Suka-suki je nak story-mory kat sini hal ni. Nak wat camna, hubby aku too busy nak buat cerita sensasi ni. Dengar aje la aku membebel sebab pic semua kat hubby.
Kami akhirnya telah menghabiskan masa makan malam di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Ala, yang kat KL Sentral tu. Memang aku suka sangat malam tu, sebab everything happening. Baru la tau nape semua orang tergila-gila dok kat Hilton.
Makanan sedap, ada live music plak tgh makan tu. Layanan superb, siap aku nak gi washroom nak tolong tunjuk arah. Aku demand lagi tak mau naik tangga, akhirnya aku lalu di tengah bilik gim yang penuh dengan orang (hehheheh...malu gila tau waktu ni tp dah darurat nak buang air kecil). Dan dihujung itu, kami telah diberi satu biji kek coklat, sedap wei...hingga menjilat jari (memang aku makan pakai tangan pun, biar la buruk lantak pun janji sedap). Sebelum tu aku dah lari dari meja makan sebab ada seorang mamat Jepun ni dah mabuk. Sebelum aku kena pelengkung, baik aku lari....hahahhahah...
Kek coklat yang very delicious tu adalah hadiah dari mereka sempena anniversary aku & hubby. Jangan jealous....hahahhahahahh! Dan sebenarnya aku baru sahaja cakap dengan husband nak makan kek kat coffee house bawah sebab kek dia sedap-sedap je aku tengok, kira dah goda aku untuk ambil & rasa dia. Sekali dapat makan terus kat atas. Kek ni tak masuk set makanan yang kitaorang order yea. So, minta sangat jgn jealous kat aku!!!
p/s: Hubby next year jangan lupa yea...tapi kena indoor tau!!
No comments:
Post a Comment