Friday, April 30, 2010

Nak luah apa yang nak diluahkan

Aku kagum dengan hubby aku. Dia seorang yang baik hati, jarang nak lukakan hati orang melainkan korang dah melepasi sempadan la.

Satu yang bos dia tak tahu, suami aku ni spesis kuat bekerja dari rumah. Every night, on komputer, check email dan buat kerja office. Kalau terpaksa, dia akan tidur lambat. Time sakit pun ada hati lagi nak buat kerja tapi again la, nama pun bos, kelemahan kita lebih jelas dari sifat kemanusian utk menimbang masalah kesihatan pekerja.

Dia ada 3 adik perempuan. Pada aku, bonding mereka adik-beradik terlalu kuat. Bagus, aku dan adik-adik aku pun tak serapat itu. Tapi aku rasa dia sebagai abang banyak makan hati. Walau dia tak ucap dengan kata-kata kepada aku, aku tahu apa yang adik-adik dia kata mengenai dia. Sebagai isteri, aku hormat untuk tidak mencampuri urusan keluarga dia. Tapi, jika benar adik-adiknya membaca blog ini, sedarlah yang abang anda telah berkorban terlalu banyak. Dulu yang takde kerja, siapa yang bantu dari segi wang (walau tidak banyak), hantar pergi interview, pergi bus stand tapi bila dah kerja, tak sangka anda sampai sanggup mengatakan dia begitu, itu pun anda tak malu membaca dokumen peribadi abang anda kan!! Yang dah bekerja pula, semua aktiviti kalau di KL mahu abang juga terlibat, ibarat penunjuk jalan, penyelesaian masalah. Bukan jealous, tapi kesian abang sebab dia sampai penat kerana tidak cukup rehat. Yang lain, ketidak puas hatian dan desakan untuk dapat kerja yang lebih baik buat abang awak pening. Aku tak jealous tapi pernah tak korang terpikir yang dia sering terpaksa mendahulukan anda semua dari kerja di pejabat sehingga prestasi dia terganggu?

Bila sakit, siapa pun tidak pernah datang membawa apa pun untuk dia. Seperti sekarang...dia tgh migraine tapi aku yakin dia tidak pernah meminta apa-apa.

I love you hubby. BB pun love you.

p/s: Esok bezday akak aku, Pn Azira Ibrahim.

Rayuan sticker

Alhamdulillah, aku mendapat sticker akhirnya. Aku ucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak bertanggungjawab atas perkara ini.

TQ.

Wednesday, April 28, 2010

Pas keselamatan dapat, sticker kenderaan kena beku

Aku hairan bila seseorang itu ada kuasa dan pangkat, bagaimana dia membuat keputusan atas sesuatu permasalahan. Mungkin dia dah BOSS dan aku ni pegawai cabok je kot, jadi aku adalah mangsa keadaan atas masalah yang dia GAGAL selesaikan.
Aku bukan sengaja meminta sticker kenderaan. Lihat keadaan diri aku, sedang berbadan dua dan saban pagi aku harus menapak dari main gate ke pejabat, jaraknya lebih kurang 200 meter. Kalau cuaca baik, aku bernasib baik. Jika hujan, aku kena berhati-hati ketika melangkah.
Majikan mengharapkan pekerja memberi kerjasama, jika perlu stay back smp malam. Bayangkan bahaya di dalam gelap yang aku sebagai perempuan kena hadapi. Kebiasaannya, jika perlu ada lab, pihak pejabat aku akan stay sampai pukul 9.
Yang aku rungsingkan, jika berlaku kecemasan, dengan kenderaan hubby pun tidak dibenarkan masuk, siapa yang hendak bertanggungjawab mengambil aku di foyer pejabat? Pejabat yang mengeluarkan sticker atau ambulance akan dibenarkan masuk? Tapi sila maklum saya hanya hendak rujuk kes di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Jangan pandai-pandai nak hantar ke hospital lain.
Bukan mengungkit, aku ikhlas bekerja tapi kalau sesuatu berlaku, siapa harus bertanggungjawab?
p/s: Masih mengharapkan diri sentiasa sihat dan baby selamat.

Erti berkongsi kemudahan awam

Apa erti berkongsi kemudahan awam?
Menikmati kemudahan awam yang disediakan secara bersama-sama, bukan awak sorang-sorang je syok kat situ, orang lain terseksa.
Apa erti kebebasan merokok?
Anda boleh merokok dan hisap semua asap yang keluar tu sorang-sorang ditempat yang dibenarkan. Bukan la suka hati hisap rokok di tempat awam sesuka hati. Kalau asap tu boleh menyebabkan penyakit, harap anda sorang je sakit, jangan nak transfer penyakit tu kat orang lain.
Semalam, kat food court presint 9, putrajaya...amboi, lepas dia enak makan nasi 1 pinggan, bantai hisap rokok tanpa segan silu, tiup asap rokok tu kiri kanan, siap buang habuk rokok tu merata atas lantai. Aku yang pregnant ni siap kena tutup hidung, tu belum kira adik sebelah meja sana tu betul dekat dengan dia.
Apa erti bijak menggunakan tandas?
Lepas habis membuang air kecil atau besar tu, bawak-bawak la reti flush. Cuba sedaya upaya menjaga kebersihan bilik air tu, tidak terlalu basah dan haruman terpelihara. Tapi, tak kira pangkat pegawai ke hapa ke, bantai basah gila toilet lepas dia siap. Kalau basah, ertinya kuman senang merebak. Fikir-fikirkan lah yea.....
Cuba bersikap lebih PRIHATIN.

Minggu ke 21

This week adalah minggu ke 21 kehamilan ku. Alhamdulillah, kesihatan aku & baby dan perkembangan baby normal.

Aku dah mula rasa sakit-sakit badan. Setelah dibetulkan kedudukan pembaringan, keadaan makin bertambah baik. Cuma di malam hari aku makin kerap (dulu 1 kali, now 2 kali) bangun membuang air kecil.

Aku sebenarnya rajin cakap-cakap dengan baby. Kebiasaannya dia akan memberi respond bila aku cakap, tetapi kadang kala dia tak beri respond langsung pun ada. Tapi, walau tak respond aku tetap informed dah malam, kena tidur, esok nak kena ikut aku pegi opis buat keje, I love you, good night dan akhir sekali selimut utk ZZZzzzZZZZzzZZZ.

Dan terbaru, jeng..jeng..jeng..dia dah pandai tak tidur malam. Semalam kawan aku dok sms pukul 3 pagi, bila aku buka mata, aku dapat rasakan satu gerakan yang sgt perlahan, memang slow betul. Dan kantoi la aktiviti bebas yang dibuat oleh baby di malam hari.

Kebetulan pagi ini aku pun story la kat hubby. Dan daku menyatakan yang aku teramat nak mencari info bagi memastikan baby berehat di malam hari dan aktif di siang hari walau duduk dalam perut. Kira early training supaya nanti dia & aku tak culture shock selepas bersalin.

p/s: Harap-harap usaha aku disiplinkan baby menjadi. =)

Driver oh driver...

Dulu bila pakcik ku mengatakan yang majoriti driver berstatus broke (harap-harap betul ejaan ni), aku hairan sebab tiap bulan mereka akan dibayar gaji + elaun + OT.

Tapi dia yang ada driver kan..bukan aku! So, dia berpengalaman bekerja dengan driver. Up to 1 situation, dia informed as boss dia plak kena kasi duit makan sementara tunggu dia habis meeting/ majlis.

Dan hari ni, kisah itu ditegaskan lagi oleh orang yang pernah bekerja bersama driver. Mengikut katanya, kebanyakkan duit gaji akan dihabiskan di kedai nombor ekor. Sama ada betul atau tidak, aku tidak tahu kerna yang lebih mengetahui kenapa dan mengapa adalah driver itu sendiri.

p/s: betul ke?

Tuesday, April 27, 2010

Aku dah agak dah...

Akhirnya, berkat pertolongan rakan-rakan, aku berjaya mengisi borang online LHDN. Seperti yang aku jangka, aku harus membayar lagi RM200 tax kepada pihak kerajaan.

Terkejut? Itulah harga yang aku perlu bayar kalau nak gaji besar tapi sungguh kepenatan. Ibarat hari Sabtu dan Ahad tu khusus untuk tidur sahaja untuk recovery kepenatan bekerja 5 hari.

Back to my story, aku masih lagi mencari resit-resit pembelian buku yang aku rasa mmg ada tapi dimanakah kotak itu? Oh, my dear kotak, where are you? Ish, tetiba aku rasa macam ayat Nain belajar dari channel 613...!! Masa semakin suntuk dan pembayaran harus dijelaskan sebelum 30 April 2010.

Ada tu cuma aku kena bersemangat mencarinya. Yelah, macam semalam aku bising-bising dengan husband. Tak cari mana nak jumpa kan....kan....lain kali bising-bising lagi la kita....next year bising dengan 'my dear little baby boy no. 1' cari resit sama-sama yea...

Satu nasihat yang berguna buat semua...simpan segala resit dalam satu tempat, campur je resit belian suami dan isteri setempat bagi memudahkan prosess declaration LHDN. Antara resit yang boleh disimpan adalah resit belian buku & majalah, peralatan sukan, perubatan ibubapa, insurance, sambung belajar/ attend external course, SSPN (yang lain aku tak declare).

p/s: bukan senang nak hidup senang walau di negara sendiri

Monday, April 26, 2010

Hanya kerana 1 keping borang penyata gaji tahunan

Ini bukan syok-syok nak membebel yea, ini benar-benar luahan rasa aku atas apa yang berlaku. Mungkin ia boleh menjadi sempadan bagi mereka yang sedang berkhidmat atau bakal berkhidmat dalam bidang penyediaan penyata tahunan pekerja.

Memandangkan aku mempunyai 2 majikan bagi tahun 2009, aku ni macam penagih pulak..tagih nak dapatkan salinan penyata gaji 2009. Patutnya dapat original copy tapi

1) ada yang hilang, siap kata dah ada org collect bagi pihak aku.

Jawapan ikhlas: Aku tgh cuti 1 bulan, kalau kawan2 dah ambilkan, sure dah dok dlm bin aku kan..

2) ada yang dah normal pos, tp still tak sampai2 kat umah mak aku.

Jawapan ikhlas: Aku dah check address tu betul, takkan postmen Semenyih sembunyikan surat aku pulak..

3) ada smp marah2 sebab aku minta 3 orang tolong aku dapatkan copy hari ni.

Jawapan ikhlas: Aku dah terdesak, tinggal 4 hari lagi utk isi online LHDN dan buat pembayaran.

4) ada smp minta lebih masa utk buat copy sebab nak cari dan cerai sebelum buat copy utk aku

Jawapan ikhlas: Janji anda tolong, aku dah cukup happy. tapi mana origional aku??? Have to review kaedah kerja tau...!!!

Apa pun, aku puji majikan PETRONAS kerana awal-awal lagi pekerja dan dapat origional copy pendapatan tahunan dan kaedahnya 1st class. Nak tahu apa maksud 1st class? Itu tugas anda yang bekerja dalam bidang menyiapkan slip pendapatan tahunan pekerja, mungkin boleh buat sharing session untuk maklumat lanjut. Aku tak interested nak ambil tahu sebab aku buat keje bidang lain.

p/s: Nasib aku ada geng yang baik hati mau tolong...semoga anda murah rezeki kawan2 ku...

New fesyen

This week I'm in 21 week. Alhamdulillah, aku makin sihat dan semua yang aku rancang berjalan lancar. Tapi aku masih berhati-hati, berjaga-jaga...ishh, dah nak jadi mcm guard pulak ayat ni!

Ok, apa yang aku rancang adalah untuk membeli baju preganant mama pada minggu ke 20. Kenapa? Tah, aku harap perut waktu tu dah besar sikit dan kalau pakai baju preganant mama tu nampak la perut aku (sebab tak mau orang tanya selalu sangat).

Alkisah, sang suami pun telah memperuntukkan sehari iaitu hari Sabtu lepas untuk menemani aku shopping. Sebenarnya, aku dah g survey bermula petang Jumaat di Bangi. Harga, design dan colour boleh tahan tapi aku tak mau beli lagi sebab nak gak gi tengok dulu baju pregnant mama kat Mid Valley.

Mula-mula tu aku masuk kedai Mother Club, cantik la jugak tapi aku hanya berminat dengan 1 blouse biru belang-belang, itu pun sebab colour kerana design biasa je. Baju dress dia sama ada berat (kain 2 lapis tu nak buat dress, mau tak berat) atau colour yang tak menarik langsung.

Kemudian aku masuk kedai Modern Mum. Sini fesyen ala-ala kain tak cukup, so kalau aku yang bertudung ni nak kena pakai baju 2 atau 3 lapis. Since Malaysia ni bukan jenis 4 musim, aku tak prefer sangat. Panas la woiii...ibu mengandung ni cepat berpeluh-peluh. Tapi dia ada panty khas untuk ibu mengandung, hum...yang mak aku n mak ngah aku sibuk war-war kan suruh aku pakai...hum, mahal gak sebab RM50 sehelai.

Since takde yang aku minat, suami aku pun ajak le gi Gardens. Aku ingat K'Ros pernah informed kat sana pun baju cantik-cantik tapi aku malas nak jalan jauh-jauh, capek gitu (ish..teringat kat Pak Iman yang nak datang 12 Mei ni).

Sambil menyelam, aku pun minum air. Aku hangkut husband aku masuk Mothercare. Hehehhe...ni la kedai aku nak beli barang baby. Sebabnya mudah...kerana 1 stop center...jadi, tak payah la aku nak jalan banyak-banyak hanya nak beli barang ini di sana, barang itu di sini...aku pun bukan larat sangat nak shopping merata. Dan yang penting, jenama yang aku dah set nak beli tu ada dijual semuanya di kedai ni. Tapi kan...mak aku belum apa-apa dah informed kepentingan sterlizer untuk botol baby. Hum..kena beli la tu...takde pilihan.

Lain-lain, hubby masuk kedai combi, aku masuk Mum's Care tengok Madella breast pump & cooler bag yang mahal tu...pasal la nak jual mahal-mahal...jual murah-murah dah la...mentang-mentang hospital semua pun pakai Madella, hentam kasi mahal!

Akhirnya aku beli gak baju kat Bangi. Oh...itu nanti aku post di hari akan datang.

p/s: Aku rasa aku nak buat wish list la...ekkekeke, sape-sape kawan aku yang nak kasi hadiah, boleh kot pertimbangkan list tersebut.

Friday, April 23, 2010

Bahan Bacaan

Opis saya ada library, kalau org kata takde bahan tp di sini, nak bahan apa...ckp sahaja dan insya allah akan diusahakan untuk ada di masa hadapan.

Terpulang kepada kita sama ada untuk membaca atau tidak, jangan kata majikan tidak prihatin pulak yea.

Sebenarnya aku ingin menulis mengenai majalah Pa&Ma. Aku dah lama tidak membelinya hanya kerana isu yang sering diulang-ulang berkali-kali, aku rasa macam takde pembaharuan sebab kadang-kadang tu ayat bulan 12 bulan sama dengan bulan 1 yang lepas. Ini pandangan peribadi aku, tidak berkait dengan mana-mana pihak.

Ada orang beli semata-mata nak tengok fesyen ibu mengandung dan ada orang beli sebab menu kanak-kanak. Tepuk dada dan tanya selera anda. Aku? Since ada supplier kat opis baru ni, aku bakal meminjam daripada beliau sahaja, cukup untuk aku baca sudah..itu pun jika isu itu tidak diulang berkali-kali.

Apa pun, aku ucapkan terima kasih kepada kawan aku tu kerana sudi berkongsi maklumat dalam Pa&Ma dan semoga beliau akan murah rezeki. Amin.

p/s: baru nak baca Pa&Ma bulan lepas...=>

Jamuan pagi

Sebagai ibu mengandung, saya gemar makan buat masa ni. Kalau anda sebut, belum tentu saya nak makan. Saya mesti lihat dan kalau nak, ish...bagai nak taufan nak. Bak kata saya, dapat sesudu pun jadi la.

Pelabagi versi org tafsirkan kebesaran perut saya. Ada kata owhh, kecik berbanding saya dan ada juga kata owhhh, besar kalau ikut * bulan. Ikut la kan...tapi buat masa ni saya selesa 'sorok' a.k.a tutup dengan tudung yang dipakai.

Berbalik kepada cerita jamuan pagi ni, jamuan ini anjuran unit saya bagi menyambut hari jadi beberapa staff, jamuan perpisahan dan jamuan welcome. Antara menu yang ada adalah kek Secret Receipe, lontong, pulut kuning, rendang, sate, kuih, pisang, etc. Memang yummy...

Since i masih blum membayar (sebab gaji i tak masuk bulan ni...sabar aje lah...) yuran bulanan, i kena control comel walau nak makan for 2, am I rite?

p/s: Mati aku gaji balance RM1200 nak guna untuk 1 bulan...aduiihh!!!

Wednesday, April 21, 2010

Krisis ekonomi

Aku rasa rata-rata rakyat Malaysia masih tidak terasa bahana krisis ekonomi. Kemungkinan dasar & langkah yang diambil kerajaan Malaysia tepat pada waktunya.

Namun, jauh disudut hatiku, masih tertanya-tanya...jika benar berlaku krisis di negara Malaysia, adakah aku bersedia dengan keadaan itu? Bagaimana jika keadaan benar-benar memaksa, lebih-lebih lagi melibatkan hal kewangan? Jika hari ini aku masih seronok makan di kedai, adakah esok aku akan mula memasak di rumah? Jika hari ini aku seronok menggunakan aircond, adakah aku sedia menggunakan kipas? Jika hari ini aku seronok membayar tol RMXX, adakah esok aku sanggup naik bas?

Setiap kali krisis ekonomi berlaku, setiap kali itu nama krisis akan diberi. Yea..dulu aku tidak pernah ambil pusing masalah ekonomi, aku jua manusia yang mudah berubah untuk peka dengan masalah sekeliling. Namun, keluargaku telah berkali-kali berkongsi pengalaman mereka ketika menghadapi krisis ekonomi. Cabaran itu benar hebat...tanyalah mereka warga emas jika mahu mengetahui kisah sebenar itu.

Oleh itu, aku masih dalam pencarian apa itu BUMI HIJAU, DOT.COM FIASCO, etc. Siapa rajin nak share info dengan aku??

p/s: Aku rasa memori minda aku mcm dahaga sgt la...

Tuesday, April 20, 2010

Hanya kerana 1 bus stop

Hum..maaf la yea...aku fight untuk kepentingan students yg population lebih besar dari staff. Since both bossess dah advice utk kaji balik, sila la buat keputusan yg betul. Dan sebagai perunding, bawak2 ingat yg awak perlu mewakili pelanggan sebaiknya, bukan bersikap menunding jari kembali kepada pelanggan.

Too young kot utk jadi perunding!! Fikir-fikirkan yea...

Monday, April 19, 2010

People is asset, time is opportunity

Kenapa tah sejak 2 menjak ni aku sangat teruja dgn bahasa-bahasa seperti tajuk di atas. Aku kagum, walau sibuk tetapi setiap bos mampu untuk memetik kata-kata seperti di atas. Ini jelas yang mereka rajin membaca, tidak seperti aku yang masih bermalas...



Bila nak berubah? Bila ada baby? Baca dan fahami...susah sangat ke??



Semalam, selepas borak-borak kosong dengan ayah and mummy, terkeluar la perkataan di atas. Hum..betul la...bos rajin membaca sebab ayah masih membaca setiap helai NST setiap hari, tanpa gagal. Niat dihati nak baca BLUE OCEAN STRATEGY tapi bila nak kesampaian tah...balik umah..terus tutup mata.

Weh..weh..weh..

Saturday, April 17, 2010

List to buy

Ni bukan wish list yea kawan-kawan, ni list wajib minimum barangan baby boy yang En. Saifullah kena beli. Kepada kawan-kawan yang ada pengalamn tu, sudi-sudi la komen supaya tidak berlaku pembaziran kepada pihak kami.

Dimaklumkan oleh rakan-rakan sekeliling, yang baby sangat cepat membesar, rasanya hanya yang berpengalaman sahaja tahu keperluan sebenar berbanding kehendak ibu bapa.

1) Baju & seluar = 10 pasang (size newborn 3, 3-6 mths = 3, 6-12 mths = 4)
2) Sarung tangan & kaki = 5 pasang
3) Baby cap = 1
4) Towel mandi = 3 helai
5) Towel kecil = 3 helai ( utk lap mulut baby after feeding milk)
6) Shampoo
7) Bedak
8) Cream gatal
9) Minyak panas yg sesuai utk baby - kot2 kembung...YuYee cap limau ok ke?
10) Nail clipper for baby
11) Body shower
12) Wet tissue
13) Barut = 3 helai
14) Kain bedung = 3 helai - yang ni sgt perlu advice sbb kat pasaran ada yg versi moden, ok ke?
15) Selimut baby = 2 helai - selamat ke nak guna?
16) Botol susu = 2 botol - semangat nak breastfeed ni but any good advice utk botol yang terbaik?
17) Berus botol susu = 1
18) Alas utk tukar2 baju, etc = 1
19) Pampers new born = 1 pack

Utk pengetahuan, bath tab dah ada supply kat umah nenek. Baby cot dah 'ayat-ayat' (ingat movie je ke guna perkataan ni) nenek utk sponsor bersekali bantal dan tilam. Yang lain mengikut percaturan kami akan dibeli selepas kelahiran demi mengikut kesesuaian size dan keperluan baby.

Ada any advice dari segi kuantiti/ size/ jenama/ lain-lain keperluan utama/ experience? Please share it with me....

Friday, April 16, 2010

Kesungguhan

Hari ni cukup 1 minggu aku di office baru. Tag name dan sticker kereta belum dapat lagi, dan aku perlu berjalan perlahan-lahan dari pintu pagar utama ke bangunan pejabat. Jauh memang la jauh tapi aku tiada pilihan. Kalau parking kat belakang, kena hadap pulak tangga yang tinggi dan keadaan kesihatan aku tidak mengizinkan buat sementara waktu. Apa pun, alhamdulillah atas rezeki dariNya.

Pemerhatian aku ringkas:

1) komitment bos no. 2 di office ni sangat tinggi dan dia sangat peka atas penjimatan tenaga elektrik,

2) semangat kerjasama di kalangan bos sangat tinggi,

3) supporting staff bagus walau ada yang agak ala-ala tapi bos managed nak handle masalah itu,

4) hubungan antara staff harmoni,

5) kecantikan pejabat ada tapi terlalu banyak longgokan documents yang perlu ditentu sahkan statusnya

Aku masih menjadi pendiam. Kenapa? Nantilah...ibarat kata orang 'terlajak kata tidak boleh diundur', oleh itu aku perlu berhati-hati.

p/s: Husband aku berjaya menjadi penyelidik di mana menjumpai pokok yang memakai tag. Korang ingat manusia je ke yang pakai tag...hehehe...sabar ye abang, nanti sambung study by next year, insya Allah.

Thursday, April 15, 2010

Nasihat kepada adik-adik yang mencari kerja....

Ini nasihat, mungkin benar dan mungkin juga tidak benar. Diharap perkongsian ini akan memberi 'input' sedikit kepada golongan yang masih atau sedang mencari kerja.
Pertama sekali, nasihat akak yang 'cute' ni adalah pastikan result akademik di peringkat institusi tinggi melebihi 3.00. Kenapa? Zaman dah berubah adik...dulu tak ramai yang berminat nak sambung belajar, tapi sekarang yang bekerja pun sanggup bersusah payah menyambung pelajaran. Dan adik kena ingat, jumlah yang melanjutkan pelajaran semakin meningkat. Apa salahnya berpenat lelah menelaah buku kerana apabila kerja nanti pun, adik masih perlu menelaah buku. Prosesnya masih sama, belajar dan terus memperbaiki diri.
Keduanya, secara tak langsung adik telah meningkatkan peluang untuk dipanggil temuduga. Sebagai majikan, kita sentiasa mencari yang terbaik. Kenapa? Adik kena ingat, setiap kerja yang dilakukan akan dibayar oleh pihak majikan. Majikan senantiasa mahu yang terbaik daripada pekerja. Adik tidak berhak untuk mengatakan INI TIDAK ADIL kerana dahulu adik juga yang tidak berusaha sebaik mungkin untuk membaiki nasib diri. Renungkan apa yang telah adik lakukan 3 - 5 tahun lepas?
Ketiganya, usaha dan terus berusaha. Kalau adik bersikap 'acuh tak acuh', tidak pernah memohon kepada-Nya seikhlas hati dan terlalu memilih majikan, jujurnya peluang untuk mendapat kerjaya yang diimpikan semakin pudar. Jangan senantiasa bersikap MENGHARAP atau SELESA kerana itu bukan jaminan kecerahan masa depan.
Akak senang la cakap, adik ni orang susah bukan nak ditolong. Adik bukan minta banyak pun, asalkan adik diberi kerja, adik akan bekerja sebaiknya.
Adik, sewaktu akak masih belajar di universiti, mak akak sentiasa mengingatkan akak supaya belajar bersungguh-sungguh kerana katanya dia belum dengar orang mati kerana banyak menelaah buku-buku. Dia juga sentiasa mengingatkan akak untuk solat. Bila bekerja, dia tidak suka mendengar akak merungut dan dalam kesibukan bekerja yang sentiasa tak habis-habis, dia masih meminta akak mencari kerja yang lebih baik daripada semasa. Bukan mudah tapi kemanisan yang diharapkan hanya datang jika kita benar-benar ikhlas untuk melakukannya.
Fikir-fikirkan dan selamat maju jaya!
p/s: Pasni jangan adik sibuk cari akak lagi untuk minta tolong dapat kerja yea ... adik kena usaha sendiri sebelum buahnya menjadi!

Wednesday, April 14, 2010

Dah dua hari....

Minggu ni adalah minggu ke 19 kehamilan. Dengan jarak perjalanan Tmn Desa - Putrajaya yang melebihi 40km sehala, aku kini menjadi pemandu yang berhemah. Yelah..kalau memandu kat MAX Highway 70 ke 90 km/j dan hanya berada lane tengah, sure korang pun hangin kan.

Maka, alkisah pun bermula hari Isnin yang lalu, dengan pas kerja takde dan berbagai lagi masalah, aku hampir nak menangis sahaja rasa dalam perjalanan pulang ke Tmn Desa. Kesnya, aku dah start rasa lenguh2/ sengal2 (bukan otak sengal tau)/ bisa-bisa di bahagian belakang badan, terutama bahagian pinggang. Terbaring la aku di malam harinya sambil buat muka sedih. Maka sang suami pun terkesian kat aku yang comel ni (perasan sendiri2 yea).

Dengan itu, sudah dua hari dia bertindak sebagai driver aku. Jauh tu, Tmn Desa-Putrajaya-KLCC. Macam bos dia kata, aku claim elaun driver ke sempena dia jadi driver aku? Walau aku boleh claim elaun driver tapi aku rasa jumlahnya terlalu kecil, nak gajikan orang pun kesian. Tak payah la aku habaq berapa jumlahnya tapi percayalah aku bukan kaki suka claim. Duit banyak? Tak banyak beb, kalau banyak dah lama aku beli Mercedes. Tapi kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada dan jika nak lebih lagi, berdoa dan meminta dariNya seikhlas hati.

Mungkin esok dah lebih sihat, boleh la aku drive sendiri. Tapi pada 20 April 2010 wajib drive sendiri sebab ada event kat PICC.

Tuesday, April 13, 2010

Profesional?

Kenapa yea kita suka membeza-bezakan status? Hairan...sebab di sisi Allah, semua hambanya adalah sama. Kita suka memperlekeh-lekehkan orang. Sebenarnya kita takut ke? Atau kita cemburu? Atau kita memang jenis tidak senang untuk melihat orang lain senang?

Disebabkan kita suka membeza-bezakan status, terserlah kekurangan kita. Kekurangan ilmu itu senang dilihat melalui percakapan. Oleh itu, andai kita adalah yang berkuasa satu hari nanti, ingatlah semua kesenangan yang dimiliki oleh diri kita hanya 1 titisan zarah kecil diberi pinjaman di atas muka bumi ini.

Aku? Lantak korang la nak kata apa pun...aku tetap menjadi aku. Insya Allah, aku tak lupa asal usul diriku ini.

Friday, April 2, 2010

Entri terakhir daripada Mid Valley office

Tadi lebih kurang pukul 11.30 pagi, 1 majlis perpisahan bahagian kepakaran telah diadakan khas utk I yang cute ni.

Antara makanan yang ada adalah nasi putih, gulai nenes masak ikan masin, ayam goreng berempah, sambal undang, ulam-ulam, sayur, belacan, buah tembikai, air oren, kek lapis dan Pizza Hut.

Semua ada, sama ada lambat atau cepat adalah normal kerana urusan kerja.

Terima kasih atas hadiah pen + mechanical sheffer.

Kawan-kawan jangan nangis...I sentiasa di hati dan ingatan anda. Rajin-rajin baca blog I ni, I akan update latest info about me, day by day gitu.

Thursday, April 1, 2010

Hari kedua terakhir di office Mid Valley

Oh...hari yang aku sendiri sangsi mcmana nak mulakan. Bangun pada pukul 5.45 pagi, terus pegang tummy..hum, sedikit kerisauan atas kejadian doctor buat health check up yang pelik semalam..tah, dia ada tekan sikit tummy dan letak skop utk dengar apa tah! Alhamdulillah setakat ni semuanya baik.

Sampai je office, punch card dulu...pastu buat copy IC & buku bank. Duduk je kat kerusi, telek jap paper Sun. Then, duduk senyap-senyap tunggu aircond beroperasi pukul 7.30 pagi.

Tadi gi bincang-bincang dengan member nak beli pizza untuk tengahari. Then, minta Mary tolong keluarkan duit. Bos takde pulak...adoiii!!

Pasni nak gi cari sumpah, nak angkat sumpah. Ada kawan tolong hantar!! Thanks...

Tapi petang ni apa aku nak buat yer....hum...settlekan hal berkaitan admin.