Wednesday, June 30, 2010

Coklat

Siapa tak kenal coklat, makanan pemanis yang enak dimakan bila-bila sahaja. Bukan kumpulan coklat dari seberang Indonesia yea.

Aku memang suka makan coklat. Cakap sahaja jenis, perisa dan rupa...kebanyakkan aku dah pernah rasa. Aku tak memilih pun harga mahal atau murah, janji kena dengan selera aku.

Kali ni, aku ingin berkongsi sedikit panduan untuk meningkatkan size baby. Mengikut pengalaman kawan-kawan aku, jika size baby kecil, jangan khuatir atau rungsing. Apa yang perlu bakal ibu lakukan, MAKAN COKLAT. Kuantiti lebih kurang 1 bar = 1 hari. Tapi ini mungkin hanya sesuai untuk golongan yang tidak ada masalah kesihatan seperti obesiti, kencing manis dan sebagainya.

Aku akan mulakan experiment hari ni jugak. Dan akan berkongsi hasil experiment dengan anda semua dikeluaran akan datang (macam tulis buku/majalah la pulak).

p/s: Kesian hubby, gigi kena cabut. Tapi siapa suruh x-ray gigi tu, dah aku tak mau dekat-dekat takut ada radiasi transfer ke badan aku.

No comments: