Hari ni mak Mm plan nak masak nasi lemak. Katanya lauk udang sambal, ikan bilis goreng, ayam goreng, telur rebus dan sayur kangkung. Ok la kan dari Mm yang tak pandai masak ni.
Bila cerita hal nasi lemak ni, Mm teringat kat seorang kawan Mm. Ayah dia peniaga nasi lemak. Dulu waktu zaman belajar di UiTM, memang rajin la kami kirim dia untuk bungkuskan nasi lemak bersama lauk pilihan masing-masing.
Nak dijadikan cerita, Mm mengusik dia yang Mm kempunan nak makan nasi ayah dia. Kesian Aunty Yan, tak pasal-pasal rasa bersalah sebab Mm tak makan lagi nasi dia. Yelah, doctor dah tetapkan tarikh operation but Mm masih belum menjamah nasi lemak tersebut.
Aunty Yan dulu Mm dan kawan-kawan panggil dia as OYAN. Saja ubah nama dia kasi glamour sikit. La ni dia antara karier women berjaya, asyik terbang sana sini. Tapi agak tersentuh hati kerana dia sibuk pun masih ingat kat Mm yang nak nasi lemak dia tu.
Tapi buat masa sekarang ni Mm macam tak boleh consume udang, kerang la sebab jari hantu sebelah kiri Mm akan sakit lepas menikmati seafood ni. Sotong ok plak. Ada orang kata tah-tah petanda penyakit gout, Ya Allah..jauhi la aku dari penyakit ini. Mak Mm plak kata, sama cam ayah Mm yang mana kalau makan 1 kerang pun 1 jari kaki dia akan kejang. Lama pastu OK balik. Ni petanda yang asid urik tu tinggi dah dalam badan, bawak-bawak la berhenti makan yea Mm, jangan buat tak reti je.
So, nak menikmati nasi lemak bersama sambal ikan bilis je yang boleh. Yang origional gitu.
p/s: Bila nak buat projek agar-agar tembikai dengan mak Mm ni?
No comments:
Post a Comment