Monday, August 23, 2010

Susu bagi ibu-ibu mengandung

Sejak berbadan dua, aku memang memberi keutamaan kesihatan dan makanan berkhasiat. Kalau dulu tak kisah sesangat, sekarang ni dah melebih-lebih pulak...siap ada sikap was-was, kadang tu bila pikir balik OVER la plak...!!

Berbalik kepada cerita susu, hum...orang pertama yang aku tanya susu apa bagus memandangkan aku ni spesis sembelit adalaha Kak Ros. Dia yang suggest Enfa Mama. Dari situ aku selalu minum Enfa Mama. Rasa? Ok, tekak aku boleh terima. Sembelit? Masih dalam aturan biasa aku yang memang bermasalah sembelit.

Apabila kandungan aku berusia lebih kurang 33 minggu, Klinik Dr Hamid Arshat telah memberi aku beberapa sampel susu bagi ibu mengandung/ ibu menyusukan bayi. Banyak brand tau, antaranya Anmum, S26 dan Frisco.

Anmum tu sahaja dah ada 3 jenis (kalau tak salah aku la...) tapi aku masih takut-takut nak minum sebab menurut pandangan Kak Ros, sembelit nanti kalau minum ianya. Siap dapat sampel susu bayi berusia 0-6 bulan 1 kotak. Siapa nak, sila la inform I yang cun ni yea.

S26 baru sahaja ku rasa pagi ni, ketika sahur. Tekak aku mampu menelan segelas tapi jauh disudut hatiku menjerit...rasa susu!!! Memang la susu, tapi sedap lagi Frisco & Enfa Mama. Maknanya, masih ada pilihan lain yang best ditekak aku OK. Lupa lak...dapat beg boleh isi breast pump/ baju baby dan receipe lagi...ehheheheheheh!

Frisco adalah susu yang paling sedap aku rasa. Baunya sahaja sudah memikat jiwa, betul-betul bau VANILLA. Bukan bau susu! Rasanya manis, hum...oh...terkenang aku kepada kelazatan susu FRISCO. Mula-mula aku minum di kampung, bancuh pun senang sebab tak berketul-ketul tepung dengan air suam bila aku stir dengan sudu. Dapat beg make-up tau...ehheheheh!

Enfa Mama just nice. Tapi harga paling mahal OK. Aku bila kandungan dah masuk 8 bulan baru berani nak pergi TESCO. Kalau tak, ada la aku minta tolong husband pergi beli. Bila aku tengok dengan mata kepala sendiri, mahalnya! Kesian adik ipar aku, sebab dulu dia tanya harga Enfa Mama dan aku ulang apa suami aku kata iaitu harga sama aje. Sama apa kan kalau statement aku jelas kata Enfa Mama paling mahal!! Aku pun tertipu...haisshhhh!!

p/s: Setiap dari kita ada kesukaan masing-masing, ini berdasarkan pengalaman aku!

2 comments:

yutt said...

Betul, susu enfa mama memang paling mahal.. Sori juga ya.. Tapi kalau kata seme harga samer, memang salah arrr, seme pun berbeza harga. Hehehehhehe..

Tp yg paling betul ikut yg mana tekak paling boleh masuk..

eliyazz said...

tapi info dari klinik doctor ada maklumkan susu ibu ni ada murah sikit la di kedai jual ubat-ubatan cina...belum gi usha betul ke idak tapi mungkin yea...cuma dimaklumkan FRISCO adalah susu terbaru dipasaran so kalau cari kat kedai ubat cina mungkin blum ada lagi...harap bersabar.