Tuesday, August 31, 2010

Today is my birthday

Teruk betul Dd, bersungguh aku panggil dia pukul 12 untuk wish aku happy birthday tapi dia buat dek aje menghadap komputer. Takkan tak sedar dah masuk 31 Ogos 2010, siap orang main mercun pom..pom..pom..kat luar rumah.

Yang SMS aku dengan ucapan indah-indah adalah opismate aku Cik Yanie dan Kak Yan. Begitu juga dengan akak aku.

Yang wish dengan mulut siapa lagi kalau bukan orang di rumah ni Dd dan mak Mm.

Yang wish kot Facebook paling ramai la...cousin aku Nor, kawan-kawan aku Farah, Yusro, Akmal, Ijan, Su, Kak As dan Ida. Ops...cousin aku Arif pun wish aku. Suami aku pun guna Facebook sejam lebih awal tapi wish Merdeka Day yang ke 53 dan kemudian baru wish Birthday aku. Farah siap hantar video klip lagu Happy Birthday...lawak tul!!!

p/s: Tak kira...nak merajuk jugak sebab Dd tak nyanyi lagu Happy Birthday untuk aku!!

Monday, August 30, 2010

Anak sedara baru

Tahniah kepada Angah Suhaila & Hanif kerana telah mendapat anak ke-2 mereka pada 30 Ogos 2010. Baby lahir pada pukul 3.30 pagi di Hospital Kuantan.

Insya Allah, baby selamat. Aunty doakan baby cepat gemuk (put on weight) dan boleh keluar hospital untuk sambut hari raya bersama family yang lain.

Antara orang yang memang too excited of course uncle awak. Siap lepas sahur terus online check MAS ticketing. Aunty tengok dia nak beli tiket tapi tak jadi sebab harga dah mahal. Pastu uncle senyap aje, sedih la tu. Well, uncle memang seorang yang baik kerana hal keluarga mendahului hal diri sendiri.

Sekarang ni aunty pun tengah membilang hari. Lagi 2 hari nak kena caeser kat Hospital Pantai Kuala Lumpur. Perasaan bercampur baur...huhuhu...insya Allah jika ada kesempatan, akan dikongsi pengalaman itu di sini. Kalau tak, tunggu orang lain dokumentasikan la, (-_-).

p/s: Dd beli infant carrier sebab nak bb boy dok dalam tu sampai cukup besar dan faham isu keselamatan di jalan raya.

Saturday, August 28, 2010

Medela Swing

Mm memang bersemangat nak breastfeed (bf) bb boy. Sangat berharap baik Mm dan Bb tabah melalui saat pertama kali nak bf.

Mau tak bersemangat, Mm dah pre order Medela Swing dengan Faheem's Wardrobe sebab so far harga yang ditawarkan sehingga 31 Ogos ni paling murah. Mm hanya perlu bayar 10% untuk pre order. Normally online order ni nak hampir 50% atas harga.

Dan hari ini Mm dah membeli 3 nursing bra, disposal bra pad dan washable bra pad. Memang bersemangat la Mm dalam bab bf ni.

Niat Mm nak bf Bb sampai 2 tahun, insya Allah. Pelbagai perancangan dan strategy Mm dah atur, in case Mm kena keje luar kawasan...so camna? That's why nak pakai maid. Siapa nak jadi maid Mm? Tawaran dibuka selagi tiada maid melapor diri di rumah Mm. Sebab Dd yang akan menjadi majikan.

p/s: Siapa baik mau taja Medela City Style bag set utk Mm? Teringin sangat....

Makan-makan

Al kisah beria-ia Mm dan mak membuat agar-agar tembikai tapi tak berjaya atau kata lain tak jadi. Huhuhu...tah mana silap pun Mm tak pasti, nasib cuba sikit je kalau tidak terbuang la ianya dan berlaku pembaziran.

Ada pic agar-agar yang tak menjadi tu tapi malu larrr nak tempek kat sini.

Hari ni lepas buka Mm dah request nak makan sedap-sedap pada birthday Mm. Birthday Mm jatuh pada 31 Ogos ni. Jadi Mm pun request nak makan nasi himpit bersama lodeh, sambal sotong dan tempe. Hum...air nanti nak request air sirap bandung Muar la.Rendang? Bab rendang ni Mm agak cerewet, hanya rendang mak dan nenek Mm masak je Mm makan. Nape? Rasanya lain la...tah tekak dah suka yang itu, fix yang itu je nak makan.

Huhuh...masa dah makin hampir. Berdebar rasa. Dd keep on going bising sebab Mm masih dengan habit makan banyak. Asyik la ugut jangan nanti pergi training tak larat nak lari 2.4km. Tension aje Mm...walhal Mm dan Bb laporrrr dan dahagaaaaa...

Dalam masa yang sama, tekak ni rasa nak makan cantonese mee....macam best je kalau dapat tp kedai Abdullah Chan Bangi buka ke?

p/s: Letih last minute shopping hari ni....

Thursday, August 26, 2010

Uri

Petang semalam Mm macam biasa ajak Dd gi bazar ramadhan. Kami suka pergi bazar ramadhan yang dekat dengan rumah dan jalan yang tak sesak la menjadi pilihan.

On the way ke bazar ramadhan, Dd telah naik hangin ekoran Mm memberi kutbah kepada persoalan uri. Keputusan Mm waktu itu untuk mendiamkan diri sahaja.

Ada kawan Mm berpesan, uri itu harus dicuci bersih kerana ia akan melambangkan peribadi bb itu nanti. Jika bersih uri, pembersih la bb itu nanti dan sebaliknya. Selain itu, kawan Mm kata ada orang percaya uri yang bersih jika ditanam bersama pensel, jarum, etc akan membawa makna tertentu kepada bb itu nanti. Hal ni Mm tak setuju sangat, lain macam aje kepercayaan karut ni.

Sebenarnya Dd menyatakan penyesalan terlupa nak beli POT URI di Klinik Dr Hamid Arshat. Kita sebagai manusia selalu mendahulukan keperluan lain daripada yang perlu dahulu. Memandangkan hospital di kota, rumah nenek di pekan, kita cari aje bahan-bahan tersebut di Semenyih hujung minggu ni yea Dd.

Dan oleh itu, terlepas juga peluang Mm nak menyaksikan Dd cuci uri Mm. Mm memang gemar test Dd, so far dia lulus dengan baik. Tapi memang nak gak Mm tau kehebatan dia dalam penjagaan bb, nanti Mm kongsi dalam keluaran akan datang...ye la samada kecoh ke, cool ke, cuak ke...hehhehehheheh.

p/s: Dd dah luluskan permintaan Mm untuk pakai maid?

Wednesday, August 25, 2010

Nasi Lemak

Hari ni mak Mm plan nak masak nasi lemak. Katanya lauk udang sambal, ikan bilis goreng, ayam goreng, telur rebus dan sayur kangkung. Ok la kan dari Mm yang tak pandai masak ni.

Bila cerita hal nasi lemak ni, Mm teringat kat seorang kawan Mm. Ayah dia peniaga nasi lemak. Dulu waktu zaman belajar di UiTM, memang rajin la kami kirim dia untuk bungkuskan nasi lemak bersama lauk pilihan masing-masing.

Nak dijadikan cerita, Mm mengusik dia yang Mm kempunan nak makan nasi ayah dia. Kesian Aunty Yan, tak pasal-pasal rasa bersalah sebab Mm tak makan lagi nasi dia. Yelah, doctor dah tetapkan tarikh operation but Mm masih belum menjamah nasi lemak tersebut.

Aunty Yan dulu Mm dan kawan-kawan panggil dia as OYAN. Saja ubah nama dia kasi glamour sikit. La ni dia antara karier women berjaya, asyik terbang sana sini. Tapi agak tersentuh hati kerana dia sibuk pun masih ingat kat Mm yang nak nasi lemak dia tu.

Tapi buat masa sekarang ni Mm macam tak boleh consume udang, kerang la sebab jari hantu sebelah kiri Mm akan sakit lepas menikmati seafood ni. Sotong ok plak. Ada orang kata tah-tah petanda penyakit gout, Ya Allah..jauhi la aku dari penyakit ini. Mak Mm plak kata, sama cam ayah Mm yang mana kalau makan 1 kerang pun 1 jari kaki dia akan kejang. Lama pastu OK balik. Ni petanda yang asid urik tu tinggi dah dalam badan, bawak-bawak la berhenti makan yea Mm, jangan buat tak reti je.

So, nak menikmati nasi lemak bersama sambal ikan bilis je yang boleh. Yang origional gitu.

p/s: Bila nak buat projek agar-agar tembikai dengan mak Mm ni?

Tuesday, August 24, 2010

I'm in MC mode

Lupa nak story kat you all yang Mm dah dapat cuti rehat panjang daripada Dr. Hamid Arshat bermula 20 Ogos 2010 sampai 01 September 2010. Maybe pre-mental preparation untuk Mm before operation kot. Or maybe juga sebab Mm batuk berkahak dan selesema.

Antara nasihat Doctor Hamid kepada Mm adlah untuk mengurangkan pengambilan susu, makanan bercoklat, berlemak, bersantan. Sesuai pengambilan makanan masak air.

Bekalan ubat ada, nama ubat tu HOVA EXPECTORANT. Masih was-was nak makan ubat ni, risau kot-kot sampai bb boy pun drowsiness sama.

Tapi, kalau tak baik lagi batuk & selesema ni nampaknya terpaksa la Mm ambil juga ubat. Tak mau la sakit before operation sbb nanti nak keluarkan kahak pun perit perut rasa.

Arghhh...boring rasa duduk di rumah. Ayah & mak pun takde di rumah sebab ada urusan di luar. Owh...teringat akan sampel pampers PET PET yang masih belum sampai. Posmen lalu je, takde la tu.

Masih ada beberapa barang yang Dd kena beli. Antaranya:

Tilam
Botol sterlizer
Kain bedung
Pampers
Wet tissues
Dropolene
Minyak Yuu Yee Cap Limau
Bedak
Cotton buds
Kapas -- perlu ke? Untuk apa ha??

p/s: Ucapan raya pakai kad ke, sms, mms?

Monday, August 23, 2010

Resepi biskut raya

2 cups butter
4 cups flour
2 tsp. baking soda
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal & blend in blender to a fine powder)
24 oz. chocolate chips
1 tsp. salt
18 oz. Cadbury bar (grated)
4 eggs
2 tsp. baking powder
3 cups chopped nuts (your choice)
2 tsp. vanilla

Cream the butter and both sugars. Add eggs and vanilla, mix together with flour, oatmeal, salt, baking powder and soda. Add chocolate chips, Hershey bar and nuts. Roll into balls and place two inches apart on a cookie sheet.

Bake for 10 minutes at 375 degree. Makes 112 cookies.....Have Fun!!
Recipe may be halved.

p/s: Sorry...nak gak tepek kat sini!

Confirm on 02 September 2010

Syukur alhamdulillah akhirnya ketetapan proses kelahiran bb boy telah disahkan oleh Dr. Hamid Arshat. Sesungguhnya aku redha, 100% aku redha walaupun aku terpaksa di'cesarean'. Harapan aku hanya bb boy sihat dan selamat. Juga aku sihat dan selamat. Don't cry my friend.

Berdasarkan scan doctor hari Jumaat yang lepas, bb boy beratnya 3kg. Heart beat sekitar 150 (ukuran apa tak pulak ku tanya). Normal kata doctor. Tapi NO MORE ROOM for him to move around.

Arahan doctor ringkas, pagi 02 September tu sila ambil breakfast berat, aku boleh makan sampai pukul 8 pagi, iaitu 6 jam sebelum masa operation. Kemudian aku boleh check in di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Lebih kurang pukul 12 begitu, doctor pakar bius akan explain procedure dan inject EPIDURAL. Dalam 3.30 petang kita akan mula operation. Insya allah by Sunday dah boleh keluar hospital. Husband boleh bawa video camera/ camera tapi tak boleh dekat-dekat sangat.

Huhuhu...berdasarkan pengalaman, lebih kurang pukul 2 petang aku dah ditolak masuk ke operation theater. Separa bius ni camna yea? Siapa ada pengalaman? Aku ni penakut, tah-tah pengsan sendiri. Tapi kalau tak aku tutup aje mata sampai sesi operation selesai. Hehheh....tak mau pikir lagi, tempuhi sahaja ketetapan Allah.

p/s: Doakan aku dan bb boy selamat dan sihat yea kawan-kawan.

Susu bagi ibu-ibu mengandung

Sejak berbadan dua, aku memang memberi keutamaan kesihatan dan makanan berkhasiat. Kalau dulu tak kisah sesangat, sekarang ni dah melebih-lebih pulak...siap ada sikap was-was, kadang tu bila pikir balik OVER la plak...!!

Berbalik kepada cerita susu, hum...orang pertama yang aku tanya susu apa bagus memandangkan aku ni spesis sembelit adalaha Kak Ros. Dia yang suggest Enfa Mama. Dari situ aku selalu minum Enfa Mama. Rasa? Ok, tekak aku boleh terima. Sembelit? Masih dalam aturan biasa aku yang memang bermasalah sembelit.

Apabila kandungan aku berusia lebih kurang 33 minggu, Klinik Dr Hamid Arshat telah memberi aku beberapa sampel susu bagi ibu mengandung/ ibu menyusukan bayi. Banyak brand tau, antaranya Anmum, S26 dan Frisco.

Anmum tu sahaja dah ada 3 jenis (kalau tak salah aku la...) tapi aku masih takut-takut nak minum sebab menurut pandangan Kak Ros, sembelit nanti kalau minum ianya. Siap dapat sampel susu bayi berusia 0-6 bulan 1 kotak. Siapa nak, sila la inform I yang cun ni yea.

S26 baru sahaja ku rasa pagi ni, ketika sahur. Tekak aku mampu menelan segelas tapi jauh disudut hatiku menjerit...rasa susu!!! Memang la susu, tapi sedap lagi Frisco & Enfa Mama. Maknanya, masih ada pilihan lain yang best ditekak aku OK. Lupa lak...dapat beg boleh isi breast pump/ baju baby dan receipe lagi...ehheheheheheh!

Frisco adalah susu yang paling sedap aku rasa. Baunya sahaja sudah memikat jiwa, betul-betul bau VANILLA. Bukan bau susu! Rasanya manis, hum...oh...terkenang aku kepada kelazatan susu FRISCO. Mula-mula aku minum di kampung, bancuh pun senang sebab tak berketul-ketul tepung dengan air suam bila aku stir dengan sudu. Dapat beg make-up tau...ehheheheh!

Enfa Mama just nice. Tapi harga paling mahal OK. Aku bila kandungan dah masuk 8 bulan baru berani nak pergi TESCO. Kalau tak, ada la aku minta tolong husband pergi beli. Bila aku tengok dengan mata kepala sendiri, mahalnya! Kesian adik ipar aku, sebab dulu dia tanya harga Enfa Mama dan aku ulang apa suami aku kata iaitu harga sama aje. Sama apa kan kalau statement aku jelas kata Enfa Mama paling mahal!! Aku pun tertipu...haisshhhh!!

p/s: Setiap dari kita ada kesukaan masing-masing, ini berdasarkan pengalaman aku!

Thursday, August 19, 2010

Hari ini....

Kisah 1

Bancian yang dijalankan seakan tiba ke penghujungnya. Kawan-kawan semua diharap dapat memberi respond yang tepat kepada pegawai pembanci. Kenapa? Jawapan anda adalah penentu kepada ketepatan perancangan Malaysia untuk 5 tahun akan datang. Besar bukan impaknya, oleh itu jalankan tanggungjawab ini dengan sempurna. Paling tidak kalau benar anda terlalu BUSY, hanya sediakan 30 minit untuk menjawab soalan pegawai pembanci. Sebarang aduan boleh menghubungi 1-800-88-7828.

Tadi Mm baru memberi maklum balas, rumah Mm dah kena tepek kad kuning tanpa dibanci oleh pegawai pembanci. Pada Mm tak adil la, Mm nak jawab soalan dia tu. Mm tau kepentingan data tu semua kepada kerajaan. Kalau tak penting, takkan kita bersusah payah buat kan....

Kisah 2

This morning Dd went to see an acupuntur at HPJ. Huhuhuh...sakit katanya but for health reason, I will always support you my dear darling!!! Kurangkan pergantungan kepada ubat-ubatan.

Kisah 3

Tetiba teringat akan pasar malam di Taman Melawati. Mm memang suka gi situ, bukan sahaja banyak gerai yang menjual makanan sedap-sedap but banyak pilihan jua. Dan teringat akan kenyataan akak Mm yang dia pernah dengar orang kata pasar malam Taman Melawati adalah pasar malam kawasan orang kaya. Sebabnya? Sebab yang membeli di situ tidak pernah melakukan aktiviti tawar-menawar. Itu lah kita, pada pengunjung jika barang yang ditawarkan berkualiti & mengikut harga pasaran, kita sedia membayar. Tak tahu la plak kot-kot ada penjual yang mengambil kesempatan. Kita faham harga pasaran akan turun naik tapi perlu JUJUR yea dalam berniaga.

Kisah 4

Perut Mm dah turun ke bawah. Pengarah Mm pun menegur perkara yang sama. Hum...bila bb boy nak keluar? Kalau Mm ngantuk, bb boy aktif...la ni both of us sentiasa contra sesi kesegaran & mengantuk. Birthday Mm dah dekat, dapat tak Mm celebrate yang mana DD & bb boy nyanyi lagu Birthday untuk Mm. Pastu Mm nak request lagu Pencinta Wanita satuuuuuuuuuuuuuuu...

P/s: Kalau tak faham sudah...fikir-fikirkan!!

Wednesday, August 18, 2010

Baju tido khas Dd

Sejak dua menjak, Dd dah ada baju tido khas. Kesnya gara-gara Dd tak tahan sejuk sebab Mm on aircond 2hp pada suhu 23 degree celcius.

Siap ngadu sejuk di tengah malam, dan aku sebagai Mm yang baik hati telah menutup telinga dia. Konon nak kasi panas tapi memang Dd tido sungguh pun!

Siapa nak tau baju tido dia tu camna? Hhahahah...track suit dan baju sejuk!

p/s: Sorry Dd, Mm memang panas sangat!!

Tuesday, August 17, 2010

Ter...mengidam plak!!

Sebenarnya Mm tgh sangat sibuk, banyak kerja-kerja tertangguh. Semalam, pengarah Mm dah sound kenapa lewat keluarkan report. Memang salah Mm, sepatutnya sehari selepas meeting, report dah kena keluar.

Apa pun alasan, tanggungjawab kenapa buat. How you want to settle it, it's up to you. Itulah nasihat pegawai terdahulu kepada Mm dan rakan-rakan 1 batch. Dan sememangnya salah Mm.

Dan hari ini, dalam keadaan terkial-kial sebab dah lupa apa Mm catit, Mm cuba habiskan jua penulisan report itu.

Dan masih sempat berbisik kat immediate bos Mm nak makan agar-agar tembikai la...dulu akak Mm beli untuk anak dia kat Pasar Ramadhan Wangsa Maju. Immediate bos Mm pun kata saya tak nampak plak terjual di sini.

Bila nak beli? Sabtu ado makan2 kat Tropicana dgn batch Mm. Akak Mm pun periksa tak habis lagi, sian plak nak serabutkan dia. Kat Semenyih takde jual. Mana ada jual lagi??? Boleh order online tak?

p/s: Mm tengah gagahkan diri siapkan kerja before Khamis. Perut sekarang sudah mula suka sakit-sakit, macam ado angin.

Friday, August 13, 2010

Happy Birthday to Muhammad Zul Fadhli


Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to you Fadhli...
Happy birthday to you...

Ucapan dari Aunty Ngah:

Adik dah besar, umur dah 4 tahun. Adik kena rajin pergi sekolah. Jangan nakal-nakal lagi. Sorry sebab Ngah tak jumpa la gambar cat yang sesuai untuk tempek kat sini.

p/s: Gambar ihsan dari Mr.Google engine search.

Ramadhan 2

Alhamdulillah, Mm berjaya berpuasa seperti biasa. Bb boy pun sporting dan Mm rasa dia tau apa erti berpuasa di bulan Ramadhan. So, semalam again berhenti di Bazar Ramadhan Semenyih. Kami beli:

murtabak ayam special = RM2 x 2keping = RM4
kuih Dd = RM1
kuih Mm = RM1
pecal = RM2.50
sayur masak air = RM2

Pagi ini telah terbukti pembaziran yang dilakukan Mm dan Dd. Kami telah membuang 1 murtabak, 2 bahagian ayam, sedikit tempe sambal, 1 kuih Dd...issshhh, pembaziran yang ketara.

p/s: Next time beli satu je tiap juadah!!

Thursday, August 12, 2010

Kisah 1 Ramadhan

La ni Mm dan Dd dah station kat Semenyih. Walau membayar mahal sewa di KL, Dd lagi happy station kat Semenyih. Mm ikut kan aje, sebab Mm menumpang kereta orang dan tak boleh banyak peel la kan!!

Since mak & ayah Mm takde kat Semenyih, kami yang dua orang ni telah membeli juadah berbuka puasa di bazar Semenyih. Ishh..ramai orang ditambah hujan renyai-renyai. Kami beli:

Ayam golek (katanya black paper) = RM17 seekor
Ikan kembung bakar = RM3 x 2 ekor = RM6
Nangka masak lemak = RM2
Rojak kangkung+sotong = RM4
Kuih kole kacang = RM1
Kuih apam manis aka cantik = RM0.80

Sampai ke sahur, hanya tinggal ikan kembung dan ayam. Itu pun masih berbaki. Tengoklah nafsu Mm terutamanya ketika bulan Ramadhan.

So, today ada jual lauk kat office. Aku pun membeli la...

Tempe+ikan bilis+ kentang masak sambal goreng = RM3
Paceri nenas 4 keping = RM4

Tapi...masih terasa nak minum air carrot susu dan strawberry Nestle Bliss. Lauk plak rasa tak lengkap tanpa sayur...haishhh, kuah pecal ada tapi sayurnya takde.

p/s: Gemuk la Mm kalau terus bernafsu besar camni!

Wednesday, August 11, 2010

Hari pertama berpuasa ketika bb boy berusia 36 minggu

Salam ramadhan semua. Hari ini of course aku puasa, aku memang semangat nak berpuasa. Puas sudah aku menerangkan kepada bb boy apa itu puasa dan kenapa kena berpuasa. Didikan awal aku pada bb boy.

Pagi tadi aku mengelat, heheheh....jam Dd bunyi-bunyi pukul 4.30am. Dd kejut dan aku kata ala...awak la panaskan lauk. Last-last kedua-dua kami tertido kembali. Terlajak? Tak mungkin sebab jam aku pulak bunyi pukul 4.45am. Kali ni Dd dah melompat, siap goyang-goyang kaki aku suruh bangun. Masih tetap degil dengan mengatakan lauk panaskan pakai microwave je dan yang best tu..I ngantuk la bang!!!

Bila dah siap hidang semua, taaaadaaaa...bangun la permaisuri Mm dengan muka tak malu makan siap bertambah-tambah. Pastu makan kurma 5 biji, susu EnfaMama segelas+oat, kuih cincin, minum air masak banyak-banyak dan makan ubat.

Tadi pukul 10am ada tanda-tanda perut nak lapar tapi cepat-cepat 'positive'kan minda. Alhamdulillah, masih bertahan sehingga tiba masa berbuka puasa. Cuma nape tetiba aku selesema ni? Habuk fail ke? Ish...

Nak tido time lunch, ni aje la masa aku nak tulis blog, buka FB, buka email, baca blog orang. Nak tapau lauk kat kantin, tak buka la plak. Habis tu nak buat apa? Baca PaMa ok gak tapi isu yang sama diulas. Dengar lagu macam tak berminat sebab pagi tadi dah layan kawan-kawan suruh pasang lagu raya.

p/s: Hum...seronoknya dapat berpuasa. Bb boy pun aktif gerak-gerak macam biasa, Alhamdulillah...

Tuesday, August 10, 2010

Masalah keputihan lagi

Cerita lama berulang kembali. Letih dah rasa tapi kebersihan perlu diutamakan dan ilmu yang ada perlu dikongsi bersama anda semua (skema ayat da...tp mmg tgh letih buat report da...).

Doctor mengesahkan masalah air kuning yang tetiba keluar itu berpunca daripada masalah keputihan. Hum...teruk kali ni aku kena yer...sampai sekarang aku masih mengalaminya!!

Ubat yang dibekalkan oleh doctor adalah ubat antibiotik, ubat yang perlu dimasukkan ke dalam private part dan sedikit amalan yang boleh membantu.

Sebaiknya rendam private part anda dengan air suam yang dicampur dengan sedikit garam. Rendam sehingga air suam menjadi sejuk.

Pastikan private part dalam keadaan bersih dan kering. Tiada alasan walau di mana anda berada.

p/s: Teruk kali ni kerana keputihan yg keluar dalam bentuk kepingan. Pity on me!!

Monday, August 9, 2010

Cornetto Mini

As mak buyong yang anggun lagi bergaya, apo aku cakap-cakap sure orang seboleh-bolehnya nak beri. Semua risau aku kempunan kot...tapi best betul la jadi mak buyong!

Latest bos M&E belanja makan-makan tapi pada hari berkenaan aku MC sebab a day before sembelit teruk + keputihan teruk!

Aku saja usik-usik minta ice cream, hum...bos bagi duit RM20 untuk beli ice cream. Al kisah sebab aku tak keluar mana-mana last Friday, kawan-kawan aku pun beli 3 kotak Cornetto Mini. Satu kotak ada 12 cone. Setakat ni aku dah telan 3 cone. Mmg best sampai batuk-batuk pun masih teringin nak makan lagi, dan lagi, dan lagi...

p/s: Aku tak kira, before puasa nak jugak gi KFC beli toasted twister sebab ada lagi voucher RM10 yang belum dihabiskan...hahahha

Friday, August 6, 2010

Check for 35 weeks

Well, kali ni jumpa doctor dengan perasaan yanag sangat berdebar-debar. Ni kes size bb boy smaller about 2 weeks dan kes melintang.

Since Dd keje, kami berjaya sampai ke klinik Doc. Hamid about 8.15 a.m. Kali ni jadi first patient. Berdebar...pukul 9 pun masih belum dipanggil-panggil! About 9.20 a.m. jumpa doctor. Biasalah, complaint kes gatal gila kat private part and cecair kuning yang tidak diketahui apakah ianya.

Then, scan. Cuak gak..takut kena pusing lagi..takut!!! Alhamdulillah, Mm syukur sangat bb boy punya size dah ikut minggu sepatutnya, tak delay 2 minggu lagi dah!! Tapi...masih melintang. Puas gak Dd pujuk dia move..move..move down..tapi masih maintain position yang dia minat.

So, doctor KIV cesarean. Mean, on 20 August 2010 doctor akan decide delivery camna base on bb boy condition & position. Mau aku tak cuak tapi aku berdoa aku dan bb boy selamat dan sihat semasa dan selepas proses kelahiran.

Owh...sesiapa yang berminat nak pergi klinik doctor Hamid, usah khuatir coz signage klinik dah ganti baru. Dan untuk bulan posa ni, klinik hanya buka disebelah pagi. Of course amalan dunia dan akhirat kena seimbang.

p/s: Insya allah bb boy akan disambut oleh doctor Hamid. I'll trust you doctor, base on your medical knowledge and Islamic knowledge! Well, aku kalau nak bersalin kat tempat mahal boleh aje tapi mahal lagi kreabiliti seorang doctor O&G bernama Hamid Arshat.

Wednesday, August 4, 2010

Dd hit a car this morning

Malang tak berbau...kalau berbau aku pun taknak dekat-dekat. Well, pagi ni hujan kan...dengan orang yang tak bersabar lebih ramai di jalan raya & orang awal tapi bangun lambat gara-gara sedap sangat tido...jalan sangat sesak dan ramai memilih untuk potong Q.

Kereta Dd tak bernasib baik pagi ni kerana dah langgar 1 buah kereta Vios. Langgar tu extream sangat bunyinya, mungkin lebih sesuai kita kata kereta Dd dah cium kereta Vios tu. Yelah, plat nombor kereta Dd aje yang pecah tanpa kemik mana-mana bahagian lain. Kereta Vios kan...takkan kemik cepat sangat kot kalau kena cium plat nombor.

Mangsa Vios kedua-duanya perempuan. Sibuk la dia membebel dekat Dd kenapa bawa kereta dekat sangat. Aku dok je dalam kereta kerana keadaan hujan sambil menyalin nombor kereta Vios. Pemerhatian aku takde apa pun tapi CALAR rupanya. Tapi kelakar plak bila pikir kembali gelagat 2 perempuan tu. Yang pemandu bercakap dengan Dd dan tak mau berhenti di tepi, habis orang marah-marah. Yang penumpang dok jerit marah-marah orang yang bising sebab kesesakan makin teruk di jalan tersebut. Baik pemandu atau penumpang Vios, sikit pun tak ambil nombor kereta Dd.

Tapi alhamdulillah, pemandu Vios lembut hatinya untuk menelefon Dd bagi menyelesaikan masalah tersebut. Lagipun, semua yang terlibat duduk di TPS.

Aku faham mereka wajar nak marah, yelah kereta yang kita bayar tiap-tiap bulan yakni melibatkan pelaburan yang besar. Pada aku, jika mereka meminta Dd bayar kos gosok & cat kembali, takde masalah. Tapi mana tau hangin taufan mana datang, dia minta tukar 1 bumper, yang ni kira dah melebih.....baik buat report polis & claim insurance. At least aku puas hati kena bayar saman kat polis kannnnn...

Ketika kejadian, nasib aku pakai tali keledar kereta. Perut aku sakit sikit la sebab rentapan. Biasanya aku pegang perut supaya tali keledar tak ganggu keselesaan bb boy. Tadi bb boy gerak-gerak nak tau apa yang terjadi...ku ceritakan "Dd hit a car this morning!".

p/s: Jangan lupa baca doa memandu kereta, paling-paling tidak berdoa keselamatan ketika memandu dalam bahasa sendiri.

Monday, August 2, 2010

Ahli PPTPS

Terkejut aku pagi ni tgk kat letter box umah mak ada tanda "Ahli PPTPS". Pulak tu bila perhati rumah kiri kanan takde plak tanda apa-apa. Then, sebagai orang yang penakut, aku pun habaq la kat Dd. Dd pun tukang perhati rumah-rumah sekeliling yang lain. Takde...ibarat lorong tu kami aje yang jadi ahli.

Hum..hairan aku. Tiap kali sesebuah perumahan itu cuba wujudkan security bagi menjamin keselamatan dan keharmonian perumahan, mesti ada yang tak JOIN. Murah je pun yuran bulanan, macam taman mak aku RM10/ month...macam kat Tmn Desa RM30/ month.

Masalahanya, kalau kaya...biasanya lagi kedekut, ada 3 biji Mercs pun blum tentu nak join tapi security tu tolong tgk umah dia jugak. Kalau keluarga yang middle income ni, mcam taknak berjiran pulak perangainya...laki bini yang bekerja tu!

Pikir-pikirkan...bukan senang nak dapat jiran yang BAGUS.

p/s: Semalam mak aku dah tegur anak jiran yang selamba curi pasu jiran sebelah rumah. Yang best tu, mak dia menyorok kat umah, bila mak aku marah..tetiba boleh bersuara halang anak dia dlm bahasa dia la. Logik ke???