Ini nasihat, mungkin benar dan mungkin juga tidak benar. Diharap perkongsian ini akan memberi 'input' sedikit kepada golongan yang masih atau sedang mencari kerja.
Pertama sekali, nasihat akak yang 'cute' ni adalah pastikan result akademik di peringkat institusi tinggi melebihi 3.00. Kenapa? Zaman dah berubah adik...dulu tak ramai yang berminat nak sambung belajar, tapi sekarang yang bekerja pun sanggup bersusah payah menyambung pelajaran. Dan adik kena ingat, jumlah yang melanjutkan pelajaran semakin meningkat. Apa salahnya berpenat lelah menelaah buku kerana apabila kerja nanti pun, adik masih perlu menelaah buku. Prosesnya masih sama, belajar dan terus memperbaiki diri.
Keduanya, secara tak langsung adik telah meningkatkan peluang untuk dipanggil temuduga. Sebagai majikan, kita sentiasa mencari yang terbaik. Kenapa? Adik kena ingat, setiap kerja yang dilakukan akan dibayar oleh pihak majikan. Majikan senantiasa mahu yang terbaik daripada pekerja. Adik tidak berhak untuk mengatakan INI TIDAK ADIL kerana dahulu adik juga yang tidak berusaha sebaik mungkin untuk membaiki nasib diri. Renungkan apa yang telah adik lakukan 3 - 5 tahun lepas?
Ketiganya, usaha dan terus berusaha. Kalau adik bersikap 'acuh tak acuh', tidak pernah memohon kepada-Nya seikhlas hati dan terlalu memilih majikan, jujurnya peluang untuk mendapat kerjaya yang diimpikan semakin pudar. Jangan senantiasa bersikap MENGHARAP atau SELESA kerana itu bukan jaminan kecerahan masa depan.
Akak senang la cakap, adik ni orang susah bukan nak ditolong. Adik bukan minta banyak pun, asalkan adik diberi kerja, adik akan bekerja sebaiknya.
Adik, sewaktu akak masih belajar di universiti, mak akak sentiasa mengingatkan akak supaya belajar bersungguh-sungguh kerana katanya dia belum dengar orang mati kerana banyak menelaah buku-buku. Dia juga sentiasa mengingatkan akak untuk solat. Bila bekerja, dia tidak suka mendengar akak merungut dan dalam kesibukan bekerja yang sentiasa tak habis-habis, dia masih meminta akak mencari kerja yang lebih baik daripada semasa. Bukan mudah tapi kemanisan yang diharapkan hanya datang jika kita benar-benar ikhlas untuk melakukannya.
Fikir-fikirkan dan selamat maju jaya!
p/s: Pasni jangan adik sibuk cari akak lagi untuk minta tolong dapat kerja yea ... adik kena usaha sendiri sebelum buahnya menjadi!
No comments:
Post a Comment