Saturday, August 28, 2010

Makan-makan

Al kisah beria-ia Mm dan mak membuat agar-agar tembikai tapi tak berjaya atau kata lain tak jadi. Huhuhu...tah mana silap pun Mm tak pasti, nasib cuba sikit je kalau tidak terbuang la ianya dan berlaku pembaziran.

Ada pic agar-agar yang tak menjadi tu tapi malu larrr nak tempek kat sini.

Hari ni lepas buka Mm dah request nak makan sedap-sedap pada birthday Mm. Birthday Mm jatuh pada 31 Ogos ni. Jadi Mm pun request nak makan nasi himpit bersama lodeh, sambal sotong dan tempe. Hum...air nanti nak request air sirap bandung Muar la.Rendang? Bab rendang ni Mm agak cerewet, hanya rendang mak dan nenek Mm masak je Mm makan. Nape? Rasanya lain la...tah tekak dah suka yang itu, fix yang itu je nak makan.

Huhuh...masa dah makin hampir. Berdebar rasa. Dd keep on going bising sebab Mm masih dengan habit makan banyak. Asyik la ugut jangan nanti pergi training tak larat nak lari 2.4km. Tension aje Mm...walhal Mm dan Bb laporrrr dan dahagaaaaa...

Dalam masa yang sama, tekak ni rasa nak makan cantonese mee....macam best je kalau dapat tp kedai Abdullah Chan Bangi buka ke?

p/s: Letih last minute shopping hari ni....

No comments: