This week adalah minggu ke 21 kehamilan ku. Alhamdulillah, kesihatan aku & baby dan perkembangan baby normal.
Aku dah mula rasa sakit-sakit badan. Setelah dibetulkan kedudukan pembaringan, keadaan makin bertambah baik. Cuma di malam hari aku makin kerap (dulu 1 kali, now 2 kali) bangun membuang air kecil.
Aku sebenarnya rajin cakap-cakap dengan baby. Kebiasaannya dia akan memberi respond bila aku cakap, tetapi kadang kala dia tak beri respond langsung pun ada. Tapi, walau tak respond aku tetap informed dah malam, kena tidur, esok nak kena ikut aku pegi opis buat keje, I love you, good night dan akhir sekali selimut utk ZZZzzzZZZZzzZZZ.
Dan terbaru, jeng..jeng..jeng..dia dah pandai tak tidur malam. Semalam kawan aku dok sms pukul 3 pagi, bila aku buka mata, aku dapat rasakan satu gerakan yang sgt perlahan, memang slow betul. Dan kantoi la aktiviti bebas yang dibuat oleh baby di malam hari.
Kebetulan pagi ini aku pun story la kat hubby. Dan daku menyatakan yang aku teramat nak mencari info bagi memastikan baby berehat di malam hari dan aktif di siang hari walau duduk dalam perut. Kira early training supaya nanti dia & aku tak culture shock selepas bersalin.
p/s: Harap-harap usaha aku disiplinkan baby menjadi. =)
No comments:
Post a Comment