Macam biasa, walau ambil cuti pada 25 Jun 2010 untuk appointment jumpa Dr. Hamid, masih malas-malas nak bangun tido awal. Akhirnya, dah dekat pukul 8 baru kelam-kabut nak keluar dari rumah. Jalan dah jem plak...terkesot-kesot kereta di Jalan Klang Lama.
Owh...takde parking pulak. Hum..aku turun dulu dan buat pendaftaran di kaunter. No. 2 untuk hari tersebut, kira OK la tu. Lepas test air kencing, ambil tekanan darah, timbang...hahha berat 66 kg beb!!!
Pukul 09:15 pagi masuk bilik doktor. Dengan pakai mask di muka, doctor pun tahu aku baru baik demam. Bila scan, again pengesahan doctor Hamid baby ku lelaki, so nama Azizi tu boleh pakai yea bang...hehehh!! Heart beat ok, ish...ke jantung yang ok...dah tak ingat la mana satu statement doctor. Bila doctor ukur kepala, baby punya size kecil dari umur minggu dia. Patut size 29 minggu tapi jadi 27 minggu ++ sahaja. Hum...doctor kata mungkin effect size baby coz aku demam. Yea kot, selera aku biasa-biasa je...takde la lapor selalu. Berita baik, uri aku dah naik, cuma baby blum pusing turun ke kedudukan sepatutnya. Aku tau kepala dia masih di perut kanan aku, dan dia merajuk hari Jumaat & Sabtu lepas ekoran cerita hal dia banyak sangat. Ke dia takut sebab tak kenal suara nenek Milah, busu Kiah, Arif, Acap kat Melaka? Ish...tak terpikir oleh fikiran aku ni!
Doctor bagi supplement tambahan untuk ensure selera aku kembali ke asal. So dapat la tambahan ubat seharian yang aku kena makan. Again, semua kos perubatan aku ditanggung oleh company husband aku, TQ sesangat. I sign je....hehehheh.
Tapi aku tanya doctor satu soalan, betul ke minum atau ambil tablet susu kambing boleh mencegah baby lahir nanti dari kena demam kuning? Doctor hanya tersenyum dan berkata tiada kajian khas pernah dilakukan.
Mak aku kata, zaman 70an dulu, doctor dia menyarankan untuk tidak terlalu mengambil ubat-ubatan kerana boleh menyebabkan baby kena demam kuning.
Pantang orang tua-tua, elakkan penggunaan warna kuning kepada baby baru lahir.
Kak Su pula kata aku harus elakkan pemakanan berunsur warna kuning dan merah untuk elakkan anak kena kuning.
Kak Ina pula menyarakan aku makan sengkuang untuk elakkan baby kena demam kuning bila lahir.
Forum-forum kata makan tablet susu kambing membantu anak dia tak kena kuning.
En Shukri kata sebelum bersalin, cari susu kambing dan minum bagi mengelakkan baby kena kuning.
Kesimpulannya, fikir cara terbaik berdasarkan kesihatan anda. Tak semua yang sesuai kat orang, sesuai kat kita. Tak semua yang tak sesuai kat orang, tak sesuai kat kita. Cuma, berhati-hati terhadap pengambilan yang ibu-ibu ambil yea.
p/s: Perut dah munyik-munyik lapar...
No comments:
Post a Comment