Friday, June 11, 2010

Buasir

Hari ini aku nekad ke klinik Dinamik (klinik yg aku selesa kunjungi sbb advice doc bagus, termasuk ubat yg diberikan).

Macam aku story before this, aku rasa pedih selepas membuang air besar. Alkisah risau sembelit ketika training, rupanya balik opis aku kena BUASIR.

Mengikut doc, aku kena buasir peringkat pertama. Kesemuanya ada 4 peringkat. Peringkat aku ni hanya bengkak di bahagian dalam anus but still ada darah. Peringkat 2 ketika membuang buasir keluar dan sesudah membuang dia masuk kembali sendiri. Peringkat 3 dia keluar tapi anda sendiri kena tolak masuk sesudah membuang. Peringkat 4 kekal di luar anus.

Bagi preggy mama, buasir/ sembelit normal kerana tekanan ke bawah yg dialami. Tapi doc mengingatkan, slps bersalin pun boleh lagi kejadian ini berulang. Sambil gelak-gelak, doc kata saya memberikan maklumat benar dan berharap awak bersedia.

Well, solutionnya adalah makanan kaya fiber seperti buah-buahan. Pisang, betik, etc. Info bagus yang doc bagi berkenaan buah prune. Sifat prune bukan mcm buah-buahan lain yang kalau kita makan akan membuat 'tercirit'. Prune mempunyai fiber yang baik dimana akan meliputi/duduk di antara hasil buangan kita. Ini bermakna hasil buangan kita lebih lembut. Bila lembut, tidak menyakitkan dinding anus hingga menyebabkan terluka.

Banyak gak ubat doc bagi dari ubat sapu, ubat peluru, ubat cecair jernih manis yg melembutkan hasil buangan dan ubat pil (yang ni confirm aku tak makan).

Selain itu, hasil bacaan aku, kita kena minum air minimum 3 liter sehari. Sure confirm ulang alik toilet lebih kerap. Tak boleh duduk terlalu lama, berdiri terlalu lama.

p/s: camna aku nak hangkut 3 liter air ke opis?

4 comments:

..:::L.ov.E cHanTek:::.. said...

masa stdy umo 19 saya mmg berak bdarah sbb sk sgt makan cili api. Pastu stop mkn pedas xdarah dah.. Skrg umo 24 br je lahirkan baby 41hari.. Dah 3kali berak berdarah balik sbb sembelit.. Doc juz bg pil lawaskan najis.. Pas makan pil dah darah dah, tp still sakit sikit myb kesan luka b4 ni yg bdarah tu.. Hu3 mmg perit berak bdarah nih..

eliyazz said...

betul tu...sangat setuju...kalau dah mmg jenis membuang air besar bermasalah, pantang pedas + berempah pun masih kena jugak...tp time pantang mana la org tua kita allow nak minum air berliter-liter...

yutt said...

Itu la dia perbezaan ngan doktor. Kalau doktor tu siap suh minum air banyak supaya susu banyak la, buang senang la, dan mcm2 lagi.. Tp bila org tua tengok kita minum air, siap potpet potpet lagi.. Tp yang penting ikut yang mana memudahkan serta menyihatkan kita...

eliyazz said...

tu la..melantak air byk baru pembuangan air besar normal cket dr biasa...camna la aku nanti time pantang?