Aku: Hello, mak. Kenapa? (control suara supaya mak tak tau baru bangun, kalau idak sure kena tegur)
Mak: Smlm mak dan busu Kiah dah study map nak pegi Kerinchi, tapi tak tahu jalan la. Jadi, mak gi umah kau, kita gi sama-sama.
Aku: Ok, mak nak keluar pukul berapa?
Mak: Dalam 10.30 pagi kitaorang bertolak dari sini. Kau siap2, nanti turun yea!
Aku: Ok.
Terus bangun tuju dapur. Jerang air, masak chicken cocktails dan scramble eggs. Pukul 8.30 pagi dah hadap makanan sambil borak dengan husband. Rahsia la, mana boleh bagi tau semua kat korang.
Tepat pukul 10 pagi, aku pun gosok baju dan mandi. Tengah bersiap, tepon bunyi lagi.
Aku: Mak, kat mana?
Mak: Dah lepas tol 50sen. Mcmana nak ke umah ko?
Aku: Oh, duduk lane kiri sekali. Jangan bawak laju2. Mak baca signboard Taman Desa atau Taman Danau Desa. Nanti belok kiri. First traffic light, belok kiri dan terus. Sampai la rumah kita.
Mak: Ok.
Aku pun kalut keluar rumah, kunci dan terus tunggu mak tepi jalan. Ambil map, tgk betul2 dan terus naik kereta. Wah, panjang betul group aku sbb termasuk keter aku, 3 buah. Sampai kenduri, makan2 dan terus borak2 dengan sedara-mara mak aku. Dah nama pun sedara, mak bising sbb ada 2 kenduri lagi nak pegi.
Dalam kepayahan nak tinggalkan majlis, kami membawa diri ke Ulu Yam. Mula-mula tu aku dah sesat bawak mak and ayah. Bersemangat gila aku usha kad kahwin tu, nak fahamkan peta. Bukan aku tak caya peta, kadang-kadang tu peta yang diberikan amat ringkas smp sesat la aku.
Dah betul jalan ni, tapi hairan kerana takde signboard sementara pun tunjuk arah ke rumah pengantin.
Hum, jalan dah betul sebelah kiri ada sekolah rendah dan menengah, rumah penghulu dan JKR. Buat u-turn di hadapan. Betul ke masak kampung nakhoda ni, belok kiri dan terus. Cari jalan 3, ha...betul ni...terus lagi ke hadapan dan ni jalannya. Tapi???? Tak sibuk pun, masuk je lorong ni. Kenapa takde kemah atau kesibukkan majlis kahwin?
Tengok kad kahwin tu balik dan tersebut la dari hati aku Ya-Allah, macam mana boleh silap tengok tarikh ni. Kendurinya esok, hari ni sebelah perempuan. Inform ayah dan terkejut orang tua tu. Dan dia terus berkata, kita ke Cheras pula. Jauh benar perjalanan ke sini, dengan terpaksa menempuh kesibukan warga kota ke sana sini, rasa kecewa sangat lah!! Ni rumah kawan mak, namaya Aunty Aspalela.
Terus pusing stereng keter bergerak ke Cheras melalui DUKE highway. Tengok peta mak kasi, sikilas tengok aje aku dah tau, tah apa-apa tah peta yang diberi. Suka hati dia nak lukis apa. Bagi direction tu biar betul sikit. Kalau ada banyak highway boleh link pun, bawak2 tulis info yang mudah orang nak faham. Ni bantai tulis dari KL, tiba-tiba dah boleh masuk kawasan perindustrian Cheras tu. Bukan ke sebelum tu ada highway 50sen? Yang heran tu, stesen LRT yang nampak sikit2 di celah-celah pokok tu sibuk nak masukkan, walhal kalau ikutkan dari highway tu bukan senang pun orang nak nampak sbb tak ada direct access dari highway ke LRT. Sebab aku agak familiar dengan kawasan tersebut, senang aje sampai ke rumah pengantin. Yang tak seronok sebab kena jalan agak jauh, dengan guard tak kasi parking dekat2 dan kepala aku bengap kerana kepanasan.
Nasi kenduri di Cheras ok sebab pakai caterer kenduri aku dulu...UBE catering, suasana meriah. Ni rumah kawan ayah, namanya Uncle Rahim (aku rasa la).
Balik kami singgah di RAMLY outlet. Kisahnya sebab aku susah sangat nak dapatkan produk ni di Mid Valley. Dan, yang seronoknya dengan pembelian 3 produk RAMLY, anda layak mendapat harga istimewa. Bayangkan squid ring berharga RM13++ di pasaran tetapi di sini berharga RM11++. Jimat aku RM2.00 lebih kurang la. Penuh peti ais rumah aku dengan produk RAMLY.
Sesiapa nak makan burger, boleh pesan ke husband aku 019-XXXXXXX. :P jangan mare ye bang!
No comments:
Post a Comment