Hari ujian semakin hampir, aku semakin tidak keruan. Kenapa yek??? Adakah aku:
1) semakin selesa dengan keadaan sekarang?
2) tertekan dengan isu-isu semasa yg masih tak dibaca?
3) risau duit tak cukup?
4) mengantuk di siang hari dan terbawa-bawa ke pusat ujian?
Alamak, ni yang tak best ni bila sedar aku ni masih melengah-lengahkan masa yang ada. Cuba aku buat preparation awal2, tapi sama gak...cuma positive yg ada pada diriku "AKU ADE KERJA"!!
Apa tujuan aku ke sana?
Apa yang aku harapkan?
Ni pun kena masuk buku sebab duit poket sendiri kena keluarkan!!
Doakan aku berjaya dengan cemerlang dalam ujian hari Sabtu ini, 12 Disember 2009 bermula pukul 8.00 am sehingga 5.00 pm.
Ya-Allah, kau berkatilah usaha aku ini. Aku memohon kepada Mu supaya kau permudahkan urusan aku di sana, kau beri aku keyakinan ketika bercakap dengan curahan idea dan susunan ayat yang bernas. Aku juga mohon kepada Mu, pelihara tingkah laku ku serta kau mudahkan setiap orang yang akan mendampingi aku atas nama ujian yang bakal aku tempuhi di sana nanti.
Semoga tiap ujian yang dirancang aku peroleh markah yang terbaik dengan usaha yang akan aku lakukan.
Amin.
No comments:
Post a Comment