Sedar tak sedar next Monday adalah 30 Syawal, yakni tamat la masa untuk beraya. Aku? Hari ni aku baru sahaja buat puasa enam untuk hari ke 4. Dugaan juga kerana hari ini contohnya, sebelum dan selepas produk talk, makanan dan minuman yang enak disediakan.
Alkisah, esok opis aku nak buat sambutan hari raya. Aku pun dah beri kata setuju nak join tapi....mcaman dengan puasa aku?? Aku rungsing memikirkannya, yelah...rugi plak aku tak join sambutan hari raya opis...tapi bila lagi aku nak buat puasa ke 5 & 6.
Kalau aku tak puasa esok, aku puasa balik on Friday, makna kata aku masih ada 1 hari berbaki lagi!
Buntu aku sebab Sabtu dan Ahad aku ada jemputan kenduri kahwin, especially Ahad sbb kenduri roomate aku kat Uni dulu. Boleh ke pi kenduri tak jamah nasi kenduri orang? Sombong sangat tu...option terakhir berpuasa pada hari terakhir di bulan Syawal. Boleh ke???
Aku tetiba minggu ni pun rajin memasak, hubby kata tak kena selera dia. So, hari ni aku merajuk ckit arrr...aku masak nasi, goreng ikan dan goreng sotong. Kuah? Dah...aku rancang nak beli ayam masak paprik kat cafe nanti. Ni semua kes masak tak sedap!
Dah lama aku tak masak dessert...aku ingat nak buat puding caramel...beria-ia ambil atur cara nak masak bagaimana tapi hasil blum nampak....mood blum sampai kot...
No comments:
Post a Comment