang patut dia buat tu?

Sampaikan semalam terbawa-bawa ke dalam mimpi. Bangun pagi sambil gosok baju, aku pun berfikir. Lepas tu aku story-mory la kat husband, dia ingatkan aku itu hanya mainan tidur! Ye ker??? Ish...kena hati-hati ni!!

Kalau aku nak dikatakan jealous, biarlah orang kata aku jealous pun, dah dia suami aku yang sah di sisi undang-undang ISLAM. Aku ni di tempat kerja sentiasa menjaga adab dan pertuturan kerana aku bekerja dengan ramai suami-suami orang, tunang-tunang orang dan pakwe-pakwe orang. Bukan aku baik tapi realiti kehidupan kita perlu ada batasan, sebagai rakan sepejabat, rakan separtition, rakan sepasukan, etc... kita tidak boleh bebas laku sahaja.

Bagaimana ye aku nak settlekan masalah ni? Hum....

Cerita beras.........

Sejak doctor Hamid menasihatkan aku supaya banyak berehat, aku banyak duduk rumah di waktu hujung minggu. Husband aku la yang banyak keluar untuk membeli barang-barang rumah, yang aku plak buat list barang siap jenama apa aku nak + size barang.

Cerita pasal beras, tinggal berdua di rumah, ditambah memasak yang bersifat sekali sekala, macamana la nak habis beras pek 10kg. Nak beli pek kecil, tengok harga tak jauh beza. Akhirnya, 6 bulan pun belum tentu beras tu habis dimakan sehingga ada yang buruk begitu sahaja.

Baru-baru mertua aku nak datang. Jadi, aku agak bising meminta suamiku membeli beras. Tapi dia ni agak liat sikit, professional la tu kan...hari kerja mcm malas aje dia nak ke kedai! Pada aku, insya Allah kalau tubuh aku ni sihat, dah lama aku pergi Jusco ke, Care4 ke untuk beli beras. Berhangkut pun tak apa la, janji orang datang rumah kita dalam keadaan kita sedia menerima tetamu. Tapi perkara sebaliknya berlaku, sampai hari mertua aku di rumah aku pun tak beli-beli lagi. Adoi....yang aku rungsing tu bukan apa, satu keadaan beras tu, kedua pantang orang tua bekalan beras mentah putus di rumah kita. Malu gila aku pada mertua. Aku paksa-paksa juga dia ke kedai berdekatan, aku tetap gagal kerana.............! Hai, susah benar beras ni nak dibeli yea!

Akhirnya , hari Sabtu malam Ahad bergerak la dia ke Tesco bersama mertua aku. Aku stay rumah la. Aku pesan beli beras Faiza herba ponni 5kg sahaja dan kordial sirap besar. Bila dia balik, aku puas hati la nampak beras tu kan....! Harga? Ada la RM30++.

Jadi, mertua aku telah memasakkan aku sup ikan sebelum berangkat pulang pada hari Ahad pagi. Siap masak nasi untuk aku, pakai beras baru tu! Jadi, tengaharinya aku pun bersantap bersama suami. Pada mulanya aku terkedu, nasi cukup sifat masak tapi keras sangat. Mengikut kata suami ku, mertua hanya melebihkan air sedikit.

Aku heran la..sebab setahu aku beras tu kaedah memasaknya berbeza dengan beras lain. Aku pun nak buat experiment sendiri, so pada hari Selasa, selepas pulang dari bekerja, aku nekad masak ringkas untuk makan malam aku dan suami. Aku pun mencari kembali pek plastic beras, jelas tertulis 1 cup = 2.5 hingga 3 cup air. Aku pun nekad masak 1 cup beras = 3 cup air. Huisshh..berdebar-debar la aku masak nasi, tak jadi karang malu pulak kat suami!

Alhamdulillah, beras tu masak elok sahaja. Kami makan nasi panas-panas, ikan dan sayur bendi, opsss..lady finger! Hehehhehe...sama je. So, pagi ni suami buang sikit baki nasi hasilan semalam dan berpesan hari ni masak half cup aje yea.

Nasihat aku cuma satu, kalau nak pakai beras ni...masak nasi awal sikit dari waktu yang kita aim nak makan, supaya bila dia kering, cukup masa beras tu keras sikit sebelum kita bersantap. Dan lagi satu, kalau biasa makan 2 cup, korang cuba-cuba masak 1 cup sebab hasilan nasi yang dimasak itu biasanya menjadi 2 kali ganda.

p/s: Aku happy aje dapat makan beras tu sebab kononnya kurang karbohidrat! Hehheh...

Tuesday, March 9, 2010

Lif yang tak selamat......

Hum...pagi-pagi dah buat aku hangin satu badan. Mentang-mentang la aku baru je puji-puji sikit kebersihan, kecantikan landscape, kolam renang, playground kat kondo aku ni last weekend, terus hari ni aku kepit dek lif no. 2 tu!

Ohh...aku dok kat Danau Murni Condominium, Taman Desa. Aku dok bezakan dengan Gurney Condominium di KL, dari segi appearance menang lagi la management condominium aku. End of last year aku ada la complaint pasal kebersihan lif, mentang-mentang kerja cleaning sampai hari Sabtu sahaja, bantai hari Ahad bersepah-sepah sampah dalam lif. Aku kisah apa, itu management kena tengok jugak sebab every months aku bayar RM120++ untuk yuran maintenance sahaja base on keluasan rumah aku yang kecil tu.

Kalau aku tau lif kat condominium tu takde sensor keselamatan, dah lama aku complaint. Aku lupa nak tengok sijil angkut masih aktif atau tidak. Well, setahu aku negara kita ada undang-undang, setiap mesin angkut perlu memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan demi keselamatan pengguna.

Hum...aku nak complaint hal aku terkepit pagi ni kepada management. Nasib aku selamat, buat lif tu kepit warga emas, kanak-kanak sekolah, baby ke...macamana? Aku tak puas hati tu sebab walau aku dah tolak pintu dia ketika kepit aku, pintu tu tetap terus menutupkan pintunya. Hampeh....!!!

p/s: Sakit gila lengan aku. Autogate pun kadang-kadang bahaya untuk pregnant mama, sebab tu ada sesetengah company bagi kelonggaran pada golongan ini.

Monday, March 8, 2010

Maid oooohhhh maid...!!

Hum...pagi ni takde mood nak cakap banyak-banyak. Perut rasa sakit, ada angin yang tak lepas. Sampai office, letak beg teruk tersandar kat kerusi menahan sakit perut. Nak baring kejap di bilik sembahyang, terlalu awal dan sure panas sebab aircond blum on lagi. Tengah tutup-tutup mata, tepon plak berbunyi. Akak call pagi-pagi ni ada case emergency ke?

Dengar suara dia OK tapi nada singa tu macam disembunyikan. Ingat dia ada masalah kat sekolah rupanya masalah dengan maid baru. Dia dok hangin satu badan sebab maid baru ni terlalu BODOH. Bagus tak bagus akak aku ni, maid lama masih ada untuk mengajar maid baru sebelum dia balik kampung. Kira gaji 2 maid dia bayar la bulan ni.

Semalam dia call aku kata nampak macam bodoh aje maid baru ni. Aku kata jangan cepat judge orang dari riak wajahnya, mungkin dia masih segan-segan. Tapi bila akak aku test suruh sapu sampah, tak reti. Dengan kata lain, kena ajar nak sapu sampah ni mula-mula ambil penyapu dan penyodok. Then angkat tikar-tikar untuk sapu habuk di bawahnya. Bila dah selesai, boleh dia buat dek je dekat tikar yang tergulong-gulong tu. Kena bagi arahan lagi. Kira fail!

Test ke 2, gosok baju. Memang tak tau apa-apa berkenaan gosok baju. Aku rasa, apa minatang yang digunakan untuk menggosok pun dia tak tau. Abang ipar aku sampai naik takut, takut baju kerja terbakar dek tak reti gosok. Bocor poket kalau nak beli baju baru! Dah la tu, nak buat testing punya hal sampai 5 baju akak aku ambil sampel. Kira fail!

Yang paling kritikal, dah menipu akak aku. Akak aku ni punya la baik hati, tanya elok-elok dah bawa semua dokumen bila ambil dia di kampung. Dia jawab ringkas dah. Bila maid lama tanya, bantai tukar cerita plak, tak bawak sebab dah tinggalkan kat kampung. Hangin akak aku satu badan. Benda penting berkenaan diri sendiri pun tak boleh urus, inikan pula nak uruskan hal kerja.

Akhirnya, akak aku nak hantar dia balik kampung kembali petang ini jugak. Siapa tahan kalau pening kepala semua benda nak kena ada arahan baru ada tindakan.

p/s: Ohhh...adakah aku sanggup nak mengajar maid? Aku rasa aku lagi garang, sure menangis dia nanti!! PEACE.

Saturday, March 6, 2010

Busy doing project paper...

Haloo...almost 2 months and 2 weeks I did not do anything to my paper project. Arggghhh...face the reality man...tommorrow by hook or by crook you have to face your lecturer!!

Hang bawak la paper mana aje yang hang buat...padan muka, siapa suruh hang dok goyang kaki!!

p/s: Gatai sangat nak sambung belajar, padan muka hang!!

Friday, March 5, 2010

Tolong la yea...

Aku memang tengah sakit hati gila tahap naga ni. Aku ni jarang-jarang access FB, so sekali dah access to aku bantai la check in details.

Aku geram ni sebab ada gambar yang dimuat naik pada aku macam sesuatu yang amat dibanggakan, ibarat "I'm the heroin gotten gold to take pictures (3 keping okey) with this man!".

Hei women, please don't cross the line. I can do anything to you and also your "KETURUNAN". I will chase you until the tiny hole. I don't care, go to hell!!! Sedar la diri kau tu JANDA!!!

Aku bagi kata dua, kau tarik balik gambar tu atau aku SAMAN kau kat court.

p/s: Yang tak suka dengan post ni, siaps suruh korang baca dan tolong jangan gatal-gatal nak komen! PEACE.

Perempuan Cantik mempunyai .....

Aku rasa isu ini agak sensatif nak dibincangkan. Tapi aku terpanggil untuk menyatakan pandangan peribadi aku yang sememangnya pernah berkawan dengan golongan CANTIK ini.

Yea...cantik ini banyak definasi. Apa yang aku nak cerita di sini adalah cantik rupa paras seseorang. Ada kata cantik kerana kulitnya yang mulus, hidung yang mancung, pipi yang gebu, mata yang galak, ukuran body yang macam kerengga. Aku jealous? Ohhh, tidak sama sekali sebab aku juga punya pakej tersendiri. Aku syok sendiri? Ohhh, tidak sama sekali kerana itu antara sebab kenapa suami aku memikat aku. Walau anda hendak mengata aku angkat bakul sendiri, silakan... kerana aku tidak pernah menyesal dengan syarat yang telah aku letak dan memilih pasangan hidup dan mati ku.

Ok, berbalik kepada cerita CANTIK. Banyak orang tidak mengetahui si CANTIK sebenarnya mempunyai sikap tersembunyi. Sikap ini merangkumi cara kehidupan seharian, cara kerja, cara bergaul dengan perempuan yang lebih cantik dan sebagainya.

Di zaman sekolah, CANTIK seperti rakan-rakan yang lain. Masa mandi, mandi la dia. Masa sembahyang, sembahyang la dia. Masa makan, makan la dia. Sehingga semuanya terbongkar, dia tidak pernah membasuh baju, tidak kira kecil atau besar. Jangankan perkhidmatan dobi disalah, dia tidak pernah sama sekali memikirkan aspek kebersihan. Dipakai baju itu berulang kali sepanjang musim persekolahan. Mungkin dia bernasib baik, bau badan dia tidak kuat. Yang hairan itu, si pakwe tidak pernah merungut tentang kebersihan dan bau si CANTIK.

Dari zaman matrix, aku tidak pernah berkawan dengan kumpulan si CANTIK. Mereka sering menjadi perhatian kerana kelebihan yang ada berbanding kami yang biasa ini. Tetapi, alangkah terkejut aku, lelaki yang menjadi idaman mereka rupanya lebih berminat untuk berkawan dengan kami dari golongan biasa ini. Lebih membuatkan si CANTIK menoleh 2 kali ke arah golongan biasa ini, mamat pujaan rela duduk dan bercakap semeja dengan golongan biasa. Nampak jelas riak kurang puas hati di wajah si CANTIK.

Di zaman universiti, si CANTIK memaparkan sebenar dirinya. Jangan terkejut jika aku pernah melihat si CANTIK membuang sampah merata-rata walau bakul sampah berhampiran. Itu belum termasuk mengambil masa yang lama mandi di pagi hari, tidak mengira waktu orang lain yang terdesak untuk ke kuliah. Dalam bilik, ada yang tidak mempunyai deria bau yang bagus. Keluar bilik, habis disembur wangian ke seluruh badan tetapi bau kasut....hanya rakan sebilik sahaja tahu, kesian kepada rakan sebilik menahan azab.

Di zaman kerja, si CANTIK lebih matang berfikir seharusnya. Lebih pandai menjaga adab ketika bekerja dengan lelaki terutama bergelar suami orang. Bukan tidak boleh memakai pakaian menjolok mata, pakailah jika itu buat anda selesa dan rasa berkuasa tetapi ingatlah jika anda berada di tempat orang lain satu hari nanti, adakah anda suka dengan keadaan itu. Aku tidak jealous, aku sudah puas memakai skirt, seluar ketat, baju singkat & ketat tetapi aku sendiri hendak berubah. Ohhh...itu belum lagi bercerita mengenai tanggungjawab. Si CANTIK amat licik, dibeli kepercayaan orang lain untuk kesenangan bekerja. Alahai...kerja mudah pun tidak boleh di'handle', ini kan pula kerja yang lebih mencabar. Ingat CANTIK, hidup ini ibarat bola...mungkin kala ini anda di atas, esok siapa tau anda di bawah. Bukan ke lebih mudah mengikut resmi padi. Apa kebaikan yang dibuat jarang sekali orang ingin bercerita mengenai ianya tetapi keburukan yang dibuat pantas sekali diketahui orang sekeliling, habis dicanangnya.

Oleh itu, aku menasihatkan diriku sendiri, jadi manusia yang berpijak di bumi yang nyata. Jangan menyakiti orang lain, jangan bersangka buruk terhadap orang lain, berusaha bersungguh-sungguh dan jaga kebersihan.

Kepada si CANTIK,
Aku sekadar berkongsi pengalaman, mungkin aku salah tafsir tapi ini semua berdasarkan cerita kehidupan aku. Aku mohon maaf.

p/s: Aku masih mencari CANTIK yang satu......!!!

Thursday, March 4, 2010

Teksi oh teksi...

Sejak aku dah masuk balik opis ni, pagi aku dihantar oleh suami. Petang aku kena balik sendiri. Kenapa? Aku dinasihatkan tidak memandu kereta sehingga keadaan mengizinkan atas arahan doktor.

Dan bila balik sendiri tu bukan bermaksud aku naik bus atau mana-mana train. Kawasan rumah aku tu tak mesra alam, tiada banyak pilihan kemudahan awam selain bus atau teksi. Kalau opis suami aku dekat, sanggup aku tunggu dengan syarat dia kena balik on time pukul 5.30 petang sebab aku habis kerja pukul 4.30 petang. Tapi memandangkan jarak, kadar kesesakan lalu lintas dan masa kerja dia yang tidak menentu, aku mengalah memilih untuk menaiki teksi.

Mula-mula naik dulu harga Mid Valley ke Taman Desa lebih kurang RM8.20 hingga RM8.50. Hairan aku sebab kalau tak salah aku teksi ni pakai meter, sepatutnya kalau lalau sama, harga kena tetap sama. Ni tak hari-hari harga lain-lain.

Jadi, petang semalam aku naik teksi yang dipandu oleh seorang pakcik yang agak berusia. Aku cakap ke Taman Desa, dia angguk kepala setuju. Aku pun masuk dan diam sahaja sambil mendengar radio yang dipasang. Dia membawa aku melalui laluan terus ke Jalan Klang Lama. Sampai simpang Taman Desa, aku memberi tunjuk arah sampai ke rumah.

Aku: Berapa pakcik?
Pakcik teksi: ......sembilan.
Aku: Ni dia pakcik (sambil menghulur not RM10).
Pakcik teksi: (Lama gak dia keluar duit sana, cari sini dan kemudian menghulurkan baki) Terima kasih.
Aku: Terima kasih pakcik (sambil terkedu dan keluar dari teksi).

Aku mengira baki yang pakcik teksi hulurkan pada aku sebanyak RM2.10. Jadi bermakna harga teksi aku naik semalam RM6.90. Murah dari harga selalu yang harus dibayar. Aku doakan rezeki pakcik tu murah kerana dia jujur dalam bekerja, insya Allah rezeki dia lebih luas selepas ini. Amin.

p/s: Keliru dengan situasi kegairahan manusia mencari wang dan mengumpul harta dunia!! Harta akhirat camna yek....????

Wednesday, March 3, 2010

Cerita bau-bauan....

Ada 2 kes berlaku hari ini, berkait rapat dengan deria bau aku ni:

Kes 1

Geng cuci opis datang, tukar botol semburan wangian kat dinding. Bau dia, masya Allah punya kuat gila. Kembang kempis aku bernafas sambil tekup hidung dengan tudung. Akhirnya aku terpaksa menahan pening yang amat sangat waktu lunch.

Kes 2

Kirim lunch dengan Kak Yah, teringat lama dah tak makan ikan selain ikan bilis. Aku pun pi berehat dalam bilik, baring dan terlelap dalam 5 - 10 minit. Aku bangun terjaga pukul 1.50 petang, terserempak dengan Ally dan Kak Yah. Aku teruskan hajat untuk ke restroom sebelum join mereka lunch.

Masuk pantry, wah...bau tomyam Kak Yah semerbak! Mengancam jiwa ku...walau lauk lunch aku ringkas, aku happy sebab ikan kembung goreng tu masih panas isinya ketika aku cubit. Melantak la aku tanpa banyak bercakap, sedap wooo makan panas-panas.

Pelbagai isu pihak senate pantry bincangkan sambil makan. Aku pun ada menyampuk sesekali. Habis makan, cuci tangan dah dengan sabun tapi....bau ikan masih tegar!!! Dan tanda yang lebih jelas aku makan ikan kerana mulut aku pun bau ikan....naik malu plak kot-kot orang boleh bau ikan kat aku.

p/s: Kihkihkihkhi...dalam hati berbisik macam kucing plak aku ni!!

Business Class vs Economy Class

Ni kisah cerita hubby yang insya-Allah nak kena keje 1 minggu kat China. Actually aku pun tak pernah sampai sana, dan kalau nak ikut ke sana bukanlah keputusan yang menarik apatah lagi keadaan diriku yang tidak mengizinkan.

Polisi company dia kalau flight lebih 8 jam, boleh la naik Business Class. Since dia nak gi mana yek...aku lupa la...yg perjalanan hanya mengambil masa 6 jam, kena naik Economy Class. Hum...aku plak bantai nasihat yang berbaur positive,

"Ala..sekarang ni rezeki awak naik Economy Class, boleh kenal ramai lagi orang yang mungkin rela nak berborak untuk menghilangkan bosan. Mungkin 1 hari nanti, awak dah jadi bos yang asyik naik Business Class, tah-tah dah boring nak duduk di situ kerana orang-orang itu semuanya pendiam a.k.a sombong (andaian OK!!). Ingat, setiap yang terjadi adalah ingat daripada Allah untuk panduan di dunia" >>> kes membebel

Hubby tersenyum. Kihkihkihkihkih...sebenarnya aku tahu yang lebih penting adalah hasil perjumpaan dengan semua businessman di sana. Then, kena present kat top management. So, harapan aku:

1) Prove to yourself you can do it even in limited conditions. Then only you can prove to your bosses your ability and knowledge.

2) Prove that you had took initiative to improve your skill, ie meeting business partner or clients and also your presentation skill.

Insya-allah, I'll always by your side and pray for your success.

p/s: Hum...sebenarnya aku lihat rezeki dan peluang suamiku semakin murah sejak aku berbadan 2. Alhamdulillah.

Tuesday, March 2, 2010

TQ my friends!

To: Kak Ros, Kak Yah, Ally and Mary,

Terima kasih banyak-banyak sebab ambil berat pasal I yang cun ni. Sejak tau dah pregnant smp ke hari ini, you all la yang tolong jaga makan minum I yang cun sepanjang 8 jam kat office.

Kadang tu you all bukan lapar sangat, tapi sanggup turun gi food court just to buy me food. dah la tu, tak plak belanja you all! Ishhh..anak cik asamah ni....!!!

Termasuk tetiba sakit kat office, sanggup hantar I yang cun ni gi klinik tok Mid kat Bukit Damansara.

Ishhh...camna la I yang cun nak balas jasa you all yang banyak melibatkan tenaga daripada wang ringgit ni???

p/s: Hari-hari aku dok bezakan kebesaran perut aku dengan model Enfa Mama milk kat tin!! Kihkihkihkih...