Monday, July 12, 2010

Adakah aku akan terlepas?

Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah menonton rancangan Army Wives di saluran ASTRO. Saya bukanlah seorang yang setia dengan rancangan tersebut tetapi adalah juga menonton jika bosan tiada rancangan yang memikat hati untuk ditonton.

Army Wives adalah rancangan yang memaparkan rencah hidup isteri kepada kakitangan Army dan isteri berstatus kakitangan Army sendiri.

Apa yang aku ingin ceritakan adalah aku terkesima dengan sepotong ayat yang dinyatakan oleh isteri berstatus kakitangan Army. Dia menangis kerana dia senantiasa terasa yang dia akan terlepas peluang untuk mengalami atau menyaksikan sendiri proses pembesaran anak yang dikasihi. Antara yang dinyatakan first word, first step, etc...

Dan ayat itu telah membuatkan aku terfikir dan terus terfikir, adakah aku juga akan terlepas peluang itu? Aku tak kisah apa pandangan orang lain, pada aku setiap perkembangan bb boy too special pada aku.

Aku sudah membayangkan yang aku akan menghadapi cabaran pertama untuk berjauhan selama 1 minggu daripada bb boy kerana aku harus menghadiri kursus pada hujung tahun ini. Oh...ketika menulis ini pun air mata hampir menitis, kenyataan hari tersebut mesti sukar untuk aku tempuhi.

Dan aku tidak mahu menjadi seorang Mm yang suatu hari nanti bb boy kata, saya tak nak apa-apa dari Mm cuma saya nak Mm ada di sisi saya. Bagaimana? Sekarang pun aku dah kalut menguruskan kerja-kerja di office sehari-hari.

p/s: Penat atau tidak, aku kena utamakan keluarga. Korang perasan tak ayat skema peperiksaan dalam penulisan aku kali ni? Hehheheheh...

2 comments:

yutt said...

Betul alia, akan ada benda yang akan kita terlepas, tp insyaallah watever fisrt yg terjadi takkan terlepas.

Kak ros lu pun mcm tu, 1st day hantar fatih ke nursery menangis sebab kenangkan benda tu. 1st month sangat terasa mcm2 terlepas...

Tetapi rupanya2 semua benda yang berlaku 1st time, berlaku depan mata kak ros apabila kakros bercerita blk dengan maid atau org yg jaga anak kak ros... hehehehe, panjangnya komen...

eliyazz said...

Risau ada, sedih ada, takut ada tapi diri sendiri buat2 tak faham...

Harap nasihat k'ros akan dijadikan ingatan!!