Friday, July 30, 2010

Cecair kuning & hospital Pantai

Aku pun tengah confuse ni, apa hal ada lelehan cecair kuning pukul 6 pagi tadi. Aku baru lepas menunaikan solat Subuh dan tetiba rasa ada cecair meleleh. Sepantas kilat aku check arrr, takde apa cuma perlu tukar panty. Tengah jalan-jalan cari panty baru, kenapa makin lama makin basah kat private part aku? Terus aku lap dan cakap dgn Dd. Yelah, pagi sangat so masing-masing blur. Aku terus ke toilet sementara buli Dd buatkan air Horlicks untuk Mm (manja sokmo, pagi-pagi mesti gedik nak suruh Dd bancuh susu EnfaMama+Horlicks tp memang sodap pun, sesuai je pecahan susu + horlicks tu..).

So, bila sampai opis pukul 7 pagi aku dok kat sofa depan sekali sambil membelek majalah Pa&Ma yang dibeli oleh K'Ina (kira subsidi dari opismate untuk isu BF). Aku dok depan supaya kalau perlu ke toilet dapat disegerakan. Dan sebenarnya aku tertidur kat sofa empuk tu sampai PA Pengarah aku tegur nape tak masuk, heheheh...

Setakat ini, cecair tersebut sudah tidak ada lagi keluar.

Ikuti perbualan aku & kawan baik aku nun jauh di Cyberjaya:

Aku: Hai, S*****. Boleh cakap?
S: Boleh...awak sihat?
Aku: Sihat, alhamdulillah. Nape bising sangat tu?
S: Ada convo carnival ni, tengah lalu on the way to bank.
Aku: Owhhh padan la. Nak tanya sikit pasal Hospital Pantai. Tak perlu register apa-apa ke?
S: Takde, bila dah sakit terus je ke emergancy section. Nanti dia akan suruh awak duduk atas wheel chair. Walau awak masih boleh jalan, tetap kena dok atas kerusi. Tanya doctor siapa dan mereka direct call doctor tersebut. Then mereka terus tolak awak ke ward.
Aku: Owh...ok! Apa nak kena bawak?
S: Prepare a bag siap-siap dalam kereta awak. Senang kalau perlu masuk hospital.
Aku: Dalam beg tu nak bawak apa?
S: Kain batik, baju, stokin, pad, toilettries. Untuk baby bawak baju, mitten & bottie, pampers, kain bedung. Tapi nanti kat hospital baby kena pakai barangan hospital, nak keluar baru pakai baju sendiri. Pampers kalau tak mau pakai hospital punya, boleh pakai yang kita bawak.
Aku: Kalau hospital dah ada, pakai diaorang punya aje sebab semua masuk bil kan...(gelak2)
S: Betul-betul...(sambil gelak2). Kita ada teringat kat awak, nak call tapi handphone kena barr. Bila due?
Aku: Kalau ikut 1st day raya tp doctor kata 2nd week raya. Aku lak rasa macam end August.
S: Nanti bagi tau la kalau dah bersalin.
Aku: Insya-allah, kalau aku ingat. Bukan apa, aku ni sebenarnya tengah takut gak. Baby aku dok melintang lagi ni.
S: Kita dulu pun camtu, cakap kat dia tak kesian kat mummy ke & berdoa. Akhirnya by 7 months dia turun ikut position yang sepatutnya.
Aku: Tu la, harap macam tu. Cakap dah tapi dia pun degil gak. Doctor hari tu try pusingkan, tp dia taknak. Mak kita kata dia sure marah lagi-lagi time tu dia tengah nyenyak tido.
S: Ok, je. Cakap elok2 kat dia & doa. Nanti dah bersalin ok.
Aku: Doctor babyi hari tu awak dapat sapa? Ok tak?
S: Tak pilih pun cuma diberi terus kepada doctor ... (aku dah lupa la namanya). Doctor tu ok, puas hati la dengan dia. Tak pilih pun.
Aku: Mmg doctor kat Pantai la dia yea. Tiap bulan cucuk kat doctor tu gak ke?
S: Ha'a...takde masalah sebab dia fulltime kat situ.
Aku: Owh..ok. Raya mana dulu tahun ni?
S: Raya kat Pahang dulu.
Aku: Takpe, panjang raya kat belah awak nanti.
S: Nanti dah bersalin cakap, boleh gi lawat.
Aku: Insya-allah. Ok, nanti kita jumpa story-mory lagi tau.
S: Ok, nanti kita call awak. Bye.
Aku: Bye.

Punya la tak caya cakap Tok Mid sampai minta confirmation dari kawan bernama S. S dia dengan Dato' Dr. Norashikin.

p/s: Aku tengah lapar niiii...tolong la!!

Thursday, July 29, 2010

Kisah kedai makan cina muslim

Aku tengah sakit belakang ni. Tah la, duduk salah, berdiri salah, baring salah...bak kata orang serba-serbi salah.

Dikala ini, aku terkenangkan kedai makanan cina muslim di Bangi. Apa namanya..jap...bagi aku masa pikir...sabar la...lebih kurang Abdullah Chan kot namanya.

Kisahnya bermula bila aku diajak teman ke sini untuk menikmati dim sum dan teh. Tapi makanan di sini mmg menyelerakan betul, ada ke udang goreng dia pun aku dah terair liur tengok hari tu. Aku makan pau, dim sum dan air aje waktu. Untuk membolehkan aku makan udang goreng yang macam dok dalam sarang burung tu, aku telah mengumpan Dd tercinta untuk makan di kedai ni. Aku kata aku belanja dia makan dim sum satu piring yang ada 3 ketul, lain-lain dia kena bayar sendiri.

Tapi, entah yea...dapat ke tidak aku makan kat situ hari ni. Buatnya Dd balik lambat lagi macam semalam, putih mata aje la aku!!

Wednesday, July 28, 2010

Apa kes?

Hum...aku sangat keletihan lately ni. Semalam, hari ini dan esok aku attend training. Walau PC aku dah baik demam, aku masih tidak berkesempatan untuk memasangnya. In fact, aku nak CPU dok atas meja sekali supaya aku senang nak guna USB port. Insya Allah, esok aku pasang la selepas meminta bantu rakan aku untuk mengangkatnya ke atas meja.

Semalam, aku follow Dd ke kedai Bata, dia nak beli lapik tapak kasut. Aku pun tengok-tengok la kasut yang sesuai untuk orang yang berat cam aku ni. Kenapa kasut? Aku kena jaga attire aku walau aku tengah pregnant, lesen besar or lesen kecil itu bukan alasan yea untuk tidak menjaga penampilan ke pejabat. Akhirnya aku membeli satu kasut Flexology, walau aku tak tau ape bendanya la maksudnya. Jangan terkejut, dari size 6 sekarang aku kena pakai size 8. And Dd la yang paling heran sebab macamana hari-hari aku gi opis pakai kasut size 6 selama ni. Jawapannya senang je, kasut lama tu dah sangat mengembang dan Dd sendiri akui macam nak pecah dah kasut lama aku tu. Maka secara rasminya hari ini aku memakai kasut baru ke opis. Macam longgar plak rasa tapi kaki dah tak rasa terhimpit aje lagi.

Dan di malam harinya aku telah habis memeriksa barangan bb boy. Tiada defect yang harus aku tukar. Harap-harap bb boy muat pakai baju-baju tu semua. Walau kena perli bila plak stokin tu akan dipakai oleh bb sebab baju semua setakat ni jenis suit, Sabtu ni Dd lupa la tu aku nak gi beli baju lain lagi....hehhehe. Ingat nak amik pic and tampek kat sini, tapi mata dah berat so terus ZzZZZZZzzzz...

p/s: Dd jangan lupa beli mould kat Mothercare tu tau...

Tuesday, July 27, 2010

Cerita aku & Dd pada hari Ahad, 25 Julai 2010

Alhamdulillah, seperti yang dirancang kami berdua selamat ber'shopping' (jgn guna perkataan ni dalam mana-mana penulisan peperiksaan yea anak-anak!!) di Mid Valley.

At first Dd ajak pegi Gardens, banyak kedai jual barang bb kan...banyak pilihan kan...aku tau dia baca blog aku ni tapi nanti la. Seperti yang Dd sedia maklum, Mothercare adalah tempat pilihan aku nak shopping. Jadi dia dah faham benar-benar kemahuan aku. Maka menapak la kami berdua ke kedai tersebut. Dah pusing-pusing dekat 1 jam setengah tapi satu benda pun belum beli lagi. Apa taknya, ada aku gedik-gedik nak beli colour pink, purple dan colour orang tua Melayu & Cina pantang iaitu colour kuning banyak plak kali ni!

Hari tersebut adalah hari terakhir sale dan ada additional 10% untuk card holder. Since kawan aku lupa nak kasi pinjam, melepas la aku nak rasa lagi murah. Takpe, rezeki dari Allah s.w.t.

Barang yang mula sekali kami pilih dan masuk dalam beg adalah 2 botol Dr.Brown dan 1 berus botol. Tu pun dok belek macam nak beli 10 botol. Kemudian aku la yang beria nak beli shampoo & body wash Nature ????. Then bayar la Dd sekian harga. Aku kemudian cakap depan Dd kepada diri aku sendiri, sabar...jangan terikut-ikut sgt kata hati nak beli macam-macam & banyak-banyak.

Pergi pulak ke satu kedai Mothercare yang jual baju aje. Aku tetiba cakap ngan Dd, lupa nak tgk towel. Menapak la Dd balik ke kedai tadi semula dan nasib ada.

Aku dah rambang bijik mata tgk sleep suit yang cute-cute, langsung suruh Dd je yang buat pilihan (kasi chance la tukang bayar buat pilihan sebab teruk kena ketuk dengan aku). Aku pilih socks & mittens colour plain white. Aku tension je tengok tutup kepala (like soft cap) tu jual sampai dua, pulak tu same size. Sanggup aku tangguhkan niat hanya kerana aku yang kedekut. Time nak bayar, boleh plak Dd cekup lagi satu set sleep suit. Dd dah langgar list...list nak beli 6 aje baju, which 2 untuk malam dan 4 untuk siang. Dd kata takpe, takkan plak anak staff ******** takde baju pulak nak pakai. Since Dd yang bayar, aku ikutkan aje.

Walau kaki dah sakit, nak jugak singgah kedai Mum's Care. Niat nak beli small towel tapi dia jual sampai 16 keping untuk harga RM15. Nak buat apa banyak-banyak sampai macam tu. Kalau bagi adik ipar aku separuh, aku ada 8 keping lagi, takkan la cuci tak kering-kering sampai 2 hari 2 malam? Tengok kain bedung pulak, ala yang style moden tu. Imported item sampai RM80++ satu, gila ke apa mahal. Bila aku pikir-pikir balik kain tu sangat tebal, tak sesuai untuk iklim cam kat negara kita ni. So, kena ulang tengok local item tu ok ke tak. Cuma aku masih terfikir, receiving blanket tu apa nyer? Kain bedung ke..sebab jenama dia kalau tak silap Bubble Bee. Akhirnya, tak beli apa pun.

Untuk mengenyangkan perut aku, terus tuju ke Secret Receipe. Dan aku pujuk Dd bawak aku gi beli lagi barang bb boy hari Sabtu ni jugak kat JJ. Aku nak cari 2 baju lobang-lobang yang akak aku suggest dan 2 baju bukan jenis suit.

Balik rumah, bila ku lihat senarai kena beli...hum..hum...sorry Dd as you just spent RMxxx.xx for 6 out of 18 items. Dan aku telah diamanahkan untuk check again barang yang dibeli sebab boleh tukar balik dalam masa 5 hari. And time nak tido, Dd cakap kat Bb boy...kena beli sleep suit lebih sebab Mm kuat pakai aircond, sejuk nanti. Aku gak yang salah, dah tu tido macam main game boxing..tak selesa you!

p/s: I knew Dd excited cuma dia segan nak showed dia pun nak buat pilihan. Dd please take into account nak beli botol sterlizer & katil yea, TQ!

Saturday, July 24, 2010

Shopping time...

I like shopping, hum...bukan-bukan...i love to shop...hahhaha...

Sebenarnya aku baru nak mula shopping barang-barang bb boy. Walau apa orang kata, aku ok je sebab aku pun doctor tak nasihatkan banyak jalan-jalan dulu. Tapi kebenarannya aku senantiasa sakit kaki sejak 2 menjak ni. Nak kata kurang kalsium, susu & pil kalsium aku telan setiap hari.

Esok aku nak gi shopping. Rasa ada keinginan untuk ke sana sini tapi aku limitkan ke Mid Valley aje. Kemudian-kemudian aku beli dari semasa ke semasa. Kedekut? Aku rasa tak cuma aku suka fesyen pakaian bb kat Gardens & Bangsar Shopping Center. Yang ni nanti aku bawa bb boy untuk pilih sendiri, hehhehe...aku la pilih cuma size ukur kat badan dia la.

p/s: Wahai Dd, sila sediakan cash secukupnya. Mm dah bayang mcm2 ni!!!

Friday, July 23, 2010

Cerita check up lagi

Hari ni subuh-subuh lagi dah gerak-gerak dalam perut, mungkin kejut aku yang masih sedap diulit mimpi. Tapi aku gatal gak nak sambung tido-tido ayam lagi. Akhirnya aku kejut Dd pukul 6.30pagi. Wajahnya macam marah kat aku, sebab sengaja nak lambat & malas-malas. Akhirnya aku kata jangan berfikir apa-apa, just BERSIAP.

Keluar dari rumah Semenyih tepat 7 pagi. Keadaan traffic sangat sesak. Tp alhamdulillah sampai di Klinik Dr Hamid tepat jam 8.30 pagi. Dapat no. 2, not bad.

Jumpa doctor kali ni best, sebab dapat dengar degup jantung bb boy. Tah apa alat tu doctor guna, so boleh dengar la. Bb boy masih melintang kedudukannya. Walau doctor usaha untuk alihkan kedudukan bb boy, dia agak degil & keraskan badan (cam aku la, degil sikit, habis la Dd ado 2 orang degil sikit dalam rumah pasni).

Akhirnya, doc bertanya juga aku nak bersalin di mana. Of course dengan you doctor. So, doc dah bagi surat & siap no phone. Tapi aku masih blur-blur...itu je ke? Tak perlu register apa-apa ke? Ayo...risau + cuak.

Dan doctor predict aku sebenarnya akan bersalin 2 minggu lepas raya. Ikut kira-kira 1st day raya. Ish...berdebar gak. Aku rasa cam hujung bulan 8.

p/s: Ayah kata sempat aku raya dulu...hum!!

Thursday, July 22, 2010

Looking for expert in CFD FLUENT

I'm final year student in Master Engineering. This semester I'm doing final year project which using CFD FLUENT.

Since my time is too tight, I'm looking for a person who able to model and run it for me. The result will be analyse by me but if I'm not satisfy, you have to run it again.

Fee/Salary? Email me (alia.merdeka@gmail.com) if you are really interested with this part time job.

I'm always tired

Huarghhhhh...mengantuknya! Seluruh badan rasa letih sangat, rasa sengal-sengal dan tak bermaya. Padahal pagi ke, petang ke, tengahari ke, malam ke, baru bangun tido ke...semuanya sama, senantiasa letih dan terus letih.

Pastu sekarang dah makin malas. Malas nak makan, malas nak mandi, malas nak buat kerja, malas...malas...yang tau nak baring and tido!!

Semalam petang dah cakap dengan Dd, kasut dah ketat...kaki dah besar kot. Tanya mak i kaki ni dah bengkak ke, ringkas jawapannya...8 bln memang la bengkak (tanpa pengesahan sah kaki adik dah bengkak). Apo ajo la...so Dd dah ajak beli kasut baru yang lebih besar sizenya. Sandal? Tak sesuai kot untuk aku pakai ke opis, kena jaga gak attire ke opis kan...

And belakang badan selalu rasa sakit yang amat sangat. Lenguh gitu...habis puas aku tukar 1 kerusi ke kerusi lain, itu jugak hasilnya.

p/s: Hakam jatuh dalam toilet...apa kes da..!!

Wednesday, July 21, 2010

Bila nak shopping barang bb boy?

******luahan rasa bakal seorang mm******

Mula-mula aku pregnant, pesanan mak mertua jangan dibelinya lagi barang-barang baby. Sila tunggu sampai dah masuk 9 bulan. Ni aku tak tipu yea...betul-betul ingatan dia buat Dd. Dd yang sampaikan kat aku. Aku kan susah nak conceived. Aku anggukkan kepala sahaja. Tapi aku ckp kat Dd hujung bln 7 atau awal bln 8 aku dah nak beli.

Tup..tup..bila adik ipar ku sibuk menguruskan barangan bayi baru-baru ni, bertanya la mak mertua ku, dah beli barang? Ayooo...pening kepala aku bila mana statement tu contra.

Mak aku bersemangat nak buat bantal & barut untuk bb boy. Tapi mak aku kata lama lagi. Rilex la...ye la, janji ado semangat nak buat.

Kat opis, kawan-kawan aku semua kata aku ni sangat ikut nasihat orang tua. Jangan nanti dah sarat, tak larat nak jalan, baru nak gi beli. Aku kata yelah, dipesan jangan beli awal-awal...ke aku yang lurus bendul? HAhhahahah...

Belum jadi Mm dah banyak cabaran, walhal nak beli barang je pun. Tapi awal-awal dah block schedule Dd. Insya Allah by 31 July or 1 August aku shopping la barang Bb. Tak banyak pun nak dibeli, jangan membazir hanya kerana aku excited lobih-lobih! Kalau tak cukup, Dd la runner terbaik untuk beli barang-barang itu sbb keje kat KLCC. Hahhahah...

p/s: Aunty Long Zira diingatkan untuk tidak membuang pagar kanak-kanak kerana Mm nak pakai pulak, terima kasih.

Tuesday, July 20, 2010

Bila abang berkata-kata...

Cerita kali ni berkenaan anak saudara aku, yang memang aku marah pun LOVE lagi dengan aku (sebenarnya dia buat tak tau je kalau aku memekak marah-marah). Kenapa aku kata LOVE? Sebab bila mana 2 adiknya berlari-lari mendapatkan atok, dia masih stay dok layan aku rasa sample kuih-muih raya.

Nama dia Muhammad Zulkarnain. Nama glamour Nain. Nama bahasa diri Abang.

Nak dijadikan cerita, last Saturday aku pergi melepak kat umah dia sementara tunggu Dd gi main bowling. Abang telah bertanya kepada aku beberapa soalan yang pada aku belum tahap budak umur 6 tahun patut bercakap.

Abang: Bulan 8 nanti Ngah dapat baby. Bibik kena datang cepat utk jaga Abang. Kalau tak nanti tak ada orang nak jaga. Nenek kena jaga Ngah.
Aku: Ha'a...nanti bibik datang la!

Abang: Nama anak Ngah apa? Nak panggil apa?
Aku: Panggil bb boy la.
Abang: ...geleng...
Aku: Abang ada nama untuk bb?
Abang: Azim, Lulu, Ben dan beberapa nama lagi sambil menunjukkan cartoon yang dimaksudkan.
Aku: Alamak...takkan nak letak nama cartoon kot!
Abang: ...tersengih...

Abang: Nanti anak Ngah nak jadi apa?
Aku: Jadi apa?
Abang: Yelah..nak jadi doctor ke...nak jadi apa?
Aku: Anak Ngah semua boleh jadi, doctor boleh, accountant boleh, engineer boleh, teacher boleh..semua boleh!
Nenek: Abang nak jadi apa?
Abang: ...hanya senggih...

Pada aku dia jujur. Tapi dengan siapa pulak dia bincang hal ni?

p/s: Afiq takut tengok perut aku!! Akak aku kata perut Ngah besarkan...

Monday, July 19, 2010

Aku dah kena buasir

Perasaan aku bercampur baur. Perasaan sedih, takut, risau....kenapa aku kena buasir? Tolong la...dalam kita berjaga-jaga masih terkena juga.

Air masak hampir 2 liter aku minum tiap hari. Betul...tak tipu. Lepas proses kumuhan, aku replace balik dengan secawan air. Betul...tak tipu!

Buah....betik aku telan sebijik last week, tiap hari tanpa miss. Sambil tu ada gak aku ambil epal merah, anggur merah...durian? Idak la jadi kegemaran aku walau ayah aku beli jenis tembaga ke, D24 ke, kampung ke...hape aje la...! Cuma prune je tak masuk dalam menu aku last week.

Sayur? Iyea...aku makan. Kacang botol, sayuran daun hijau semua aku makan. Bendi adalah kegemaran aku.

Cuma, aku perasan aku dah start makan pedas balik. Hum..hum..

Pesanan doctor adalah aku kena seimbangkan diet aku kembali. Portion nasi, sayur dan buah kena betul. Selain itu banyakkan pengambilan fiber dalam makanan. Kalau aku tak nak berubah, then aku akan susah di kemudian hari. Tadi pun doctor bagi ubat sapu dan ubat lembutkan najis aje.

p/s: Ayah aku suruh aku kurangkan portion nasi....sedih...nanti lapar!!!

Sunday, July 18, 2010

Last semester to go....

Rupanya aku dah last yang sangat last semester dah....sekali pikir lawak jugak tapi bila dua kali pikir, tak lawak dah sebab aku belum buat apa2 lagi. Faham tak?

Benarnya, tahun ni aku rasa rezeki aku sangat cemerlang. Bermula dengan aku memaksa diriku menyiapkan thesis part 1 master projek, diikuti pengesahan Tok Mid aku pregnant dan akhirnya aku dapat tawaran kerja yang lebih baik. Syukur alhamdulillah.

Sekarang ni, bukan bb boy je dah masuk trimester terakhir, aku punya pelajaran pun dah masuk semester terakhir. Otak ni selalu aje terkenang nak start buat thesis part 2 tapi...hampeh.

Tadi aku kuatkan diri minta mak taja bayaran semester terakhir ni. Aku nak diri aku rasa terhutang dan oleh itu aku akan push diri ke arah BUAT THESIS. Ha...gelak la tu kat aku tapi itu la aku, tanpa faktor menolak yang kuat aku kadang-kadang SLOW.

Dan...aku dah tekad, habis je Master ni, aku nak pencen dari belajar untuk 10 tahun. Atau bila dah confirm nanti aku minta sambung belajar balik, insya Allah.

Orang kata, kalau aku rajin membaca, anak pandai. Tapi kalau baca report hari-hari, itu kategori yang boleh di ambil kira ke? Tapi nasihat Tok Mid lagi baik..banyakkan berzikir dan berdoa.

p/s: Last date to register on 23 July 2010....ishh kopak mak aku kena ketuk kali ni.

Friday, July 16, 2010

Rumah oh rumah...

Aku dah dapat tawaran rumah. Tapi setelah kunjungan hormat dilakukan dengan menegur sapa jiran tetangga disitu, aku dan Dd terpaksa menolak. Kenapa? Rumah kami tu terletak bersebelahan dengan pusat komuniti. Bukan la kita kata mereka akan buat bising, tetapi kita kena faham jika kerap buat aktiviti bermakna suasana meriah tu kita kena terima dengan hati terbuka.

Oleh kerana memikirkan kebaikan bb boy, nanti mengamuk ke, nangis ke dengan suasana meriah disebelah rumah, aku and Dd dengan berat hati menolak tawaran tersebut. Lagi pun macam banyak nyamuk je...pipi aku pun kena kiss!

Sekarang ni, kami tengah memikirkan adakah perlu kami MOVE OUT dari rumah di Taman Desa. Ikut Dd, puasa nanti nak dok Semenyih then aku dah bersalin & berpantang. Sebulan kami kena bayar about RM800 untuk rumah+maintainance+bills. Kalau sewa lori & bawa brg ke Semenyih baru RM200.

Tapi, mana pulak nak letak barang besar aku tu...mesin basuh 10kg, peti ais yang muat aku dok dalam tu, tilam, etc. Mau mak aku bebel nanti.

p/s: Boleh ke mak?

Hum....kenyang nyerrrrrrrrrr!!!

Pagi tadi, sebelum bertolak ke pejabat, aku telah minum 1 mug Horlicks dan 1 buku potato bread.

Pukul 8.00 pagi, Cik Mel pula telah membeli sarapan pagi Mc'Donalds. I makan 1 Mc'Egg, siap tak mau kongsi dengan orang lagi. TAMAK betul...

Pukul 9.30 pagi, jamuan bermula. Hum...sedap je aku melantak nasi dagang dan ikan tongkol. Kemudian aku makan bihun goreng, 2 cucuk satay ayam, 1 ketam ball, 1 nugget. Seterusnya aku ambil pula 1 slice american coklat cake, 1 tart buah-buahan, anggur merah.

Masih belum merasa makoroni, cucur, anggur hijau, kuih kaswi, spring roll dan buah mata kucing. Air? Teh o kosong!!! Tapi aku minum air masak je...

p/s: Sekarang tersandar kekenyangan...tapi report belum siap lagiiiii!!

Wednesday, July 14, 2010

Dunkin Donuts

Best..best...semalam Dd bawak balik donuts satu kotak. Satu kotak ada 6 biji donuts. Hum...semua bentuk memang pelik sikit. Nape pelik? Sebab kalau aku yang beli, sure tak amik punya..

On the way balik, ada accident di simpang Broga. Habis jalan raya sesak sampai ke bandar Semenyih. Ada bagus dan ada yang tak bagus dalam kejadian tersebut. Yang bagus, ada orang sudi membantu mangsa kemalangan dengan mengawal lalu lintas. Yang tak bagus, kenapa la tak mau alih kenderaan tu ke tepi sesegera yang boleh & yang mengawal lalu lintas tu tak pakai akal arah mana kenderaan banyak ketika waktu itu. Pulak tu, pemandu lain semua tak mau mengalah, nak cepat macam dah nak terberak sangat. Pelik tapi benar bila melintasi tempat kejadian, aishhh...tetiba jadi pemandu yang sangat bersabar dengan memandu perlahan gila sebab nak tengok berapa kereta, ada cedera, bangsa apa, kereta apa. Rasa nak korek aje biji mata korang semua!!

Lepas makan donut, aku tertido. Dd gi jumpa mummy dia, ambil nasi. Owh...korang tau tak program mangkuk tingkat? Ha...pada yang tak sempat masak, boleh cuba cari apa program mangkuk tingkat tu. Last month aku baca dalam NST. Pada aku program ni bagus cuma aku belum mencubanya kerana waktu penghantaran yang tak sesuai dengan kehidupan aku sekarang.

p/s: Aku sekarang dok kat umah mak aku...hehhehe

Monday, July 12, 2010

Atok zaman moden

Apa beza atok dulu dan atok sekarang? Entah aku pun tak tau tapi berdasarkan pengalaman aku, arwah atok aku sangat menyenangi cucu-cucunya. Tiap kali balik kampung, kami akan bersungguh-sungguh meminta arwah bawa ke kedai di pekan Merlimau. Bak kata suami aku, mau tak gembira tauke kedai berapa ramai cucu atok yang follow naik keter mini.

Itu cerita zaman dulu. Tapi aku masih sempat meminta arwah belanja aku coklat cadbury size medium waktu aku zaman matrix. Best gila, dengan sportingnya arwah belanja aku.

Kalau atok zaman sekarang, macam ayah aku la. Kena pow dengan cucu mainan. Bawak plak gi JJ, yang abang pandai pilih Thomas & friends, terbang duit atok RM150++. Tapi yang kelakar tu, ayah aku siap gi menghendap peri laku cucunya di tadika. Dah tu, jumpa owner tadika yang berstatus Datin tu, complaint plak ada nyamuk sampai pipi cucu dia kena gigit nyamuk.

Macam-macam ragam cucu, macam-macam kaedah atok, macam-macam pening parents!

p/s: Atok pun tak senang nak buang air besar bila cucu dok bising kat luar toilet tanya buat apa kat dalam tu...heheheh...lawak plak!!

Adakah aku akan terlepas?

Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah menonton rancangan Army Wives di saluran ASTRO. Saya bukanlah seorang yang setia dengan rancangan tersebut tetapi adalah juga menonton jika bosan tiada rancangan yang memikat hati untuk ditonton.

Army Wives adalah rancangan yang memaparkan rencah hidup isteri kepada kakitangan Army dan isteri berstatus kakitangan Army sendiri.

Apa yang aku ingin ceritakan adalah aku terkesima dengan sepotong ayat yang dinyatakan oleh isteri berstatus kakitangan Army. Dia menangis kerana dia senantiasa terasa yang dia akan terlepas peluang untuk mengalami atau menyaksikan sendiri proses pembesaran anak yang dikasihi. Antara yang dinyatakan first word, first step, etc...

Dan ayat itu telah membuatkan aku terfikir dan terus terfikir, adakah aku juga akan terlepas peluang itu? Aku tak kisah apa pandangan orang lain, pada aku setiap perkembangan bb boy too special pada aku.

Aku sudah membayangkan yang aku akan menghadapi cabaran pertama untuk berjauhan selama 1 minggu daripada bb boy kerana aku harus menghadiri kursus pada hujung tahun ini. Oh...ketika menulis ini pun air mata hampir menitis, kenyataan hari tersebut mesti sukar untuk aku tempuhi.

Dan aku tidak mahu menjadi seorang Mm yang suatu hari nanti bb boy kata, saya tak nak apa-apa dari Mm cuma saya nak Mm ada di sisi saya. Bagaimana? Sekarang pun aku dah kalut menguruskan kerja-kerja di office sehari-hari.

p/s: Penat atau tidak, aku kena utamakan keluarga. Korang perasan tak ayat skema peperiksaan dalam penulisan aku kali ni? Hehheheheh...

Sunday, July 11, 2010

Cerita raya 2010

Mak aii...awal gila aku dah nak story cerita raya, puasa pun belum takde angin takde ribut sibuk mak buyung nak cerita gak hal raya 2010.

Information dari akak aku, sekitar 1 bulan sebelum ni, dah takde tukang jahit sanggup nak ambil baju dia tempah lagi. Memang benar, kawan-kawan opis aku pun ada cakap-cakap takde org nak terima tempahan raya dah.

Dalam FB, sana-sini orang dok sibuk tag aku kuih lapis sarawak, kuih raya, kek raya, etc. Termasuklah makcik aku, sibuk suruh aku view sample kuih raya dia kat Ezs Colletion. Tapi makcik aku ni mmg buat kuih & hamper raya, dah lama akak aku & aku tak beli kuih cantik2 kat orang lain. Berbaloi dengan harga yer...sampai bos husband aku pun dapat hamper hasilan makcik aku. Bukan apa, aku tak mau la jual murah tp rasa hancur sgt, atau jual mahal tapi rasa hanyut. Ibarat 1 adunan tu menghasilkan 3 jenis kuih, colour je lain.

Tahun ni, aku mogok tak mau beli kuih atau kek raya, ni semua kes aku tengah pantang time tu. Dengki la tengok sedap je tekak korang telan makanan sedap. Apa mak aku hidang, sila jamu sebaiknya sebab aku memang tak beli apa-apa walau korang datang raya umah mak aku ni. Bab ketupat, kuah lodeh, rendang, sambal jawa, etc...rasanya semua orang dapat makan waktu puasa sebab due aku awal Syawal. Sebelum ni pun dah dapat makan benarnya...

Baju raya? Hehheheh....tak tempah pun sebab badan naik mendadak...nak ikut size mana? Sebelum ni mcm slim sangat, lepas ni macam besar sangat. Walau mak aku ugut baju aku lepas bersalin nanti semua buruk & tak sesuai nak wat gi opis, aku tetap nak tempah lepas raya Haji. Tak kira...aku tetap kena kuruskan badan sebelum tempah baju. Motivasi sebab nanti hadir kursus kena lari 2.4km...

Dd pun cam relax je..tak kecoh apa-apa...mungkin nak sama dengan aku yang selamba...conclusion kami sibuk dengan preparation bb boy instead hari raya...

p/s: Sakit melecet ku dah baik...i'm really happy...tak pakai lagi dah ubat sapu!!

Saturday, July 10, 2010

Melecet

Semalam, aku tidur dengan nyenyak sekali. Macam biasa, tengah malam sure terjaga untuk ke toilet. Sekali aku rasa gatal pulak di celah kelengkang. Garu la sikit, uissshhh...dah garu tu sedap la kan sebab gatal hilang. Biasa jugak aku garu-garu kalau gatal, tapi rasanya this time dah OVER.

Masa garu masih ingat, jangan layan sangat takut melecet. Tapi dengan kuku yang panjang dan ditambah rasa kesedapan gatal yang beransur hilang telah membuatkan aku leka. Sampai satu tahap bila dah terasa sedikit lembap pada kulit yang digaru, dalam hati SAH AKU MELECET.

Pegi toilet rasa nak melaung sekuat hati sebab pedih. Kejut la aku Dd, sakit...sakit...

Tengahari ni, jumpa doktor. Doktor kata normal perempuan mengandung mengalami perubahan hormon disekitar bahagian private tu. Aku dibekalkan dengan cecair pencuci (warna ungu) dan krim sapu. Doctor kata tahan gatal mmg tak beri ok, sabar dan ubat dia bagi cukup untuk memulihkan sakit melecet aku tu.

Waktu cuci tu, pedih jangan cerita la. Aku lap kering-kering dah buat muka 10sen minta tolong Dd sapukan. Dah tak nampak mana yang luka, mana yang merah, mana yang ok. Lagi satu nak elakkan aku pegang ubat-ubat sebab aku ada penyakit was-was, mula la nanti pikir yang aku lupa basuh tangan la, itu la, ini la...aku rasa Dd pun dah boring nak jawab supaya aku THINK POSITIVE.

Sekarang, masih gatal. Yang Dd sibuk suruh sapu krim lagi. Ayooo...banyak sapu pun bukan jaminan cepat baik. Aku ingat lagi pesanan seorang doktor perempuan, untuk kes yang lebih kurang sama kat private part. Dia nasihatkan:

1) elakkan penggunaan pencuci private part. Sebaiknya pakai air biasa, nak sgt luar biasa letak sedikit garam sahaja dalam gayung awak tu...

2) elakkan penggunaan panty liner sebab lebih banyak fungus terhasil kalau kekerapan tukar kurang

3) beri peluang private part bernafas ketika anda rasa gatal-gatal...panty pun tak boleh pakai, pakai kain batik/ baju kelawar...free air gitu

Dan sampai sekarang, aku masih mempraktikkan nasihat dia. Sampai ke opis pun, aku sanggup bawa bekalan lebih panty, just in case perlu tukar senang nak tukar. Cuma sebab badan dah naik, lagi-lagi peha aku dah besar dan layan sangat garu akhirnya aku melecet juga. Auchhh...sakit & gatal la....

p/s: Tak semestinya semua benda bagus untuk kita, konon memudahkan kan kita rupanya bala lain yang menimpa....

Friday, July 9, 2010

Kedudukan bb boy

Last check up dengan Tok Mid, bb boy masih melintang kedudukannya. Jauh disudut hati ku, tak kisah pun bb boy nak dok camna, janji aku selamat melahirkan bb boy. Ke memang dah 7 bulan kedudukan bb patut dah ke bawah kepalanya?

So, aku dipersimpangan. Nak kena jumpa Nek Bidan ke? Nek Bidan ni pernah bantu akak aku, waktu tu anak dia yang ke 3 mmg melintang. Akak aku kata, bukan la urut, takde urut2 pun tapi ada kaedah lain dengan menggunakan daun jarak. Nek Bidan ni pun sebenarnya bidan bertauliah, siap bawa sijil pengesahan ke mana sahaja. Senang katanya, kalau KKM datang dia ada bukti dia bidan bertauliah walau dok kampung. Cayalah nek...

Boleh ke? Aku risau kerana pengesahan Tok Mid menyatakan rahimku lemah. Di awal preganant ada juga 3 kali aku ambil enjection penguat rahim. Kali pertama, 5 kali suntikan yang berselang 2 hari sekali. Kali ke 2 sekali sahaja. Kali ke 3 kat hospital, pun sekali.

Tapi aku malas nak risau sangat-sangat, nanti lain pulak jadinya..yelah kot-kot terjejas kesihatan aku. Dan yang paling aku risau kalau sakit perut, walau sakit perut nak membuang sebenarnya. Sampai di awal preganant Pak Ngah aku kata aku terlalu berhati-hati. Tapi, suka hati aku la kan. Badan aku, aku yang rasa. Dan yang penting, aku minta 1 aje...doakan aku dan bb boy selamat.

p/s: Datin tak kasi aku buat magik-magik dgn Nek Bidan. Korang plak?

Rasa nak bersalin tu macamana?

Boleh ke aku tanya soalan camtu kat korang2 yang dah berpengalaman? Tanya akak aku, dia kata macam nak terberak sangat. Kawan opis pulak kata, rasa macam nak berak tapi buangan tu agak keras.

Soalan aku mungkin kena dibetulkan sedikit. Bagaimana kita tahu kita sakit nak bersalin, kot-kot la tanda-tanda dah ado pun tapi tak faham gak yang kita ni dah nak bersalin? Wajib kena gi hospital la orang kata.

Pesanan Tok Mid kat Dd, kalau aku keluar darah, cepat2 bawak gi hospital. Yang best tu, aku register nak bersalin kat hospital pun tak buat lagi. Walau company Dd bayor, procedure tetap procedure kan...jangan last minute pastu semua orang marah-marah sebab tertekan sudah...Ha, yang best part tu...ayah aku seboleh-boleh tak nak aku bersalin kat PCMC, traffic jem katanya. Tapi memang aku dah buat keputusan dari awal lagi nak bersalin dengan Tok Mid.

Tapi, Tok Mid pun tak tanya aku nak bersalin dengan dia ke idak? Ish..nape cerita-cerita kawan aku lain dengan cerita aku? Ye la..dulu kwn aku kata, by 7 months Tok Mid dah tanya nak bersalin di mana. Mungkin dia boleh baca apa yang aku nak kot...tah la, ok la selagi Tok Mid nak jaga aku.

p/s: 23 Julai next appointment dengan Tok Mid

Thursday, July 8, 2010

Migraine

Semalam adalah hari KURANG SIHAT utk Dd. Dia kena migraine seawal pukul 11 pagi. Bila dia check dekat klinik KLCC Tower, agak mengejutkan blood pressure dia 140/110. Betul..dia tak sihat dan doctor sendiri mengambil bacaan sebanyak 3 kali bagi kepastian yang benar pasti.

Kebiasaan bila dia kena migraine, lepas muntah keadaan sakit kepala akan reda. Tapi kali ini lain pulak, lagi muntah lagi sakit. Sampai perut dah kosong akibat muntah dan terus muntah. Makan epal hijau pun tak menjadi dah sekarang.

Walau sakit kepala yang tak boleh bangun, Dd gagahkan diri ambil aku kat opis ni. Siap berhenti kat perhentian MEX sebab Dd nak termuntah. On the way balik, aku siap-siap order:

nasi goreng pataya
nasi putih
tomyam
telur dadar

Sampai rumah, Dd pegi beli air pulak (umah aku air kuning aje...aisshh, bayar macam-macam tapi tak setimpal apa yang kita dapat). Kemudian, kami makan malam pada pukul 6.30petang. Dd kata dia lapar lagi (sebab dia makan separuh nasi) tapi aku promise simpan lauk dan kalau dia lapar, boleh panaskan. Aku tak nak dia muntah balik, lagi-lagi perut dah kosong. Terus dia tido.

Aku? Hehehe...join the club la.

Pagi ni, Dd masih sakit. Aku minta Dd check lagi sekali blood pressure dengan klinik. Kalau boleh pagi, tengahari dan petang. Aku agak bimbang kerana dah banyak kes di opis Dd staff 'tumbang' tiba-tiba. Aku tak nak itu berlaku pada Dd. Selagi ada daya, kita kena berusaha. Nak orang memahami kita, aku rasa itu terlalu sukar kerana orang tidak dan tidak akan faham. Ayat baik belum tentu dari hati yang tulus ikhlas. Tak caya? Lantak korang la, aku dah banyak telan dari luah atas tindak tanduk orang lain.

Dan pagi ini Dd masih menghantar aku ke opis. Aku harap Dd akan sihat by today. Tak mau tension-tension tau, rest & relax!

p/s: sedap gak roti sapu planta gold ni!! Hai, semua benda nak GOLD...dah GOLD mahal la pulak. Jangan gondol sudah!

Wednesday, July 7, 2010

Jamuan 1st gaji yang tertangguh

Awhhhh...macam best aje kalau hari ini adalah hari Jumaat. Nape? Sebab kami adik beradik kat opis ni (kawan-kawan batch aku la) nak keluar makan ramai-ramai. Ini sempena nak meraikan pendapatan gaji pertama kami di sini.


Pilihan hati ramai nak makan satay. Kesian aku mak buyung ni, dah dekat 2 bulan aku tunggu. Ini kes semua sibuk benor, busy dan komitment lain. Sekarang ni pun masih busy, terkejar-kejar nak attend meeting, yang nak prepare for meeting, yang tunggu giliran untuk meeting, yang hangin sebab maklumat tak cukup, yang dok main ping-pong wat2 tak faham ado keje tak siap (kes nak kurus & release tension lps opis hours), yang kena marah, yang dok keje lab sana sini.....okeylah, diakui memang sibuk kami adik beradik kat sini.

Tapi sesi makan-makan ni melibat ramai orang sebenarnya. Aku dgn hubby tercinta, kawan aku dgn pakwe tercinta, kawan aku dgn hubby & anak tercinta, dengan best friend, etc. Meriah kot nanti jamuan ni.

p/s: Insya Allah, kali ni kami akan dapat makan satay!!

Makan malam

Sebagai ibu mengandung yang penuh dengan selera, aku telah mengajak Dd (tanpa rela kot) makan:

nasi
sup ekor
telur dadar
sayur kailan ikan masin

Dan disebabkan aku rasa lambat lagi nak dapat makanan yang dipesan, aku telah menyuruh Dd order roti canai 1 keping. Aku telah menyuruh Dd membeli air...akhirnya kami share je air fresh orange, dah le letak gula sekilo..manis gila!!!

Tiba-tiba, nasi dan lauk pauk yang dipesan sampai. Glupp...alamak, cepat pulak dia masak hari ni. Dd pulak dengan gumbira membawa roti canai aku ke meja. Oleh kerana tak mau roti itu sejuk dan keras, aku pun makan le dengan penuh selera. Memang sedap pun, lembut dan rangup roti canai dia. Ditambah dengan kuah dal yang pekat. Yang best, roti ni dijual oleh peniaga melayu. Best..best!!

Habis je roti canai, apa lagi...makan nasi la! Dd bising la aku makan takde lauk, mungkin dia risau aku lapar kot di malam hari. Aku ok je sebab sekarang kalau makan, lauk wajib ada adalah sayur.

Burrppp...kenyang dah peyut aku. On the way balik, Dd inform dia sebenarnya sakit kepala dari tengahari lagi. Kesian pulak sebab dia kena tahan sakit tanpa makan apa-apa ubat.

Sampai rumah, terus mandi dan gosok baju. Kejut Dd makan ubat, kemas sikit baju-baju dan akhirnya ZzzZZzzzz. Bb boy? Biasa la, main-main..siap kaki dia timbul kat perut aku. Suka hati dia la, asal gembira kan....Mm dah ngantuk so cakap sikit-sikit dan terus lelap sampai Blue Mountain.

p/s: Bb boy tengah tido da...baru nak gosip cerita Dd breakfast lagi kat opis walau dah breakfast kat umah, padan la Dd sihat sangggggggaaaaaaaaaaaaaatttttttttttt!!

Tuesday, July 6, 2010

Kehidupan baru....

Warghhh...ngantuk pulak mata ni. Pagi tadi? Macam biasa, jam bunyi pukul 5.15pagi. Tempat pertama dituju dapur la, wajib nak masak air supaya boleh minum Horlicks. Horlicks adalah minuman berkhasiat dan dimaklumkan oleh rakan-rakan terdekat sbg mampu menambah susu ibu. Owhh, for your info la kan...lately aku rasa harga barang melampau-lampau mahal. Sebagai contoh Horlicks dalam pack 750g dijual dengan harga RM19.99 @ Tesco.

Breakfast wajib aku dan suami adalah secawan Horlicks dan sekeping roti di awal pagi. Kemudian kami terus bertolak ke pejabat aku dulu pada pukul 6.25pagi. Awal? Nak buat camna sayang oii...kaki ku dah mula sakit2, rasa bisa sangat dan sering cramp. So, since adik aku dah start kelas kembali, husband aku kena start hantar-ambil aku kembali. Karang kalau I tak keje, takde duit oiiii...bole pakai daun ke untuk bayar bil?

Waktu sampai opis, terkedek-kedek jalan untuk imbas kad pada pukul 6.58pagi. Masuk opis, well...as you know...aku orang pertama sampai!! Geram jugak la, PC aku demam tak kebah2 lagi, merengek tak mau ON. Sebagai tuan yang baik hati, hari ni aku call la bahagian terbabit untuk buat pertanyaan. Harapan aku besar, mungkin PC aku akan sihat kembali jika dapat paracetamol.

Hari ni agak banyak jugak kerja yang perlu dibereskan, dah boleh buat tu jangan nak tangguh-tangguh yea, buat sampai siap & hati sure rasa senang. Petang? Ok aje, hubby I akan ambil kat opis pukul 6.30petang. Pegi makan dan sampai rumah pukul 7.50mlm.

Pukul 10malam, aku dah selamat ZzzzZZZzzz...sementara hubby masih setia dengan komputer. Bb boy by the time aku babam je, dia pulak busy. Selalunya dia tau aku nak ZzzzZZzz...mula tu dia excersice ganaz sikit arrr...pas aku story-mory aku penat, sakit kaki, etc dan kemudian aku senyap je tak bunyi-bunyi...confirm aku dah ZzzzzZZZzz dan mungkin mimpi sampai Blue Mountain...bb boy main slow-slow kasi chance aku tido. Baguih kan...hehheheh..tapi by the time Dd dia kacau, dia gerak ganaz dalam perut aku...mau aku tak terjaga..haiyaaaa...tapi sodap je aku sambung tido, hahahhahaha!!!

Penat? Of course penat tapi aku ada pilihan ke? Aku berusaha juga untuk cari rumah dekat dengan opis, insya Allah rezeki ada tu nanti.

p/s: kaki aku dah start rasa bisa & mata aku dah start mengantuk.

Monday, July 5, 2010

"You yang nak buatkan....."

Kawan aku ni telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan satu projek. Aku akan membantu bila time mesyuarat aje nanti. Nak dijadikan cerita, dia last Thursday & Friday tak masuk opis sbb menghadiri seminar.

Since kawan baik dia dah tolong check availability satu tempat tu, kawan baik dia minta jasa baik aku untuk booking cepat tempat meeting on behalf kawan dia. Aku pun atas dasar orang yang bakal terlibat dalam meeting, tolong la phone bahagian terlibat. Aku akui kesilapan aku tak tengok sangat la checklist yang korang buat tu, checklist yang kepoh macam baguih tu.

Pagi ni, dengan nada gembira aku inform yang aku dah book bilik, meja bulat 4 dan kerusi 50. Bilik makan tak dapat sbb dah ada orang book dan aku lupa nak book beberapa benda lain. Then aku update pasal barang2 IT. Again, dia nak salah-salahkan aku tak ikut checklist yang baguih tu. Aku relaks aje, yelah tak bermakna aku diam aku salah 100%. Bila cerita bab nak integrate laptop dgn printer & scanner, menjawab mcm faham gila tapi tak faham benarnya. Lepas tu selamba je sound aku depan urusetia "nape you nak susah-susah, suruh je urusetia buat, you jangan pikir la".

You yang nak buatkan, so you buat and I akan uruskan surat. Surat belum buat lagikan.

Nasib aku tak buat, kalau tak kau je dapat nama FREE.

p/s: Memang aku geram sampai malas nak call again bahagian terbabit untuk reconfirm.

Sunday, July 4, 2010

Baby scan 3D/4D

Halooo...eliyazz in the house!!! Sorry arrr, i lupa nak update blog last Friday. Ni kerana kes terkejut kena lead 5S untuk opis tercinta. Eh, i'm very positive on this job...sebab aku lead meaning aku bagi arahan aje, korang la kena buat...hahahahhahah...lawak aje!!

Ok, back to my story. Apa tu 3D/4D scan? Entah yea...yang aku tau process nak scanning tu sama je dgn mesin scan biasa cuma yang appear kat screen tu je berbeza dari segi:

1) colour - brown, mesin biasa tu hitam putih
2) image - lbh jelas kau, pipi baby boleh nampak, uri pun nampak, baby senggih ke, buka mulut ke, etc
3) harga service lbh mahal ok, kalau scan biasa between RM30 - RM50 but for 3D/4D scan between RM90 - RM200++

Nak dijadikan cerita, i dah made appointment utk 3D/4D scan di Vision College. Maka, di pagi Sabtu yang indah, bertolak la aku dan suami ke college berkenaan. Mana college tu? Pandai2 la korang goggle, sure jumpa punya.

Aku sampai around 9.20 am, register dan tunggu. Kemudian aku di layan oleh pakar .....

Soalan 1: Dah berapa minggu? Well, last week adalah minggu ke 30. Rupanya agak terlewat coz bb katanya dah BIG, maybe sukar nak dpt image yang dihajati. Sebab tujuan 3D/4D adalah untuk tengok muka baby & jantina.

Soalan 2: Pernah scan tak before this? Of course, tiap bulan check ada scan.

Yang best, bayaran RM90 termasuk CD yg dibekalkan hasil scan hari tersebut. Jika tiada apa yang didapati, maka FREE.

Masa yang diambil more than 30 minutes. Yelah, bawak-bawak ingat yang bb move every second, so kalau nak capture video/gambar tu kena pantas. Dari tangan tutup muka, mata buka sikit-sikit, kaki tendang-tendang, kepit peha rapat, senyum...semua semulajadi dari dia, kita hanya boleh lihat aktiviti bb lakukan di dalam rahim. Memang besar kejadian tiap insan itu, insaf sekejap.

Alhamdulillah, aku happy tengok bb sihat. Pipi tembam, ada senyum sekali kat kami. Tapi memang dia tak mau tunjuk ehem dia, memang dengar kata sungguh anak aku ni. Sebab sebelum tu aku ada habaq kat dia nak tengok muka dia. Jadi tak salah la dia tunjuk muka je. Walau ditolak berbagai, dia tetap tak mau tunjuk ehem dia. Tengok kot belakang pun, tetap tak mau tunjuk ehem dia.

Sebenarnya ada movie dan pic tapi aku kena menghormati bb boy dan hubby, too privacy nak share dengan korang semua. Aku excited tapi sorry yea, kalau you all nak tengok gak, meh la datang umah, i share dengan you tapi cannot copyright la...

Baca dalam internet, if berhajat nak scan 3D/4D scan before week 30 tapi nampaknya kalau you all berminat, lebih awal la...meaning 6 months tu dah boleh make appointment. Perasaan itu lain yea, dapat tegok jari-jemari halus bb....arrhhh, susah nak digambarkan! You should try.

p/s: K'Ros, you nanti buat la...saja untuk tambah excitement dalam pengalaman second pregnancy!

Thursday, July 1, 2010

Kagum dengan kegigihan ibu bekerja

Semalam, selepas meeting aku bercakap dengan K'Fadzilah. Macamana nak buat aku rajin masak macam dia. Dia tanya hanya ketika mengandung ke yang aku malas untuk memasak? Jawapan aku, tak...Dia tanya lagi, husband macamana? Hahahhah..jangan marah yea hubby bila i jawab camni, husband saya tak kisah. Kalau camtu, tak dapat la nak tolong sebab penyakit malas masak.

Macam k'Ros, sanggup bangun awal bagi nak masak bubur untuk anak yang dicintai. Ingat senang ke nak suruh mata buka awal, dah la malam-malam pun anak bangun nak susu kan. Kagum aku..benar-benar kagum!

Selain tu K'Faizah, uiisshh...kagum aku dengan resepi yang macam-macam lobak putih, ikan bilis smp kentang...sesibuk mana pun, masak gak untuk anak-anak.

Apa pun, aku faham apa niat mereka. Mereka bukan kedekut nak beli makanan SEGERA tapi mereka mementingkan kualiti makanan itu. Yelah, kalau makanan beli di luar kebanyakkan dah dicampur pelbagai bahan penyedap, perisa, pewarna...bukan immediately HARM body kita tapi slowly kualiti hidup berkurangan. Tapi bukanlah sampai hari-hari ke makan di rumah, sesekali akan makan di luar jua, ubah selera kata orang.

Hebatkan, hebat sehingga penat mengatasi semuanya. Aku? Aku nanti jadi macam mereka juga ke? Owh...percayalah untuk melakukan pekerjaan ini:

1) Aku kena ikhlas melakukannya
2) Aku kena membuat dengan hati yang girang, penuh kasih sayang
3) Aku kena siapkan mental & fizikal kerana ketika usia bb boy 6 bulan, dah boleh makan solid food. Yakni lebih kurang 8 bulan dari sekarang, jadual aku akan banyak berubah buat selamanya selagi bergelar MUMMY...hai, susah juga nak maintain gelaran tu kan!

Apa pun, setiap saat aku kena hargai sebaiknya. Mana boleh reverse. Lagi-lagi bila aku kena berjauhan sebentar dengan bb boy atas urusan kerja. Kalau ada maid, aku hangkut je dia sekali. Hubby? Kalau dia tak busy, boleh join kami! Hahhahahah..

p/s: Jadi ke maid akak aku nak keje ngan aku pulak lepas raya ni?