Wednesday, June 30, 2010

Coklat

Siapa tak kenal coklat, makanan pemanis yang enak dimakan bila-bila sahaja. Bukan kumpulan coklat dari seberang Indonesia yea.

Aku memang suka makan coklat. Cakap sahaja jenis, perisa dan rupa...kebanyakkan aku dah pernah rasa. Aku tak memilih pun harga mahal atau murah, janji kena dengan selera aku.

Kali ni, aku ingin berkongsi sedikit panduan untuk meningkatkan size baby. Mengikut pengalaman kawan-kawan aku, jika size baby kecil, jangan khuatir atau rungsing. Apa yang perlu bakal ibu lakukan, MAKAN COKLAT. Kuantiti lebih kurang 1 bar = 1 hari. Tapi ini mungkin hanya sesuai untuk golongan yang tidak ada masalah kesihatan seperti obesiti, kencing manis dan sebagainya.

Aku akan mulakan experiment hari ni jugak. Dan akan berkongsi hasil experiment dengan anda semua dikeluaran akan datang (macam tulis buku/majalah la pulak).

p/s: Kesian hubby, gigi kena cabut. Tapi siapa suruh x-ray gigi tu, dah aku tak mau dekat-dekat takut ada radiasi transfer ke badan aku.

Tuesday, June 29, 2010

Handphone

Dah lama aku dipujuk oleh suami untuk membeli handphone baru, at least pakai sama dengan dia Blackberry. Tapi aku malas, sebab tiada keperluan melampau sampai tahap itu bagi kegunaan aku. Bukan sekadar ok tapi setiap benda yang aku ada mesti berfungsi pada tahap yang aku telah tetapkan.

Dan, sejak aku ter'busy' ni...aku telah berminat untuk membeli handphone yang ada fungsi video call. Dan husband aku senyap-senyap dah buat search sebab kami dua-dua nak kena ada fungsi ni demi kepentingan keluarga, yakni bb boy.


Dia dah propose untuk beli handphone iphone 4g ni. Setelah berbincang panjang lebar, kuruskan sikit skop-skop keperluan, nice to have to semua aku evaluate dan buang, akhirnya aku setuju. Sebab? Hehheheh...sebab boleh video call dan ...aku lupa la, yang streaming kalau dok jauh2 dan murah tu...penting la dalam anjakan berani mati aku dan suami demi keluarga ni.

Walau ada kemudahan free kat website, tapi kalau time tu terdesak, harap-harap gadget ni membantu aku. Sape nak beli handphone Blackberry suami aku nanti? Hehehheehh iklan kejap!!

p/s: Kempis poket waktu nak beli nanti...sekarang belum lagi la sebab belum ada di pasaran Msia lagi...

Notis dari TNB

Ini cerita realiti tau...rumah aku dapat notis potongan bekalan elektrik jika gagal pembayaran. Tak banyak pun nak kena bayar cuma RM109.00. Kesnya kerana aku sebagai pengurus akaun rumah tidak lagi menghiraukan bil-bil sejak aku keluar masuk hospital. Hubby aku sibuk dengan urusan office dan urusan aku. Ye la, aku bed rest kat Semenyih. Petang je aku dah merepek-repek tepon hubby balik tengok aku kat Semenyih. Malam je aku cerita tak boleh tido la, macam-macam cerita la aku reka supaya dia tido kat Semenyih. Pagi dia nak pegi kerja, mula la aku buat muka monyok + sedih.

Yang kelakar tu, semalam dengan muka selamba tak malu (kalau malu nanti elektrik kena potong kan..) minta kebenaran bos nak balik awal gi kedai tenaga di Jalan Klang Lama. Kawan-kawan aku ingat aku hutang sampai beribu, rupanya ciput je. Aku tak minat tengok tv, aircond pun untuk mula-mula tido aje, masak nasi pun tak, peti ais aku walau besar tapi energy saving tau...nak-nak pun komputer la penyumbang penggunaan terbanyak dari segi power consumption. Oleh kerana kedai tu tutup pukul 5 petang, so aku balik pun ngam-ngam untuk buat pembayaran kat kaunter dia. Disebabkan dah datang ajuh-jauh, aku buat pembayaran advance lagi, senang bagi pihak aku. Tak mau dah susah payah hanya kerana bil elektrik.

Macam biasa, penuh dengan umat manusia yang nak buat pembayaran. Giliran aku pada ketika itu adalah orang yang ke 28. Terdengarlah aku seorang pekerja mereka sendiri berkata yang kedai mereka pada hari itu dikunjungi ramai orang. Mau tak ramai, aku ibu mengandung pun kena berdiri sebab kerusi penuh. Nasib penjaga di situ memberi kerusi tambahan untuk aku duduk sementara menunggu giliran.

Dalam pada tu aku tengok, ramai yang bawak PINK form, sama cam aku. Maknanya bukan aku je kes lama tak bayar. Proses pembayaran di kaunter tidak mengambil masa yang terlalu lama. Tapi bukan senang yea nak dapat parking kereta kat situ, silap-silap kena saman pulak. Ruang menunggu yang sesak, itu belum cerita keadaan di luar premis yang penuh dengan motor di kaki lima sampai aku yang berbadan dua ni jalan pun berselisih side mirror motor. Yang aku paling tak faham kenapa nak simen tinggi laluan utama ke pintu kedai tenaga? Tak mesra pelanggan langsung, tak mesra OKU langsung.

Pandangan aku ikhlas. Dan aku terfikir, kena TNB tidak menggalakkan pelanggan membuat pembayaran online atau kaedah yang lebih mudah, yakni tak perlu nak datang kedai tenaga semata-mata nak buat pembayaran.

Ok, ambil contoh kes macam aku. Aku dikehendaki membuat pembayaran dan bekalan elektrik masih belum dipotong ketika pembayaran dibuat (sebab tarikh mereka nak potong ada 4 hari lagi). Adalah tidak logik di dalam notis terang-terang menyatakan pembayaran hanya boleh dilakukan di kedai tenaga yang telah dinyatakan di dalam surat sahaja. Bermaksud, pengurusan sendiri yang bertindak mengumpulkan pelanggan ramai-ramai untuk membuat pembayaran di kaunter. Kenapa tidak memberi opsyen kepada pelanggan, buat pembayaran online/pejabat pos/ etc, scan atau fax bukti pembayaran kepada kedai tenaga selewat-lewatnya sehari sebelum kerja potongan dilakukan , pengesahan daripada kedai tenaga kepada pelanggan melalui email atau phone. Kalau pelanggan tak jawab phone, tinggal voice mail. Maklum la, kita dah hidup di zaman canggih, maka kecanggihan itu digunakan untuk memberi manfaat kepada semua. Atau opsyen ke-2, datang ke kedai tenaga untuk tujuan settlement. Bukan menyusahkan lagi pelanggan. Cuba fikir, kalau pelanggan kena saman kerana parking, bukankah itu telah menambah beban kepada pelanggan. Mungkin pelanggan itu benar-benar di dalam kesusahan pada ketika itu, kita fikir lebih demi kebaikan bersama.

Pada aku, kes ini mungkin terpencil tetapi jika tiada tindakan segera diambil, bermakna tiada usaha untuk meningkatkan servis kepada pelanggan.

p/s: Hubby sakit perut pagi ni, tapi nak gak gi kerja. Petang nak gi jumpa doctor gigi pulak. Macam-macam hal..............

Monday, June 28, 2010

Cerita check up bulan ke 7

Macam biasa, walau ambil cuti pada 25 Jun 2010 untuk appointment jumpa Dr. Hamid, masih malas-malas nak bangun tido awal. Akhirnya, dah dekat pukul 8 baru kelam-kabut nak keluar dari rumah. Jalan dah jem plak...terkesot-kesot kereta di Jalan Klang Lama.

Owh...takde parking pulak. Hum..aku turun dulu dan buat pendaftaran di kaunter. No. 2 untuk hari tersebut, kira OK la tu. Lepas test air kencing, ambil tekanan darah, timbang...hahha berat 66 kg beb!!!

Pukul 09:15 pagi masuk bilik doktor. Dengan pakai mask di muka, doctor pun tahu aku baru baik demam. Bila scan, again pengesahan doctor Hamid baby ku lelaki, so nama Azizi tu boleh pakai yea bang...hehehh!! Heart beat ok, ish...ke jantung yang ok...dah tak ingat la mana satu statement doctor. Bila doctor ukur kepala, baby punya size kecil dari umur minggu dia. Patut size 29 minggu tapi jadi 27 minggu ++ sahaja. Hum...doctor kata mungkin effect size baby coz aku demam. Yea kot, selera aku biasa-biasa je...takde la lapor selalu. Berita baik, uri aku dah naik, cuma baby blum pusing turun ke kedudukan sepatutnya. Aku tau kepala dia masih di perut kanan aku, dan dia merajuk hari Jumaat & Sabtu lepas ekoran cerita hal dia banyak sangat. Ke dia takut sebab tak kenal suara nenek Milah, busu Kiah, Arif, Acap kat Melaka? Ish...tak terpikir oleh fikiran aku ni!

Doctor bagi supplement tambahan untuk ensure selera aku kembali ke asal. So dapat la tambahan ubat seharian yang aku kena makan. Again, semua kos perubatan aku ditanggung oleh company husband aku, TQ sesangat. I sign je....hehehheh.

Tapi aku tanya doctor satu soalan, betul ke minum atau ambil tablet susu kambing boleh mencegah baby lahir nanti dari kena demam kuning? Doctor hanya tersenyum dan berkata tiada kajian khas pernah dilakukan.

Mak aku kata, zaman 70an dulu, doctor dia menyarankan untuk tidak terlalu mengambil ubat-ubatan kerana boleh menyebabkan baby kena demam kuning.

Pantang orang tua-tua, elakkan penggunaan warna kuning kepada baby baru lahir.

Kak Su pula kata aku harus elakkan pemakanan berunsur warna kuning dan merah untuk elakkan anak kena kuning.

Kak Ina pula menyarakan aku makan sengkuang untuk elakkan baby kena demam kuning bila lahir.

Forum-forum kata makan tablet susu kambing membantu anak dia tak kena kuning.

En Shukri kata sebelum bersalin, cari susu kambing dan minum bagi mengelakkan baby kena kuning.

Kesimpulannya, fikir cara terbaik berdasarkan kesihatan anda. Tak semua yang sesuai kat orang, sesuai kat kita. Tak semua yang tak sesuai kat orang, tak sesuai kat kita. Cuma, berhati-hati terhadap pengambilan yang ibu-ibu ambil yea.

p/s: Perut dah munyik-munyik lapar...

Thursday, June 24, 2010

Esok cuti rehat

Bunyi macam best nak raya jer...hahahah...cuti nak pergi check up. Esok appointment dengan doktor Hamid pukul 9.00 pagi. Banyak nak tanya doktor, harap-harap ada jawapan kepada semua soalan aku tu termasuklah:

1) Stem Blood
2) 4D scan
3) hospital untuk bersalin

Oh..kalau cepat smp umah, aku nak bayar duit maintenance. Berhabuk kertas sebab lama dah tak byr...

Dan aku nak kena bayar yuran UTM jugak..aduuuss, mana nak korek duit ni!!!

Wednesday, June 23, 2010

Stokin


Satu kemestian aku ke pejabat berstokin nipis (skin colour) dan court shoe hitam. Tapi pagi ni satu kejadian telah berlaku. Aku tidak berstokin ke pejabat. Bukan sebab stokin aku tak dibasuh, basah atau hilang tetapi ianya gara-gara tukang pakaikan stokin pergi kerja awal.
Dahsyatkan aku, siap ada tukang pakaikan stokin. Hahhaha...gedik betul aku ni!! Sebenarnya sejak 3 bulan lepas, aku dah tak berupaya nak sarung sendiri stokin ke kaki yang comel tu. Akhirnya, aku telah melantik hubby sebagai tukang pakai stokin. Hehehehhe...
Walau aku puas buat muka mencuka, tukang pakai stokin nak juga awal ke opis. Haiyaa...maka tak pakai stokin la aku hari ni...
Kepada tukang pakai stokin,
Saya dengan rendah diri mengucapkan terima kasih kerana anda tanpa gagal melayan karenah saya nak jugak berstokin ke pejabat. Walau awak busy, pastikan awak benar-benar busy kat opis ye..saya tak mau dengar ada gosip lain pasal awak. Kalau tak saya upah bb boy karate awak!!

Tuesday, June 22, 2010

Kereta

Owh..owh..bila nak beli kereta ni? Ala, aku target nak beli kereta MYVi ni je..kecil, comel, compact dan mudah ke mana sahaja. Even nak gi Kelantan makan nasi kerabu pun lepas tau!!

Ha..mengata aku la tu. Suka hati aku la nak pakai kereta apa, aku punya duit aku punya suka. Lagi pun kereta saiz besar biar la hubby aku yang beli. Tapi nanti berebut gak nak bawak kereta kecil sebab senang nak parking. Akhirnya aku gak yang glamour bawak kereta besar ke sana sini. Kihkihkihkihkkih...




Ikut hati, nak aje aku beli kereta kat bawah ni. So handsome, like lion...ahhahahahah! Tapi kalau aku beli banyak kemungkinan akan berlaku seperti tak gerak-gerak kereta ni sebab:

1) tuan punya tak cukup duit nak isi minyak,

2) silap-silap ada org tuduh aku ambil bribe,

3) aku kan pemandu berhemah, org kalau bawak keter ni sure pecut..ishhh, risau pulak...

So, tak jadi la aku beli walau aku cakap dengan husband ni je hadiah aku nak untuk hari jadi aku tahun ni, hehhehehehheh. Antara sebab aku tak mau pakai kereta ni adalah:

1) Cam kereta K'Ros la pulak...ampun K'Ros, i usik u je!!

2) Kereta ni kalau dibeli pun kereta hubby aku, aku dok tepi je pegang bb boy...hehheheh

Tapi, best gak kalau aku pakai kereta ni sebab:

1) Aku boleh parking merata-rata cam orang pakai kereta besar yang lain, tak kena clamp, tak kena saman, tak kena marah...siap org respect lagi tu!!

Moral of the story, lu pikir la sendiri!!

p/s: Aku baru terjaga dari lena yang panjang....hahahah

Monday, June 21, 2010

Ingatan

Tadi sebelum meeting bermula, aku duduk berhampiran dengan sekumpulan umat yang amat suka mendalami ilmu, baik dunia dan akhirat. Alhamdulillah, aku jua mendapat manfaat atas cerita mereka.





Pernah dengar umrah @ haji? Semestinya nama itu bukan asing ditelinga kita. Terdengarlah aku yang jika kita ingin ke Mekah dengan tenang, waktunya adalah sebaik sahaja selesai Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Korban, tapi waktu ni bukan dipanggil Umrah yea, dipanggil Ziarah. Tetapi seronok jika kita berpeluang berpuasa di bulan Ramadhan.

Untuk sesi Ziarah, tak banyak agent yang diberi kebenaran untuk menguruskan jemaah ke sana. Ada 3 agent sahaja buat masa ini.

Terdetiklah dihatiku untuk mengajak suami tercinta ke sana. Yea, kata-kata mak berkumandang di telinga aku. "Lepas ni, setelah banyak hajat telah dikurniakan oleh Allah, boleh la kamu berdua ke Mekah. Anak biar mak jaga. Tak lama pun, dalam 2 minggu sahaja."

Cerita kali ini lain benar berbekas di hati. Kenapa yea?

1) Sanggupkah aku meninggalkan keseronokan dunia dengan mendahulukan perjalanan ke Mekah?

2) Sanggupkah aku membiarkan 'Azizi'ku dalam jagaan ibuku sementelah dia adalah amanah yang terhebat kepada kami suami isteri, untuk 2 minggu itu?

3) Panggilan Allah itu jelas & tiada paksaan ke atas aku...

4) Panggilan ini akan lebih berbekas dihati jika niat 'hijrah' suamiku tercapai, yang aku yakin tercapai...itu bisikan hatiku dari dahulu lagi jika suami tercinta ingin 'berhijrah'.

p/s: Insya-Allah, tiap rezeki itu datangnya daripada Allah. Aku yakin!

Sunday, June 20, 2010

Happy Father's Day

Hari ni father's day la beb. Semalm time jalan-jalan kat Mid Valley, sempat singgah tengok card. Sambil mengusik husband, dia tersengih je...ye la next year i akan sign & baby chop jari kat kad tu yea...!!

Hari ni beli kek 0.5kg untuk ayah. So, aku nak wish gak Happy Father's Day to:

1) Ibrahim bin Jasmon
2) Mohd Azali bin Ibrahim
3) Zulkifli bin Maspang - Happy Convo Day gakk!!! Class gitu...
4) Fathers lain-lain yang berada di mana jua...

p/s: Ayah aku kata banyak sangat 'Day' yang nak kena ingat rupanya...!!

Friday, June 18, 2010

Sakit tekak

Serious wei...aku tgh tak sihat badan ni. Antibodi too low plak tetiba. Ke aku yang tak cukup rest? Kena buat homework & stay up sampai pukul 1 pagi. Then bangun balik pukul 5 pagi untuk print homework. Huhuhuh...

Tekak start smlm sakit gila. Pukul 6 adik ambil terus ke klinik. Doctor sahkan tekak dah merah dan keadaan kesihatan mengarah untuk kena demam. Suhu bila doctor check 37. Hidung ada hingus berwarna kuning. Batuk kadang-kadang je. Tapi aku rasa badan ni panas dalam, memang tak selesa.

Atas nasihat doctor, aku kena stay jauh-jauh dari orang yang bersin, batuk dan selesema terutama yang tak reti tutup mulut dan hidung dia. Since kat opis banyak yang tgh tak sihat, doc nasihatkan untuk pakai mask.

Balik umah aku pun tido sambil tuam kepala sendiri. Minum air maintain banyak kan....tapi bila dah tido nyenyak lebih 3 jam tanpa ambil air, bangun tu rasa tekak ni sakit gila. Tapi suhu kepala normal, suhu hidung ni ha...adoiiii!!

p/s: Hari ni masih datang opis, insya-allah aku sihat cuma aku tak boleh banyak masa spent utk pikir aku tak sihat. Bekalan air aku pun untuk hari ini melebihi 2 liter. Positive thinking, aku akan sihat hari ini.

Wednesday, June 16, 2010

Kisah pembuangan

Uhuuukk..uhuuukk..zaman orang batuk dan tak reti nak tutup mulut. Ish, geram pun ada tapi karang buat gaduh pulak kalau aku sound.

Baru aje lepas membuang di opis. Rupanya sekarang ni kalau nak buang dah takde style sakit perut, dok je kat jamban tu then keluar la hasilnya. Tapi dah dua malam stop pakai ubat yang dimasukkan ke anus, jadi tadi rasa sakit tapi no bleeding key. Positive sign! Harap keadaan kesihatan aku beransur pulih seperti sedia kala, amin.

Tapi memang betul la...kena banyak minum air dan makan prune. Nape? Hasil pembuangan pun colour lain. Aku tau la tak elok tgk hasil pembuangan tapi kalau dah sakit cam aku ni, ada korang tak nak ambil kisah semua itu? Ketuk karang baru tau!!!

p/s: Minum air banyak-banyak tp setiap 30mins sure ke toilet!!

Tuesday, June 15, 2010

Owhhhh...assignment!!

Mata aku ngantuk tp kerja belum siap. Badan aku pun dah letih tp kerja belum siap. Betul mcm pic di atas sahaja keadaan diri aku. Tapi kena bersemangat...yea...bersemangat!!

Monday, June 14, 2010

comel nyer dia....!!

Gambar ni aku jumpa time surf dalam Google Image, terima kasih Google. Sangat beremosi gambar ni pada aku, sebagaimana emosi aku untuk mendapat seorang zuriat. Dan gambar ni telah menjadi desktop background aku semenjak aku jumpa pic ini.

Aku selalu cakap "comel-tomei la baby" di pagi hari tiap kali on computer di pejabat. Dan mengulanginya jika berkesempatan di antara kesibukan kerja-kerja yang harus dibereskan.

p/s: Nak ambil pic pose mcm ni nanti tau hubby!!

Anniversary yang penuh dengan cerita...

Suka-suki je nak story-mory kat sini hal ni. Nak wat camna, hubby aku too busy nak buat cerita sensasi ni. Dengar aje la aku membebel sebab pic semua kat hubby.

Kami akhirnya telah menghabiskan masa makan malam di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Ala, yang kat KL Sentral tu. Memang aku suka sangat malam tu, sebab everything happening. Baru la tau nape semua orang tergila-gila dok kat Hilton.

Makanan sedap, ada live music plak tgh makan tu. Layanan superb, siap aku nak gi washroom nak tolong tunjuk arah. Aku demand lagi tak mau naik tangga, akhirnya aku lalu di tengah bilik gim yang penuh dengan orang (hehheheh...malu gila tau waktu ni tp dah darurat nak buang air kecil). Dan dihujung itu, kami telah diberi satu biji kek coklat, sedap wei...hingga menjilat jari (memang aku makan pakai tangan pun, biar la buruk lantak pun janji sedap). Sebelum tu aku dah lari dari meja makan sebab ada seorang mamat Jepun ni dah mabuk. Sebelum aku kena pelengkung, baik aku lari....hahahhahah...

Kek coklat yang very delicious tu adalah hadiah dari mereka sempena anniversary aku & hubby. Jangan jealous....hahahhahahahh! Dan sebenarnya aku baru sahaja cakap dengan husband nak makan kek kat coffee house bawah sebab kek dia sedap-sedap je aku tengok, kira dah goda aku untuk ambil & rasa dia. Sekali dapat makan terus kat atas. Kek ni tak masuk set makanan yang kitaorang order yea. So, minta sangat jgn jealous kat aku!!!

p/s: Hubby next year jangan lupa yea...tapi kena indoor tau!!

Sunday, June 13, 2010

Picture of me....

Picture ni diambil oleh adik aku pada 26 Mei 2010 pagi sebelum ke tempat kerja. Dan aku kena bersetuju dengan hubby kerana aku sekarang memang rajin buat aksi mulut tah apa-apa. Jangan bb boy follow sudah. Time ni dah 6 bulan preggy.

p/s: Leher, ketiak dah ada tanda hitam-hitam, org kata alahan. Mmg gatal kalau berpeluh dan aku dah potong rambut supaya tak rimas dengan keadaan itu!!

Friday, June 11, 2010

Buasir

Hari ini aku nekad ke klinik Dinamik (klinik yg aku selesa kunjungi sbb advice doc bagus, termasuk ubat yg diberikan).

Macam aku story before this, aku rasa pedih selepas membuang air besar. Alkisah risau sembelit ketika training, rupanya balik opis aku kena BUASIR.

Mengikut doc, aku kena buasir peringkat pertama. Kesemuanya ada 4 peringkat. Peringkat aku ni hanya bengkak di bahagian dalam anus but still ada darah. Peringkat 2 ketika membuang buasir keluar dan sesudah membuang dia masuk kembali sendiri. Peringkat 3 dia keluar tapi anda sendiri kena tolak masuk sesudah membuang. Peringkat 4 kekal di luar anus.

Bagi preggy mama, buasir/ sembelit normal kerana tekanan ke bawah yg dialami. Tapi doc mengingatkan, slps bersalin pun boleh lagi kejadian ini berulang. Sambil gelak-gelak, doc kata saya memberikan maklumat benar dan berharap awak bersedia.

Well, solutionnya adalah makanan kaya fiber seperti buah-buahan. Pisang, betik, etc. Info bagus yang doc bagi berkenaan buah prune. Sifat prune bukan mcm buah-buahan lain yang kalau kita makan akan membuat 'tercirit'. Prune mempunyai fiber yang baik dimana akan meliputi/duduk di antara hasil buangan kita. Ini bermakna hasil buangan kita lebih lembut. Bila lembut, tidak menyakitkan dinding anus hingga menyebabkan terluka.

Banyak gak ubat doc bagi dari ubat sapu, ubat peluru, ubat cecair jernih manis yg melembutkan hasil buangan dan ubat pil (yang ni confirm aku tak makan).

Selain itu, hasil bacaan aku, kita kena minum air minimum 3 liter sehari. Sure confirm ulang alik toilet lebih kerap. Tak boleh duduk terlalu lama, berdiri terlalu lama.

p/s: camna aku nak hangkut 3 liter air ke opis?

Thursday, June 10, 2010

Thank you my dearest bb boy

Lately, aku rasa very happy! Nape? Sssssshhhhhhhhhhhh...my hubby pun tak tau story ni coz dia malam-malam pening tgk aku mengaduh sakit punggung.

Starting this week, aku boleh feel heart beat bb boy. Owhhh...so touching. Kadang tu dia akan buat action pusing dan gerakan bebas. Kadang tu aku rasa dia buat latihan pernafasan. Memang aku excited sebab buku hubby beli tu jelas menceritakan aktiviti bb buat mengikut minggu dan apa kita akan rasa as mother.

Thanks bb boy. Mummy really appreciated it!!

Sembelit lagi & gula

Dalam aku kerisauan semasa training boleh dpt sembelit, aku dalam keadaan normal. Tiap hari membuang tanpa masalah.

Minggu ni, dalam 4 hari aku baru sahaja membuang sebanyak 2 kali. Tiap kali membuang, masa yang lama pulak tu diambil. Bb pun boring kot tunggu aku, aku boleh ckp sabar aje lah.

Tinggalkan kes sembelit, kita ke berita seterusnya.

Aku terpanggil untuk membuat ulasan berkenaan isu gula. Ala, gula pasir, gula putih, couster sugar...apa aje la yang korang panggil. Mula tu mak mertua aku kata gula di pantai timur susah nak dapat, siap minta anak-anaknya yg bekerja di KL beli dan bawa pulang untuk kenduri. Aku lihat keperluan untuk kenduri tak la banyak mana kerana gula sebagai pemanis sahaja fungsinya dalam air & kuih-muih.

Bila aku ke kedai, aku pun membeli 1kg gula putih sebab di rumah bekalan gula dah habis. Aku rasa pek 1kg itu adalah pek ke-2 aku beli dalam tahun ni. Korang memang akan kata aku duduk 2 orang so penggunaan gula kurang. Atau korang boleh juga cakap aku tak rajin memasak, sebab tu keperluan gula aku kurang.

Yang sebenarnya, kita sebagai pengguna kena berubah. Ubah cara berfikir, ubah cara pemakanan, ubah gaya hidup. Cuba cakap kat diri sendiri,
  • gula tu kalau ambil secara berlebihan akan membunuh kita,
  • gula membawa pelbagai penyakit bahaya seperti kencing manis, kegemukkan
  • gula membuat hidup kita tidak sihat

Bukan langsung tak boleh pakai gula, KURANGkan...faham tak...KURANGkan!! Siapa yang kuat makan nasi, sila ingat dalam nasi dah ada gula. Cuba kunyah nasi tu betul-betul, ada rasa manis. Kalau korang rajin makan gula, lama-lama organ hati korang pun dah tak rajin nak proses gula tu lagi.

Rumah aku sebenarnya banyak pakai susu. Kami pakai susu rendah lemak. Minimum 4 kotak sebulan. Aku beli susu pekat pun jika parent in law aku nak datang. Dulu, suami aku mungkin kuat gula juga. Tapi atas dorongan ayah aku, dia sekarang dah kurangkan gula. Tiap kali aku buat air, sure dia kata manis. So, aku masih MANIS berbanding dia yang TAWAR.

Ni kata-kata ayah aku:

Kehidupan di usia emas adalah mahal berbanding usia muda. Beringatlah ketika muda, berpada-pada ketika makan. Jangan kita seronok makan manis ketika muda dan terpaksa berpantang ketika usia emas. Apakah keseronokkan yang kita dapat dalam kehidupan jika sebegitu rupa? Ingat, ubat-ubatan ketika usia emas adalah mahal-mahal belaka. Jika kita hidup setakat umur 65tahun, kita tidak menyusahkan sesiapa tetapi jika kita hidup sehingga 100 tahun, bagaimana?

p/s: Sibuk minum susu Enfa Mama sekarang ni!!

Monday, June 7, 2010

Beg galas DEUTER

Semalam hubby ku memberitahu,

H: Beg ni mahal la sayang!!
A: Mau gak beli, nak panjat bukit/gunung senang. Sleeping beg dah ada. Kasut nak beli 2, satu untuk lari dan satu untuk panjat-memanjat.
H: Bila nak beli?
A: Lepas bersalin. Ada berani nak join?
H: Dulu I ajak tak mau, la ni nak pulak time I dah pencen.
A: Dulu lain, sekarang WAJIB.

p/s: Sesungguhnya, air bah telah merubah aku! Hihihiihihhhhiii....

Cerita percutian Spain...

Ha??? Mak kena copek kat Spain, Euro 500 hilang bersama dompet!! Belum apa-apa lagi dah hilang duit. Sangat profesional sebab susunan barang dalam beg masih sama dan yang best dompet di bawah sekali & ditindih kain sembahyang. Tapi ulasan ringkas aku:
  • dari nak bawa handbag bertukar ke beg galas,
  • dari boleh simpan duit ditempat selain dompet, mak ambil keputusan longgok semua 1 tempat
  • careless
  • semuanya ketentuan Allah
Sebelum pergi, mak selalu bising ayah suka buka wallet di hadapan orang. Sibuk la dia nak buat itu ini untuk ayah & diri sendiri. Tapi, akibat kesibukan urusan seharian, mak melupakan niat untuk projek diri sendiri. Aku rasa mak sibuk buat bantal untuk anak-anaknya, termasuk bantal aku.

Dalam ketiadaan duit, mak masih beli buah peach aku. TQ mak...walau mak hilang EURO 500, adik tetap masih ada mak sampai saat ni, takpe...yang penting mak sihat dan selamat pulang ke Malaysia.

p/s: Dan kepada sesiapa yang nak ke EURO, pastikan anda lebih berhati-hati. Pencopek mereka sememangnya PROFESSIONAL tahap tinggi.