Minggu ni, dalam 4 hari aku baru sahaja membuang sebanyak 2 kali. Tiap kali membuang, masa yang lama pulak tu diambil. Bb pun boring kot tunggu aku, aku boleh ckp sabar aje lah.
Tinggalkan kes sembelit, kita ke berita seterusnya.
Aku terpanggil untuk membuat ulasan berkenaan isu gula. Ala, gula pasir, gula putih, couster sugar...apa aje la yang korang panggil. Mula tu mak mertua aku kata gula di pantai timur susah nak dapat, siap minta anak-anaknya yg bekerja di KL beli dan bawa pulang untuk kenduri. Aku lihat keperluan untuk kenduri tak la banyak mana kerana gula sebagai pemanis sahaja fungsinya dalam air & kuih-muih.
Bila aku ke kedai, aku pun membeli 1kg gula putih sebab di rumah bekalan gula dah habis. Aku rasa pek 1kg itu adalah pek ke-2 aku beli dalam tahun ni. Korang memang akan kata aku duduk 2 orang so penggunaan gula kurang. Atau korang boleh juga cakap aku tak rajin memasak, sebab tu keperluan gula aku kurang.
Yang sebenarnya, kita sebagai pengguna kena berubah. Ubah cara berfikir, ubah cara pemakanan, ubah gaya hidup. Cuba cakap kat diri sendiri,
- gula tu kalau ambil secara berlebihan akan membunuh kita,
- gula membawa pelbagai penyakit bahaya seperti kencing manis, kegemukkan
- gula membuat hidup kita tidak sihat
Bukan langsung tak boleh pakai gula, KURANGkan...faham tak...KURANGkan!! Siapa yang kuat makan nasi, sila ingat dalam nasi dah ada gula. Cuba kunyah nasi tu betul-betul, ada rasa manis. Kalau korang rajin makan gula, lama-lama organ hati korang pun dah tak rajin nak proses gula tu lagi.
Rumah aku sebenarnya banyak pakai susu. Kami pakai susu rendah lemak. Minimum 4 kotak sebulan. Aku beli susu pekat pun jika parent in law aku nak datang. Dulu, suami aku mungkin kuat gula juga. Tapi atas dorongan ayah aku, dia sekarang dah kurangkan gula. Tiap kali aku buat air, sure dia kata manis. So, aku masih MANIS berbanding dia yang TAWAR.
Ni kata-kata ayah aku:
Kehidupan di usia emas adalah mahal berbanding usia muda. Beringatlah ketika muda, berpada-pada ketika makan. Jangan kita seronok makan manis ketika muda dan terpaksa berpantang ketika usia emas. Apakah keseronokkan yang kita dapat dalam kehidupan jika sebegitu rupa? Ingat, ubat-ubatan ketika usia emas adalah mahal-mahal belaka. Jika kita hidup setakat umur 65tahun, kita tidak menyusahkan sesiapa tetapi jika kita hidup sehingga 100 tahun, bagaimana?
p/s: Sibuk minum susu Enfa Mama sekarang ni!!
No comments:
Post a Comment