This week I'm in 21 week. Alhamdulillah, aku makin sihat dan semua yang aku rancang berjalan lancar. Tapi aku masih berhati-hati, berjaga-jaga...ishh, dah nak jadi mcm guard pulak ayat ni!
Ok, apa yang aku rancang adalah untuk membeli baju preganant mama pada minggu ke 20. Kenapa? Tah, aku harap perut waktu tu dah besar sikit dan kalau pakai baju preganant mama tu nampak la perut aku (sebab tak mau orang tanya selalu sangat).
Alkisah, sang suami pun telah memperuntukkan sehari iaitu hari Sabtu lepas untuk menemani aku shopping. Sebenarnya, aku dah g survey bermula petang Jumaat di Bangi. Harga, design dan colour boleh tahan tapi aku tak mau beli lagi sebab nak gak gi tengok dulu baju pregnant mama kat Mid Valley.
Mula-mula tu aku masuk kedai Mother Club, cantik la jugak tapi aku hanya berminat dengan 1 blouse biru belang-belang, itu pun sebab colour kerana design biasa je. Baju dress dia sama ada berat (kain 2 lapis tu nak buat dress, mau tak berat) atau colour yang tak menarik langsung.
Kemudian aku masuk kedai Modern Mum. Sini fesyen ala-ala kain tak cukup, so kalau aku yang bertudung ni nak kena pakai baju 2 atau 3 lapis. Since Malaysia ni bukan jenis 4 musim, aku tak prefer sangat. Panas la woiii...ibu mengandung ni cepat berpeluh-peluh. Tapi dia ada panty khas untuk ibu mengandung, hum...yang mak aku n mak ngah aku sibuk war-war kan suruh aku pakai...hum, mahal gak sebab RM50 sehelai.
Since takde yang aku minat, suami aku pun ajak le gi Gardens. Aku ingat K'Ros pernah informed kat sana pun baju cantik-cantik tapi aku malas nak jalan jauh-jauh, capek gitu (ish..teringat kat Pak Iman yang nak datang 12 Mei ni).
Sambil menyelam, aku pun minum air. Aku hangkut husband aku masuk Mothercare. Hehehhe...ni la kedai aku nak beli barang baby. Sebabnya mudah...kerana 1 stop center...jadi, tak payah la aku nak jalan banyak-banyak hanya nak beli barang ini di sana, barang itu di sini...aku pun bukan larat sangat nak shopping merata. Dan yang penting, jenama yang aku dah set nak beli tu ada dijual semuanya di kedai ni. Tapi kan...mak aku belum apa-apa dah informed kepentingan sterlizer untuk botol baby. Hum..kena beli la tu...takde pilihan.
Lain-lain, hubby masuk kedai combi, aku masuk Mum's Care tengok Madella breast pump & cooler bag yang mahal tu...pasal la nak jual mahal-mahal...jual murah-murah dah la...mentang-mentang hospital semua pun pakai Madella, hentam kasi mahal!
Akhirnya aku beli gak baju kat Bangi. Oh...itu nanti aku post di hari akan datang.
p/s: Aku rasa aku nak buat wish list la...ekkekeke, sape-sape kawan aku yang nak kasi hadiah, boleh kot pertimbangkan list tersebut.
No comments:
Post a Comment