Pernah dengar umrah @ haji? Semestinya nama itu bukan asing ditelinga kita. Terdengarlah aku yang jika kita ingin ke Mekah dengan tenang, waktunya adalah sebaik sahaja selesai Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Korban, tapi waktu ni bukan dipanggil Umrah yea, dipanggil Ziarah. Tetapi seronok jika kita berpeluang berpuasa di bulan Ramadhan.
Untuk sesi Ziarah, tak banyak agent yang diberi kebenaran untuk menguruskan jemaah ke sana. Ada 3 agent sahaja buat masa ini.
Terdetiklah dihatiku untuk mengajak suami tercinta ke sana. Yea, kata-kata mak berkumandang di telinga aku. "Lepas ni, setelah banyak hajat telah dikurniakan oleh Allah, boleh la kamu berdua ke Mekah. Anak biar mak jaga. Tak lama pun, dalam 2 minggu sahaja."
Cerita kali ini lain benar berbekas di hati. Kenapa yea?
1) Sanggupkah aku meninggalkan keseronokan dunia dengan mendahulukan perjalanan ke Mekah?
2) Sanggupkah aku membiarkan 'Azizi'ku dalam jagaan ibuku sementelah dia adalah amanah yang terhebat kepada kami suami isteri, untuk 2 minggu itu?
3) Panggilan Allah itu jelas & tiada paksaan ke atas aku...
4) Panggilan ini akan lebih berbekas dihati jika niat 'hijrah' suamiku tercapai, yang aku yakin tercapai...itu bisikan hatiku dari dahulu lagi jika suami tercinta ingin 'berhijrah'.
p/s: Insya-Allah, tiap rezeki itu datangnya daripada Allah. Aku yakin!
No comments:
Post a Comment