Aku rasa rata-rata rakyat Malaysia masih tidak terasa bahana krisis ekonomi. Kemungkinan dasar & langkah yang diambil kerajaan Malaysia tepat pada waktunya.
Namun, jauh disudut hatiku, masih tertanya-tanya...jika benar berlaku krisis di negara Malaysia, adakah aku bersedia dengan keadaan itu? Bagaimana jika keadaan benar-benar memaksa, lebih-lebih lagi melibatkan hal kewangan? Jika hari ini aku masih seronok makan di kedai, adakah esok aku akan mula memasak di rumah? Jika hari ini aku seronok menggunakan aircond, adakah aku sedia menggunakan kipas? Jika hari ini aku seronok membayar tol RMXX, adakah esok aku sanggup naik bas?
Setiap kali krisis ekonomi berlaku, setiap kali itu nama krisis akan diberi. Yea..dulu aku tidak pernah ambil pusing masalah ekonomi, aku jua manusia yang mudah berubah untuk peka dengan masalah sekeliling. Namun, keluargaku telah berkali-kali berkongsi pengalaman mereka ketika menghadapi krisis ekonomi. Cabaran itu benar hebat...tanyalah mereka warga emas jika mahu mengetahui kisah sebenar itu.
Oleh itu, aku masih dalam pencarian apa itu BUMI HIJAU, DOT.COM FIASCO, etc. Siapa rajin nak share info dengan aku??
p/s: Aku rasa memori minda aku mcm dahaga sgt la...
No comments:
Post a Comment