Malang tak berbau...kalau berbau aku pun taknak dekat-dekat. Well, pagi ni hujan kan...dengan orang yang tak bersabar lebih ramai di jalan raya & orang awal tapi bangun lambat gara-gara sedap sangat tido...jalan sangat sesak dan ramai memilih untuk potong Q.
Kereta Dd tak bernasib baik pagi ni kerana dah langgar 1 buah kereta Vios. Langgar tu extream sangat bunyinya, mungkin lebih sesuai kita kata kereta Dd dah cium kereta Vios tu. Yelah, plat nombor kereta Dd aje yang pecah tanpa kemik mana-mana bahagian lain. Kereta Vios kan...takkan kemik cepat sangat kot kalau kena cium plat nombor.
Mangsa Vios kedua-duanya perempuan. Sibuk la dia membebel dekat Dd kenapa bawa kereta dekat sangat. Aku dok je dalam kereta kerana keadaan hujan sambil menyalin nombor kereta Vios. Pemerhatian aku takde apa pun tapi CALAR rupanya. Tapi kelakar plak bila pikir kembali gelagat 2 perempuan tu. Yang pemandu bercakap dengan Dd dan tak mau berhenti di tepi, habis orang marah-marah. Yang penumpang dok jerit marah-marah orang yang bising sebab kesesakan makin teruk di jalan tersebut. Baik pemandu atau penumpang Vios, sikit pun tak ambil nombor kereta Dd.
Tapi alhamdulillah, pemandu Vios lembut hatinya untuk menelefon Dd bagi menyelesaikan masalah tersebut. Lagipun, semua yang terlibat duduk di TPS.
Aku faham mereka wajar nak marah, yelah kereta yang kita bayar tiap-tiap bulan yakni melibatkan pelaburan yang besar. Pada aku, jika mereka meminta Dd bayar kos gosok & cat kembali, takde masalah. Tapi mana tau hangin taufan mana datang, dia minta tukar 1 bumper, yang ni kira dah melebih.....baik buat report polis & claim insurance. At least aku puas hati kena bayar saman kat polis kannnnn...
Ketika kejadian, nasib aku pakai tali keledar kereta. Perut aku sakit sikit la sebab rentapan. Biasanya aku pegang perut supaya tali keledar tak ganggu keselesaan bb boy. Tadi bb boy gerak-gerak nak tau apa yang terjadi...ku ceritakan "Dd hit a car this morning!".
p/s: Jangan lupa baca doa memandu kereta, paling-paling tidak berdoa keselamatan ketika memandu dalam bahasa sendiri.
No comments:
Post a Comment