Ini cerita realiti tau...rumah aku dapat notis potongan bekalan elektrik jika gagal pembayaran. Tak banyak pun nak kena bayar cuma RM109.00. Kesnya kerana aku sebagai pengurus akaun rumah tidak lagi menghiraukan bil-bil sejak aku keluar masuk hospital. Hubby aku sibuk dengan urusan office dan urusan aku. Ye la, aku bed rest kat Semenyih. Petang je aku dah merepek-repek tepon hubby balik tengok aku kat Semenyih. Malam je aku cerita tak boleh tido la, macam-macam cerita la aku reka supaya dia tido kat Semenyih. Pagi dia nak pegi kerja, mula la aku buat muka monyok + sedih.
Yang kelakar tu, semalam dengan muka selamba tak malu (kalau malu nanti elektrik kena potong kan..) minta kebenaran bos nak balik awal gi kedai tenaga di Jalan Klang Lama. Kawan-kawan aku ingat aku hutang sampai beribu, rupanya ciput je. Aku tak minat tengok tv, aircond pun untuk mula-mula tido aje, masak nasi pun tak, peti ais aku walau besar tapi energy saving tau...nak-nak pun komputer la penyumbang penggunaan terbanyak dari segi power consumption. Oleh kerana kedai tu tutup pukul 5 petang, so aku balik pun ngam-ngam untuk buat pembayaran kat kaunter dia. Disebabkan dah datang ajuh-jauh, aku buat pembayaran advance lagi, senang bagi pihak aku. Tak mau dah susah payah hanya kerana bil elektrik.
Macam biasa, penuh dengan umat manusia yang nak buat pembayaran. Giliran aku pada ketika itu adalah orang yang ke 28. Terdengarlah aku seorang pekerja mereka sendiri berkata yang kedai mereka pada hari itu dikunjungi ramai orang. Mau tak ramai, aku ibu mengandung pun kena berdiri sebab kerusi penuh. Nasib penjaga di situ memberi kerusi tambahan untuk aku duduk sementara menunggu giliran.
Dalam pada tu aku tengok, ramai yang bawak PINK form, sama cam aku. Maknanya bukan aku je kes lama tak bayar. Proses pembayaran di kaunter tidak mengambil masa yang terlalu lama. Tapi bukan senang yea nak dapat parking kereta kat situ, silap-silap kena saman pulak. Ruang menunggu yang sesak, itu belum cerita keadaan di luar premis yang penuh dengan motor di kaki lima sampai aku yang berbadan dua ni jalan pun berselisih side mirror motor. Yang aku paling tak faham kenapa nak simen tinggi laluan utama ke pintu kedai tenaga? Tak mesra pelanggan langsung, tak mesra OKU langsung.
Pandangan aku ikhlas. Dan aku terfikir, kena TNB tidak menggalakkan pelanggan membuat pembayaran online atau kaedah yang lebih mudah, yakni tak perlu nak datang kedai tenaga semata-mata nak buat pembayaran.
Ok, ambil contoh kes macam aku. Aku dikehendaki membuat pembayaran dan bekalan elektrik masih belum dipotong ketika pembayaran dibuat (sebab tarikh mereka nak potong ada 4 hari lagi). Adalah tidak logik di dalam notis terang-terang menyatakan pembayaran hanya boleh dilakukan di kedai tenaga yang telah dinyatakan di dalam surat sahaja. Bermaksud, pengurusan sendiri yang bertindak mengumpulkan pelanggan ramai-ramai untuk membuat pembayaran di kaunter. Kenapa tidak memberi opsyen kepada pelanggan, buat pembayaran online/pejabat pos/ etc, scan atau fax bukti pembayaran kepada kedai tenaga selewat-lewatnya sehari sebelum kerja potongan dilakukan , pengesahan daripada kedai tenaga kepada pelanggan melalui email atau phone. Kalau pelanggan tak jawab phone, tinggal voice mail. Maklum la, kita dah hidup di zaman canggih, maka kecanggihan itu digunakan untuk memberi manfaat kepada semua. Atau opsyen ke-2, datang ke kedai tenaga untuk tujuan settlement. Bukan menyusahkan lagi pelanggan. Cuba fikir, kalau pelanggan kena saman kerana parking, bukankah itu telah menambah beban kepada pelanggan. Mungkin pelanggan itu benar-benar di dalam kesusahan pada ketika itu, kita fikir lebih demi kebaikan bersama.
Pada aku, kes ini mungkin terpencil tetapi jika tiada tindakan segera diambil, bermakna tiada usaha untuk meningkatkan servis kepada pelanggan.
p/s: Hubby sakit perut pagi ni, tapi nak gak gi kerja. Petang nak gi jumpa doctor gigi pulak. Macam-macam hal..............
No comments:
Post a Comment