Kebiasaannya, pemandu bus dilabelkan sebagai orang yang amat tidak bertimbang rasa di atas jalan raya. Aku percaya, tidak semua dalam golongan ini yang seperti itu, tetapi apakah itu cukup untuk menepis segala persepsi berhubung perkara ini?
Sebagai contoh, aku sendiri mengalaminya di mana sesuka hati pemandu bus tersebut dan tanpa memberi signal untuk bertukar lane jalan, terus je tonjol kepala bus dia kat aku. WOi...pakcik bus, ko ingat aku beli kereta dengan air paip ke? Tiap-tiap bulan penat aku ikat perut bayar bil, kau sedap2 buat muka selamba tahap dewa lompat depan kereta aku.
Pagi ni, huhuhuh...lagi best! Opis aku kat Mid Valley, jadi aku akan parking di zone H. Jadi aku akan masuk ikut jalan seperti mana nak ke hotel Boulevard. Di sisi bangunan hotel, ada bus stop kecik. Jadi, aku harus sebab dah takde pilihan, pandu masuk ke kiri dan buat u-turn kat 15 meter dari bus stop tu. Jam menunjukkan 6.55 pagi, siap aku bagi signal ke kiri dan kemudian bertukar lane kiri, boleh ke patut bus Rapid KL ni jalan tanpa menghiraukan aku. Aku siap buka lampu kereta lagi tau, bagi signal kiri lagi dan terpaksa tekan brek. Ada patut pemandu bus tu boleh kepala sibuk teleng ke kiri tgk penumpang walhal bus dia dah bergerak ke hadapan.
Laju atau tidak, itu bukan isunya. Apa yang aku nak highlight di sini, di mana pemandu bus meletakkan keselamatan penumpang bus dan pengguna jalan raya yang lain? Di bahu? Di mata? Di hati? Nasib aku baik, dan kalau ada pejalan kaki yang kebetulan berjalan di hadapan bus dia, bagaimana? Nyawa tak boleh dibayar dengan wang ringgit.
Harap semua berfikir supaya kehidupan kita hari ini lebih baik berbanding sebelumnya. Insya-allah...
No comments:
Post a Comment