Minggu ni adalah minggu ke 19 kehamilan. Dengan jarak perjalanan Tmn Desa - Putrajaya yang melebihi 40km sehala, aku kini menjadi pemandu yang berhemah. Yelah..kalau memandu kat MAX Highway 70 ke 90 km/j dan hanya berada lane tengah, sure korang pun hangin kan.
Maka, alkisah pun bermula hari Isnin yang lalu, dengan pas kerja takde dan berbagai lagi masalah, aku hampir nak menangis sahaja rasa dalam perjalanan pulang ke Tmn Desa. Kesnya, aku dah start rasa lenguh2/ sengal2 (bukan otak sengal tau)/ bisa-bisa di bahagian belakang badan, terutama bahagian pinggang. Terbaring la aku di malam harinya sambil buat muka sedih. Maka sang suami pun terkesian kat aku yang comel ni (perasan sendiri2 yea).
Dengan itu, sudah dua hari dia bertindak sebagai driver aku. Jauh tu, Tmn Desa-Putrajaya-KLCC. Macam bos dia kata, aku claim elaun driver ke sempena dia jadi driver aku? Walau aku boleh claim elaun driver tapi aku rasa jumlahnya terlalu kecil, nak gajikan orang pun kesian. Tak payah la aku habaq berapa jumlahnya tapi percayalah aku bukan kaki suka claim. Duit banyak? Tak banyak beb, kalau banyak dah lama aku beli Mercedes. Tapi kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada dan jika nak lebih lagi, berdoa dan meminta dariNya seikhlas hati.
Mungkin esok dah lebih sihat, boleh la aku drive sendiri. Tapi pada 20 April 2010 wajib drive sendiri sebab ada event kat PICC.
No comments:
Post a Comment