Tah kenapa dan mengapa tiba-tiba aku teringat akan seorang kawan baik semasa di Sek Ren Keb Sultanah Asma. Nama dia HIDAYAH. Ada nur atau siti atau apa2 lagi aku dah tak ingat.
Aku satu kelas dengan dia ketika darjah 4 Setia. Aku dengan tak faham bahasa utara, so agak sukar aku nak fahami apa la yg kawan2 aku ceritakan ni. So, aku pun berkawan dengan kawan 1 kelas macam biasa.
Sebaik naik darjah 5, aku kena masuk kelas 5 Sedia. Walhal, kawan2 aku yg lain semua masih di dalam satu kelas. Aku yang naif ni sempat berkata pada HIDAYAH, "...nanti time recess (rehat) jumpa aku di kantin. Kita makan sama2." Bila tiba time rehat, ada seorang kawan aku yang lain menyatakan, "Dayah dah tak mau kawan denga hang, hang budak pandai, dia kelas last...dia saja tak mau jumpa hang kat kantin ni sbb dia malu nak kawan dengan orang pandai."
Sejak hari itu, aku pun sudah tidak berkawan dengan dia lagi. Kenapa aku tetiba teringatkan cerita ini? Pelikkan...............
No comments:
Post a Comment