Friday, April 30, 2010

Nak luah apa yang nak diluahkan

Aku kagum dengan hubby aku. Dia seorang yang baik hati, jarang nak lukakan hati orang melainkan korang dah melepasi sempadan la.

Satu yang bos dia tak tahu, suami aku ni spesis kuat bekerja dari rumah. Every night, on komputer, check email dan buat kerja office. Kalau terpaksa, dia akan tidur lambat. Time sakit pun ada hati lagi nak buat kerja tapi again la, nama pun bos, kelemahan kita lebih jelas dari sifat kemanusian utk menimbang masalah kesihatan pekerja.

Dia ada 3 adik perempuan. Pada aku, bonding mereka adik-beradik terlalu kuat. Bagus, aku dan adik-adik aku pun tak serapat itu. Tapi aku rasa dia sebagai abang banyak makan hati. Walau dia tak ucap dengan kata-kata kepada aku, aku tahu apa yang adik-adik dia kata mengenai dia. Sebagai isteri, aku hormat untuk tidak mencampuri urusan keluarga dia. Tapi, jika benar adik-adiknya membaca blog ini, sedarlah yang abang anda telah berkorban terlalu banyak. Dulu yang takde kerja, siapa yang bantu dari segi wang (walau tidak banyak), hantar pergi interview, pergi bus stand tapi bila dah kerja, tak sangka anda sampai sanggup mengatakan dia begitu, itu pun anda tak malu membaca dokumen peribadi abang anda kan!! Yang dah bekerja pula, semua aktiviti kalau di KL mahu abang juga terlibat, ibarat penunjuk jalan, penyelesaian masalah. Bukan jealous, tapi kesian abang sebab dia sampai penat kerana tidak cukup rehat. Yang lain, ketidak puas hatian dan desakan untuk dapat kerja yang lebih baik buat abang awak pening. Aku tak jealous tapi pernah tak korang terpikir yang dia sering terpaksa mendahulukan anda semua dari kerja di pejabat sehingga prestasi dia terganggu?

Bila sakit, siapa pun tidak pernah datang membawa apa pun untuk dia. Seperti sekarang...dia tgh migraine tapi aku yakin dia tidak pernah meminta apa-apa.

I love you hubby. BB pun love you.

p/s: Esok bezday akak aku, Pn Azira Ibrahim.

2 comments:

Landak said...

Tak cukup effektif sbb tu kena buat keje kat rumah...

eliyazz said...

hahahah...tgk kondusi kerja...kalau asyik meeting, boleh siap ke keje yg diminta? Kata org, hari ni diberi bermakna deadline nye semalam!!