Wednesday, June 23, 2010

Stokin


Satu kemestian aku ke pejabat berstokin nipis (skin colour) dan court shoe hitam. Tapi pagi ni satu kejadian telah berlaku. Aku tidak berstokin ke pejabat. Bukan sebab stokin aku tak dibasuh, basah atau hilang tetapi ianya gara-gara tukang pakaikan stokin pergi kerja awal.
Dahsyatkan aku, siap ada tukang pakaikan stokin. Hahhaha...gedik betul aku ni!! Sebenarnya sejak 3 bulan lepas, aku dah tak berupaya nak sarung sendiri stokin ke kaki yang comel tu. Akhirnya, aku telah melantik hubby sebagai tukang pakai stokin. Hehehehhe...
Walau aku puas buat muka mencuka, tukang pakai stokin nak juga awal ke opis. Haiyaa...maka tak pakai stokin la aku hari ni...
Kepada tukang pakai stokin,
Saya dengan rendah diri mengucapkan terima kasih kerana anda tanpa gagal melayan karenah saya nak jugak berstokin ke pejabat. Walau awak busy, pastikan awak benar-benar busy kat opis ye..saya tak mau dengar ada gosip lain pasal awak. Kalau tak saya upah bb boy karate awak!!

No comments: