Semalam hubby aku nak sangat potong rambut sebab rambut dia dah agak panjang. Jadi, aku kata kat dia terpulang la bila dan di mana dia nak potong. Aku pun pergi bekerja dan pukul 3.45 petang dia memaklumkan nak potong kat A cut above salon Mid Valley. So, aku budget kalau wash and cut dalam masa 1 jam. So, sempat la aku tunggu Hidayah habis keje pukul 5 untuk terus ke DEMC, Shah Alam melawat Azizul yang baru dapat anak.
Ting ding ding...siapa plak message ni...lor hubby rupanya. Apa, dah siap? Biar betul....ajaib ni!!
Aku turun dalam pukul 4.40 petang, terkejut badak aku tengok rambut dia. Macam tak potong rambut langsung, masih panjang dan gaya pemotongan yang tak seni langsung.
Aku: You ambil hairstylist junior or senior?
Hubby: I ambil senior la.
Aku: Pasal cepat sangat?
Hubby: Takde orang.
Aku: Berapa charge?
Hubby: RMxx, same price macam kita selalu potong hairstylist Louise, A cut above Sunway Piramid.
Aku: Punya mahal, macam ni je senoir hairstylist tu potong.
Hubby: Dia pun macam malas nak layan i. I ni pakai baju buruk aje, so dia ingat i takde duit. Lepas i cakap i selalu potong kat hairstylist Louise, A cut above Sunway Piramid, dan dan dia tanya i kerja mana dan start promote produk rambut di situ.
Aku: Mmg, orang berniaga ni ingat kita takde duit bila pakai baju tu buruk cket.
Akhirnya, pagi ini husband aku berbunyi jua nak gi potong rambut sekali lagi. Memang patut pun tapi sebagai pengguna aku sangat terkilan kerana service yang diberi oleh pihak A cut above salon Mid Valley langsung tidak bersifat 'value for money'.
Dan sebenarnya cousin aku bernama Khairul sebelum ini pernah juga compalint yang dia tidak berpuas hati dengan gaya potongan rambut setelah mendapatkan perkhidmatan di A cut above Mid Valley.
No comments:
Post a Comment