Ini bukan syok-syok nak membebel yea, ini benar-benar luahan rasa aku atas apa yang berlaku. Mungkin ia boleh menjadi sempadan bagi mereka yang sedang berkhidmat atau bakal berkhidmat dalam bidang penyediaan penyata tahunan pekerja.
Memandangkan aku mempunyai 2 majikan bagi tahun 2009, aku ni macam penagih pulak..tagih nak dapatkan salinan penyata gaji 2009. Patutnya dapat original copy tapi
1) ada yang hilang, siap kata dah ada org collect bagi pihak aku.
Jawapan ikhlas: Aku tgh cuti 1 bulan, kalau kawan2 dah ambilkan, sure dah dok dlm bin aku kan..
2) ada yang dah normal pos, tp still tak sampai2 kat umah mak aku.
Jawapan ikhlas: Aku dah check address tu betul, takkan postmen Semenyih sembunyikan surat aku pulak..
3) ada smp marah2 sebab aku minta 3 orang tolong aku dapatkan copy hari ni.
Jawapan ikhlas: Aku dah terdesak, tinggal 4 hari lagi utk isi online LHDN dan buat pembayaran.
4) ada smp minta lebih masa utk buat copy sebab nak cari dan cerai sebelum buat copy utk aku
Jawapan ikhlas: Janji anda tolong, aku dah cukup happy. tapi mana origional aku??? Have to review kaedah kerja tau...!!!
Apa pun, aku puji majikan PETRONAS kerana awal-awal lagi pekerja dan dapat origional copy pendapatan tahunan dan kaedahnya 1st class. Nak tahu apa maksud 1st class? Itu tugas anda yang bekerja dalam bidang menyiapkan slip pendapatan tahunan pekerja, mungkin boleh buat sharing session untuk maklumat lanjut. Aku tak interested nak ambil tahu sebab aku buat keje bidang lain.
p/s: Nasib aku ada geng yang baik hati mau tolong...semoga anda murah rezeki kawan2 ku...
No comments:
Post a Comment