On the way ke bazar ramadhan, Dd telah naik hangin ekoran Mm memberi kutbah kepada persoalan uri. Keputusan Mm waktu itu untuk mendiamkan diri sahaja.
Ada kawan Mm berpesan, uri itu harus dicuci bersih kerana ia akan melambangkan peribadi bb itu nanti. Jika bersih uri, pembersih la bb itu nanti dan sebaliknya. Selain itu, kawan Mm kata ada orang percaya uri yang bersih jika ditanam bersama pensel, jarum, etc akan membawa makna tertentu kepada bb itu nanti. Hal ni Mm tak setuju sangat, lain macam aje kepercayaan karut ni.
Sebenarnya Dd menyatakan penyesalan terlupa nak beli POT URI di Klinik Dr Hamid Arshat. Kita sebagai manusia selalu mendahulukan keperluan lain daripada yang perlu dahulu. Memandangkan hospital di kota, rumah nenek di pekan, kita cari aje bahan-bahan tersebut di Semenyih hujung minggu ni yea Dd.
Dan oleh itu, terlepas juga peluang Mm nak menyaksikan Dd cuci uri Mm. Mm memang gemar test Dd, so far dia lulus dengan baik. Tapi memang nak gak Mm tau kehebatan dia dalam penjagaan bb, nanti Mm kongsi dalam keluaran akan datang...ye la samada kecoh ke, cool ke, cuak ke...hehhehehheheh.
p/s: Dd dah luluskan permintaan Mm untuk pakai maid?
No comments:
Post a Comment