Monday, August 23, 2010

Confirm on 02 September 2010

Syukur alhamdulillah akhirnya ketetapan proses kelahiran bb boy telah disahkan oleh Dr. Hamid Arshat. Sesungguhnya aku redha, 100% aku redha walaupun aku terpaksa di'cesarean'. Harapan aku hanya bb boy sihat dan selamat. Juga aku sihat dan selamat. Don't cry my friend.

Berdasarkan scan doctor hari Jumaat yang lepas, bb boy beratnya 3kg. Heart beat sekitar 150 (ukuran apa tak pulak ku tanya). Normal kata doctor. Tapi NO MORE ROOM for him to move around.

Arahan doctor ringkas, pagi 02 September tu sila ambil breakfast berat, aku boleh makan sampai pukul 8 pagi, iaitu 6 jam sebelum masa operation. Kemudian aku boleh check in di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Lebih kurang pukul 12 begitu, doctor pakar bius akan explain procedure dan inject EPIDURAL. Dalam 3.30 petang kita akan mula operation. Insya allah by Sunday dah boleh keluar hospital. Husband boleh bawa video camera/ camera tapi tak boleh dekat-dekat sangat.

Huhuhu...berdasarkan pengalaman, lebih kurang pukul 2 petang aku dah ditolak masuk ke operation theater. Separa bius ni camna yea? Siapa ada pengalaman? Aku ni penakut, tah-tah pengsan sendiri. Tapi kalau tak aku tutup aje mata sampai sesi operation selesai. Hehheh....tak mau pikir lagi, tempuhi sahaja ketetapan Allah.

p/s: Doakan aku dan bb boy selamat dan sihat yea kawan-kawan.

2 comments:

yutt said...

Hospital Pantai KL yang kat bangsar ek?

Kak Ros doakan seme ok ya. Yang ptg kuat semangat ya.. Banyak2 berzikir, insyaallah selamat semuanya..

eliyazz said...

ha'a...hospital pantai yg kat bangsar tu...thanks sbb doakan yang terbaik utk saya and bb