Akhirnya, berkat pertolongan rakan-rakan, aku berjaya mengisi borang online LHDN. Seperti yang aku jangka, aku harus membayar lagi RM200 tax kepada pihak kerajaan.
Terkejut? Itulah harga yang aku perlu bayar kalau nak gaji besar tapi sungguh kepenatan. Ibarat hari Sabtu dan Ahad tu khusus untuk tidur sahaja untuk recovery kepenatan bekerja 5 hari.
Back to my story, aku masih lagi mencari resit-resit pembelian buku yang aku rasa mmg ada tapi dimanakah kotak itu? Oh, my dear kotak, where are you? Ish, tetiba aku rasa macam ayat Nain belajar dari channel 613...!! Masa semakin suntuk dan pembayaran harus dijelaskan sebelum 30 April 2010.
Ada tu cuma aku kena bersemangat mencarinya. Yelah, macam semalam aku bising-bising dengan husband. Tak cari mana nak jumpa kan....kan....lain kali bising-bising lagi la kita....next year bising dengan 'my dear little baby boy no. 1' cari resit sama-sama yea...
Satu nasihat yang berguna buat semua...simpan segala resit dalam satu tempat, campur je resit belian suami dan isteri setempat bagi memudahkan prosess declaration LHDN. Antara resit yang boleh disimpan adalah resit belian buku & majalah, peralatan sukan, perubatan ibubapa, insurance, sambung belajar/ attend external course, SSPN (yang lain aku tak declare).
p/s: bukan senang nak hidup senang walau di negara sendiri
No comments:
Post a Comment