Tuesday, December 30, 2014

Abang baby....eh, salah la sepatutnya Abang adik

Alhamdulillah, syukur diberikan rezeki untuk menambah bilangan ahli keluarga kami. Doakan Mm selamat mengandung 9 bulan dan melahirkan seorang baby pada bulan 7 nanti.

Konsep abang telah diterap dalam diri Azizi. Walau kadang kala mengusik dia dengan panggilan baby besar, dia cepat tangkap dia abang tapi bunyi gak baby mama hujung2 tu.

Dan dia masih kata Abang baby...penat ajar abang adik...abang adik...

Thursday, December 18, 2014

Progress Speech

Alhamdulillah, Allah Maha Membantu dalam setiap ujian yang diberikan kepada kita. Sebaik-baik perancangan kita, selain usaha yang cekal dan konsisten, kena iringi doa memohon bantuan daripada Nya.
 
Dulu Mm pernah cerita yang kami membawa Azizi ke sesi theraphy di PHKL setiap hari Sabtu untuk dianalisis oleh Ms Goo. Klik sini untuk baca kisah dulu.
 
Antara yang diajar kepada Mm dalam berbicara dengan Azizi:
 
1) bila bercakap guna ayat pendek-pendek, seperti lori bawa tanah, nak minum air
 
2) bila bercakap guna nada perlahan, jangan cakap laju-laju
 
3) kena target perkataan baru nak nak diintroduce kepada Azizi, contoh minggu ni nak ajar ayat makan, kita kena tunjukkan perbuatan makan, ulang perkataan tu hingga dia faham makan tu apa
 
4) rajin-rajin ulang perkataan tu dalam perbualan
 
Selepas 13 sesi bersama Ms Goo, akhirnya Ms Goo relakan Azizi untuk ke sesi therapy selang 2 minggu sekali. Big achievement untuk Azizi sebab, mulut dia mmg meriah sekarang, kalau main permainan baru, dia akan main function permainan tersebut dan menyebut perkataan yang betul. Cuma kena bantu Azizi buat ayat. Contoh bila dia sebut baby, kita pula sebut baby kecil atau kaki baby. tambah perkataan di depan atau belakang perkataan yang dia sebut.
 
Mungkin progress Azizi agak bagus kerana kita hantar dia bersosial di sekolah bermula awal tahun 2014 sehingga sekarang. Cuti sekolah tapi Mm subscribe untuk kelas khas, ala pergi main-main je.
 
Walawei...mmg la banjir, tapi untuk kebaikan dia. Siap melalak, mula tu dia yang tukang tutup pintu sekolah sambil menangis, kemudian pandai tak nak naik sekolah. Harus pergi untuk bersosial. Sampai sekolah, kejap je menangis domba tu. Petang ambil dia, mmg siap mandi bagai. Degil suka tahan kencing.
 
Tapi memang dia dah pandai buat kerja orang umur 4 tahun...hahhaha..terkejut Dd semalam bila anak dia pandai panjat kerusi nak tutup langsir. Jgn emo Dd, dia buat perkara normal untuk budak umur 4 tahun.
 
Mengikut perancangan, mcm nak bawa Azizi pergi tgk binatang minggu depan. Mm dan Dd cuti. Tgk dulu, sama ada zoo, aquaria atau tmn haiwan kat area Equine. Mmg nak buat exclusive bonding time bertiga. Kita set goal nak bykkan lagi perkataan baru. Ini pun cadangan Ms Goo, supaya new experience membawa kebaikan kepada Azizi.

Monday, December 8, 2014

Mummy minta maaf

Sesuatu yang ditunggu dan positive telah berlaku. Itulah yang terbaik demi Azizi.
 
Namun, dek amarah diri, Mummy gagal kawal emosi. Last weekend mmg Azizi kena.
Mummy minta maaf. Mummy sayang Azizi
 
Sepatutnya Mummy kena larikan diri Mummy sebentar. Padahal dulu takde jadi isu pun kat mata Mummy.
 
Time to change and readjust balik emosi tua Mummy yang swing-swing.
 
Azizi, Mummy minta maaf. Mummy sayang Azizi.
(baca dalam mode sedih sambil leleh air mata)

Monday, November 17, 2014

Asthma

Rentetan sakit batuk Azizi blum pulih sepenuhnya, Mm buat keputusan nekad bawa semula Azizi ke klinik. Doktor sahkan yang Azizi bukan kena batuk biasa, bronchitis, allergy tapi ASTHMA. Bunyi yang mengganggu telinga doktor bila Azizi bernafas.
 
Of course as mummy, perkara ini ibarat memukul gong betul di telinga!!! Plus...yang ada maid kat rumah tu jugak adalah disebabkan nak elak penyakit berkairan selesema dan batuk dalam diri Azizi.
 
Pandang muka Azizi, pandang muka doktor, ulang tanya semula kes Azizi...yelah, makan la ubat Singulair 14 hari berturut-turut dan Salbutamol Syrup 5 hari lagi. Tapi boleh pergi sekolah as usual.
 
Keluar bilik doktor, terus WA Dd. Terkejut dia tapi faced reality gitu. So, Mm discipline diri bancuh ubat untuk Azizi setiap hari, spray hidung sebelum tidur malam dan pakai minyak panas kat dada.
 
If possible, mmg tak suka untuk beri dia ubat tiap hari, biar antibodi lawan sendiri. Tapi sakit berlarutan. Sabar dan terus berdoa.
 
After 14 days, jumpa semula doktor. Alhamdulillah, ketika doktor check tekak didapati hingus meleleh dari hidung ke tekak. Jadi Azizi bukan kena sakit asthma. Atas faktor cuaca yang tidak menentu ketika itu sehingga awal tahun depan (dijangka), maka dijangka Azizi akan terus selesema dan batuk. Selain itu, doktor nasihatkan Mm stop ubat Singulair dan monitor tahap selesema dan batuk Azizi untuk 5 hari. Sekiranya keadaan makan/ tidak makan adalah sama maka boleh stop ubat Singulair. Andainya worst seperti sampai terganggu tidur malam dan sebagainya, maka kena sambung ubat Singulair another 14 days. Cara therapy yg tepuk belakang tu yg paling afdal untuk buat sbb Azizi tak pandai spit kahak keluar dari mulut.
 
Pemerhatian Mm, Azizi survive tanpa ubat. Still selesema dan batuk tapi tidak sampai terganggu tidur malam, bernafas, makan dan aktif seperti biasa.
 
Cuma baru-baru ni, 15-11-14 speech therapy tanya kenapa Azizi masih batuk? Sebab batuk mengganggu kelancaran Azizi untuk bertutur. Maka, dengan berat hati sbb taknak Azizi terus berkeadaan selesema dan batuk, Mm terpaksa bagi semula Zytec selama 14 hari dan spray hidung.
 
Rasa macam nak bagi ubat cair kahak, tgk la camna...karang muntah-muntah satu rumah plak. Plus nak beli air purifier untuk ruang tamu/ ruang bilik tidur.   

Thursday, October 9, 2014

Batuk di usia 4 tahun

Pelik tapi benar yang Azizi hanya kena penyakit batuk yang serius pada usia 4 tahun. Tahap batuk berkahak, lendir di kerongkong dan sukar bernafas. Bila tidur, confirm tidur tak lena. Pastu menangis atau merengek.

Kesihatan Azizi sebelum ini memuaskan, ada kala demam selesema jugak, kekerapan kurang sebab duduk rumah. Jadi bila dah mula ke sekolah, pelbagai bakteria/ virus ada disekeliling. Kalau batuk sikit2 tu mmg Mm tak kasi makan ubat, suruh antibodi lawan sendiri (sesuka hati Mm je kan, Mm plak jadi doc lps jmp doc).

Mula tu masih berdegil tak nak kasi makan ubat batuk, tapi bila hari ke 3 masih tak settle, jumpa doc Afifah dan advice seperti berikut:

Pagi - makan ubat selesema dan batuk jenis iridin

Malam - makan ubat selesema, ubat batuk jenis subatumol dan spray hidung (block hidung time tidur)

Soalan Mm kepada doc Afifah, memandangkan Azizi ni liat tak suka makan ubat, antara semua ubat yang mana priority no. 1 kena makan? Jawapan doc adalah ubat selesema. Hehheheh....mudah je sebab ubat selesema tu takde perasa, dulu lagi best doctor bagi yg titik2 je....mudah sesangat nak handle!

Mm ni mmg setuju dgn doc Afifah, malas nak intro antibiotik sbb kes Azizi susah nak telan ubat. Kuasa nak gaduh-gaduh, dah la sakit buat stress je. Hhahahahha...

Bila dah teratur cara makan minum ubat, baru la lega hidung tekak Azizi. Bonus point walau Azizi sakit tapi paru-paru dia clear, alhamdulillah. 

Sebenarnya, dalam kes terdahulu Azizi selesema jenis tersumbat kat hidung tapi lendir tu tak jatuh ke belakang yakni tak kena batuk. Dalam kes sekarang, hidung tersumbat dan lendir meleleh ke belakang maka wujud la batuk smp tidur malam terganggu (Mm dan Dd pun tidur terganggu tau).

Kalau macam ni, baik la lendir keluar ke depan, lambat keluar tolong sedut. Geli? Pakai alat la dear...doc Afifah pun tak advice kalau pakai mulut, lagi buat bakteria mana plak hadir. Tapi....kalau takde hingus, korang main sedut-sedut boleh berdarah tau...maka dicadangkan buat jika hingus mengalir keluar dari lubang hidung anak-anak.

Wednesday, October 1, 2014

Cabaran potty training di usia 4 tahun

Mm consider ibu muda la jugak dalam membesarkan Azizi. Dalam hal potty training ni, sememangnya Mm dah pernah cuba 1x, mmg ada terbabas sana sini...atas karpet atuk lagi...tapi it's not working at that point of time. Kenapa?

1. Azizi sendiri yang no no no..
2. Ketika tu buat tak sepenuh hati..on off on off..last2 sarung lampin semula hehehheheh...

Sebenarnya, bila tiba 3 tahun, anak kita mmg berperangai tidak bersedia. Namun kalau kita tidak bertindak, dia mmg tidak akan bersedia smp bila-bila. Kita perlu sedarkan dia, bangun wahai anak, potty training adalah fasa baru untuk mendewasakan diri anak. Bukan keluarga kejam tapi proses pembesaran selaras dengan peningkatan usia.

Maka, bila doktor menggesa supaya ajar potty training, bila seorang doktor juga berkata demikian dan akhirnya bila seorang therapist juga masih berkata demikian, Mm bertindak extream, kata Dd. Percayalah Azizi, Mm takkan cederakan awak. Mm sayang sangat kat awak. Mm peluk Azizi kuat-kuat dan berkata, Mm tau Azizi susah hati, Mm sayang Azizi. Azizi kuat, Azizi baik, Mm akan bantu Azizi, kita sama-sama melalui saat itu.

Keperluan asas: carpet rumah digulung, bilik air available all the time, seluar ganti mencukupi, kain lap/ mop sentiasa bersedia untuk berkhidmat, sihat tubuh badan (hehheheh..)

13 September 2014, Sabtu, hari pertama dilalui dalam suasana tegang. Mm dan Dd tersependapat. Mmg bocor sana sini. Azizi pun kelihatan agak letih. Namun Mm berani mati bagi je Azizi minum air banyak-banyak. Biar dia rasa nak kucil selalu, perasaan itu normal. Tidak reti cakap nak kencing, tapi nak berak pandai plak. So mmg berak dalam bilik air maka tiada timbul masalah. Pakai Mamy Poko bila Azizi dah tertidur di malam hari sahaja. Still bangun pagi Mamy Poko kering. Terus bawa ke bilik air.

Minggu pertama kebetulan cuti sekolah, agak mudah sbb bibik kat rumah la tukang lap segala. Mm dan Dd ke pejabat. Mmg tidur petang sentiasa bocor. Di pintu bilik air, Mm sediakan kerusi kecil untuk Azizi panjat petik suis lampu bilik air. Tombol pintu dia dah pandai pulas untuk buka. Seluar pun cari yang mudah untuk dilondehkan aka seluar pakai getah kat pinggang je.

Minggu kedua adalah kembali semula ke sekolah, Mm cemas. Habis sms cikgu segala. Cikgu kata azizi tak nak kencing kat sekolah...cemas...cemas...masih terbocor ketika tidur petang. Malam masih gigih bangun pakaikan Mamy Poko, katil baru tu...karang ada org lain yg meraung.

Minggu ketiga azizi dah 100% Mamy Poko less, insya Allah. Dah pandai sebut basah, menunjukkan dia dah rasa nak ke bilik air. 

Dan pagi tadi, pukul 5 pagi dia menyebut basah, Mm terus raba katil dan kemudian angkat dia ke bilik air dalam samar subuh pagi. Dia nak kencing. Alhamdulillah, Azizi dah makin besar.

Yea..mungkin terlambat tapi hasil lebih memuaskan. Kenapa yakin berkata begitu? In 2 week times, he survived and managed untuk menyatakan hasrat ke bilik air. Big achievement untuk budak umur 4 tahun.

Namun, ada cerita kelakar di tandas awam. Kalau ke PHKL, agak mudah. Kalau ke shopping complex mesti haru. Mm kena byk belajar lagi nak handle situasi di tempat awam.

Tips: Bawa je Mamy Poko kalau travel ke mana-mana, hatta balik kampung. Buat nak kencing kat tgh kesesakan lalu lintas...ha...camna?

Next target untuk ajar dia pakai seluar dan baju sendiri. Dimulakan seluar dan baju jenis bersarung. Zip atau butang kita KIV dulu. Then belajar sabun badan sendiri, gosok gigi dan jirus air ke badan. Last adalah lap kepala dan badan kering-kering.

Yea...progress bercakap masih diusahakan dan diteruskan. Target minggu ini ayat mudah seperti nak TV, nak aircond, nak air, nak nasi, nak mee, nak berak, nak kencing, nak mandi...wish us all the best!! Consistently cakap perlahan dan jgn tanya banyak soalan. Adoiii...bab cakap Mm tak mampu nak stop diri dari bertanya. Hahhahah...

Monday, September 15, 2014

Delay Speech pada usia 4 tahun?

4 September 2014 adalah hari untuk berjumpa pakar ENT. Doktor Afifah advice Mummy dan Daddy untuk bawa Azizi berjumpa ENT untuk periksa tonsil. Tonsil Azizi kerap kali membengkak. Dr Aminuddin Saim menyoal pelbagai soalan sehingga kadang kala terkena kat batang hidung Mummy, tepat-tepat. Hasil pemeriksaan, size tonsil azizi normal seperti kanak-kanak lain, dan kalau lain pun doktor mmg takkan buang selagi tak berusia 6 tahun (tertakluk kepada keadaan pesakit yang berbeza antara satu sama lain). Cuma doktor sangat tak happy akan kebolehan Azizi bercakap. Pahit tapi doktor minta Mummy telan supaya langkah awal dapat dibuat.

Sedikit perkongsian di sini, seawal 2 tahun sekiranya ibu bapa risau, dah boleh buat hearing test. Sila ambil tahu bahawa untuk buat hearing test kepada kanak-kanak mesti dalam keadaan tidur, kalau tak result kurang tepat. Dalam kes Azizi, kalau buat kena kasi dia tidur, Daddy akan tak bersetuju untuk buat. Maka semuanya tertakluk kepada

Kenapa Dr Aminuddin Saim? Betul dia bukan paed specialize in ENT tapi dia adalah fellowship in paed ENT di Harvard.

Susulan daripada perjumpaan dengan pakar ENT, doktor minta berjumpa dengan psikiatri kanak-kanak dan speech therapy.  

6 September 2014 pula kami bertiga menyusun langkah berjumpa Dr. Hamidin Awang di Pantai Hospital. Dia adalah doktor psikiatri, tepat jam 11.30 pagi kami berjumpa dia. Pelbagai soalan dari yang mudah hingga yang susah ditanyakan kepada Mummy dan Daddy. Contoh jenis/ cara bermain, jenis/ cara makan minum, tindak balas atas sesuatu situasi, pakaian, tidur, mandi, semua la....

Skor Azizi adalah 9/30, cendurung kepada masalah percakapan, komunikasi. Bukan nak malukan diri sendiri tapi kita kena ready. Autism? Alhamdulillah, Azizi bukan dalam golongan ini. Cuma dia perlu sedikit bantuan dan dorongan untuk petah bercakap.

Penat jugak la nak recall segala cara anak kita selama ini, tapi kami cuba jawab dengan tepat siap dengan senario bagai mana lagi. Next kita kena jumpa speech therapy.

Azizi? Dia melunjur kaki berehat sambil buat-buat tak dengar org bercerita pasal dia.

13 September 2014, 11 pagi, Rehab Center PHKL, permulaan marathon kami bertiga. Azizi agak sempoi, tak nak makan mungkin risau apa yang akan dilalui. Sesi suai kenal, tanya latar belakang Azizi, perkembangan Azizi setakat hari ini. Azizi cepat menyesuaikan diri dan selamba je main jigsaw mudah yang ada disitu. Itu Mummy kena akui, sebab kat rumah takde. 

Antara perkara yang Mummy dan Daddy kena lakukan:
  • potty training
  • pakai baju seluar sendiri
  • solid bercakap bahasa Melayu (kami pilih sebab dlm fikiran Azizi dah mix 2 bahasa)
  • komunikasi 2 hala - tengok tv bersama
  • spent 10mins sehari bercakap dengan Azizi
Wish us luck. Owhh...for the next 8 weeks, every Saturday, Mummy akan di access oleh Speech Theraphy. Bukan Azizi tapi Mummy, Azizi hanya hadir untuk bermain selama 15mins dengan Mummy.

Akan kongsi apa yang berlaku pada sesi akan datang. Potty training juga akan ada post khas. Hehhe..

Tuesday, September 9, 2014

Tomyam Kung @ Presint 15

Dulu Mm pernah buat review makan tomyam kat sini so-so
ditekak Mm la kan

But recently kedai ni introduce new menu
yang boleh masuk tekak Mm ikan masak 3 rasa

Dan kedai ni dah offer sarapan pagi
Ada meehoon, mee goreng, nasi lemak, nasi kerabu, 
nasi dagang, kuih muih dan lauk-pauk yang pelbagai


Azizi makan nasi lemak dengan telur rebus sebiji
bersungguh makan dengan tangan kanan

Pilihan Mm nasi kerabu, Dd semua dia makan...
boleh tahan sedap untuk sarapan pagi

Friday, September 5, 2014

Happy 4th Birthday Azizi

Happy Birthday to You
Happy Birthday to You
Happy Birthday to You Azizi
Happy Birthday to You

Since Azizi peminat tegar truck, mummy decide buat kek ada unsur truck
Kek dibuat oleh Aunty Dayang
Design kek daripada google.com


Ramai kawan tadika GA Azizi kata kek ni cantik
Ada pokok2, batu2, truck...
Sedap kata mereka


Azizi bersama Teacher Nurul (teacher ganti since teacher class Azizi cuti)
Mummy pun perasan Azizi kembangkan hidung, nape ek?
Sejak 1 September 2014 kesihatan Azizi tak best, badan panas dan hidung berair


Bangun pagi Daddy cakap today Azizi ada birthday party kat school
Ada kek, terus bangun and mandi
Pergi sekolah dengan Uncle Fatah by car


Kek ni cerita asalnya terlambat hantar
Mereka dah habis makan meehoon yang mummy minta Teacher Ita orderkan
Kek dan 100 cupcakes utk semua kawan-kawan Azizi di Tadika GA


Pada 2 September 2014 sememangnya Daddy cuti, Mummy EL sebab nak bawa Azizi pergi klinik



Balik klinik kita celebrate birthday Azizi di Pullman Putrajaya


Muka dah mengantuk, tapi steady potong kek
Semua kek sekolah habis, cukup untuk semua orang


Dengan makanan kegemaran
Tapi taste spaghetti ni tak up to standard Azizi


Selamat Hari Jadi Azizi
Mummy doakan Azizi murah rezeki, bijak dan pandai, suka menuntut ilmu dunia dan akhirat, 
lancar percakapan atas perkara yang baik-baik, suka bergaul baik dengan rakan-rakan sebaya,
dikurniakan kesihatan yang baik, Amin.

Mummy sayang Azizi nak...!

Thursday, August 28, 2014

Ayer Cafe

Asal bab makan je, merajin nak buat liputan. Hehheheh... atas cadangan dan pujian yang diberikan terhadap kedai makan ni, maka dengan selamba kodok I ajak officemate makan kat Ayer Cafe di Ayer@8 Putrajaya.

Apa yang sedap? Semua sedap...hahahhahah standard jawapan tokei kedai!! Antara yang kami dah makan dan anda kena cuba untuk makan adalah:
  • sup tulang
  • daging salai masak lemak
  • bihun sup
  • mee kari
Kedai ni ada nasi campur, dia masak dalam portion yang kecil. Sebab tu quality dan rasa masakan dijaga sebaiknya. Mmg recommend la untuk cuba try rasa....


Lokasi? Tau tak Jambatan Seri Wawasan? Berdekatan dengan jambatan tu kan ada simpang empat. Andai dari jambatan itu,  di traffic light simpang empat tu ambil susur ke kiri. Terus je smp nampak kedai baru bernama Ayer@8...hehhehe...

Thursday, August 7, 2014

Saffron @ Sri Hartamas

Difahamkan mummy tokey kedai masak di rumah dan dikedai hanya tinggal untuk dihidangkan sahaja.


Lunch set - Achaari chicken, pumpkin & saffron rice


Lunch set - Murg Masala chicken, eggplant and saffron rice


From left - Chicken curry gravy, mint sauce, yogurt and fish curry gravy.

Personal comments:


1. Cozy to dine in, aircond dengan alunan Hindi yang slow..sedap pendengaran telinga.

2. If you really craving for curry, sesuai sgt dengan pelbagai pilihan roti dan nasi. 

3. Harga reasonable.

4. Sometimes kedai ni buka agak lewat so sebaiknya call atau sabar menunggu yea. 

Overall: Kari dia terbaik!!! Portion set lunch tu tak mampu untuk dihabiskan, ketat perut jadinya. Bintang 4 daripada 5, yeayyy!!!

Address:

Saffron
5, Jalan Sri Hartamas 7
Taman Sri Hartamas
Kuala Lumpur

03-62011375

Landmark: shoplot near to Sri Hartamas Petronas

Wednesday, August 6, 2014

Salam Aidilfitri

Tau Mm dah lambat utk wish Salam Aidilfitri, maaf zahir & batin. Tapi baru malam Syawal ke 10 kot, lewat Mm sedang2 gitu.

Raya kali ni Mm ambil cuti agak pjg, dgr kata lepas ni cuti kena beku atas alasan kerja. Yelah, beku pun beku tapi bab penjagaan Azizi minta maaf la sbb Mm kurang nak bertolak ansur atas alasan masa tak boleh diundur, sekali kita leka maka zaman kecil Azizi sudah berlalu tanpa kita sedar.

Oleh kerana cuti panjang, maka marathon cuti raya kita agak jauh iaitu lebih kurang 1000km perjalanan nya. Mmg tak miss utk salam dgn keluarga di sebelah husband dan Mm. Mcm biasa Azizi kurang happy utk jmp org, salam org tua yg suka pegang2, usap2 kepala dia. Mm of course nak bagi moral support supaya dia berani, maka Mm suruh dia salam coz nanti dpt duit raya boleh beli dump truck....husband Mm agak tak happy sbb kena ketuk dgn anak dia. Hehhehe...


Nek moyang cakap Azizi ckp org putih ekkk...apa dia cakap? Agak cemas Mm nak jawab, sbb Mm cakap melayu je kot, rojak sandwich bahasa kat umah ni. Tapi mother tongue dia tetap bahasa org putih. Dulu dia nyer assent US, la ni dah jadi British plak. Tapi ada je time dia cakap melayu, flexible je lidah tu cuma Mm nak perasan lebih2 kot...hehhehehe

To be honest agak risau juga sbb bahasa utama adalah bahasa melayu, elok penguasaan bahasa melayu ada juga.

Dah lari topik raya ni...raya tahun ni not so nak raya la, mungkin faktor usia juga kot. Cuma yg lain dari lain, Azizi nak pakai baju melayu, daddy ada rezeki lebih utk bagi duit raya pada kanak-kanak, Mm tak beli kuih raya dgn selambanya.

Last raya jugak to my maid di Malaysia, dia nak balik Indonesia for good lepas ni. Insya Allah, habis kontrak ni dia balik forever and ever. Yg kesian baju raya dia tukang jahit bantai jahit tak betul. Terpaksa la aku ganti balik. Emmmm...

Tu je cerita raya, korang mcmana plak?

Tuesday, May 20, 2014

Week positive

Semalam tepat pukul 3.30 petang, Dr Hamid sahkan I miscarriage.

Penerimaan better than before, kalau dulu dah menangis depan doctor. Semalam, dah la drive sendiri dari rumah ke klinik, balik pun drive sendiri. Sungguh tabah diri ini. En S bergegas balik dari X lokasi. Dan saya byk menerima ucapan daripada rakan-rakan yg prihatin.

Maka episode cuti sakit pun bermula untuk 2 minggu. Dan doctor minta untuk jmp semula selepas raya. Mcm tau2 je kami nak menambah.

Azizi? Rasanya dia dah tahu akan kehadiran org baru dlm uterus saya. Dia la yg teman saya baring semalam sementara tunggu masa untuk ke klinik.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, May 7, 2014

Assalammualaikum. Wah...dah lama tak berkesempatan menulis apa-apa!! Super duper busy kata hati. Tetapi menulis blog ibarat terapi kepada I tau...hahhahah...masa adalah batasan nyer, antara kerja di pejabat, memasak di rumah, bercerita dengan Azizi dan tido.

Anak bujang saya sudah semakin cerdik. Sekarang untuk ke sekolah, dia dah tahu bangun pagi, mandi dan pakai baju sekolah. Dulu pagi sure drama agak panjang. Sekarang drama tu mungkin awal tu sahaja, peluk2 cium, mandikan lepas tu cergas berlari balapan ke bilik lain utk pakai baju sekolah.
 
Dulu dari bangun pagi smp pakai baju sekolah macam berperang. Sabar yea mak-mak! Saja nak test kesabaran mak-mak. Dan I again suka cakap kat Azizi, nak dengar volume mummy naik 15 baru nak faham ke? Azizi fahamkan apa mummy cakap. Azizi boleh faham apa maksud mummy kan. So boleh tak kita discuss elok2 daripada meraung-raung camni, mummy pun penat tau!!! Terus senyap...hahahah...lawak bila difikirkan kembali.
 
Antara perkara lain yang berlaku bila dia pagi-pagi Sabtu & Ahad akan cakap kat I...mummy wake up...hambik kau...kena bangun pagi sbb anak kejut. Hahhahahah....
 
Gambar passport size ni Mummy ambil utk isi borang tadika. 1pic ever utk Azizi yang di ambil pose serious camni. Tapi rezeki Allah nak beri, alhamdulillah Azizi dapat seorang headmaster yang prihatin dan sedia membantu. Mummy happy dengan cara teacher Ita. Mummy harap Azizi berfikiran matang dalam menerima perubahan utk kebaikan diri Azizi jua.
 

Beberapa bulan kebelakangan ini, benar-benar menguji mummy. Mummy tempuhinya dengan baik. Banyak sisi yang perlu Mummy akui kebesaran Allah dalam membantu Mummy menguruskan Azizi. The magic of mother...betul ada pada tiap seorang ibu. Tangan seorang ibu itu sgt mahal. Jika anak itu bayi, bayi merasa comfort. Tapi kepada seorang toddler, dia nak mummy mandikan, masak makanan utk dia, suap makan, buat kopi, segalanya untuk dia. Bukan perhatian tetapi dia nak mummy tengok dia betul-betul sebab dia membesar bagai juara dengan kadar yang cepat.


Mummy tahu Azizi anak yang baik. Apa pun, banyak perubahan diri dan potensi diri Azizi untuk 5 bulan pertama ke tadika. Kalau orang lain berkata anak mereka menyanyi, cerita hal kawan, to Mummy it's ok Azizi belum pandai express rasa hati di tadika kepada Mummy. When time comes, I would love to hear it from you small mouth.
 
Juga kebelakangan ini, rezeki keluarga kita melimpah ruah. Semoga aturan kehidupan kita dibawah lindungan Allah swt. Insya Allah.
 
Nota: Mummy mencari org yang sanggup delivery cake & cupcake di tadika Putrajaya pada sebelah pagi. Anyone?


Monday, March 10, 2014

Charging

Korang semua sedia maklumkan, my son ado ipad sendiri. Tau korang nak kata tak elok, tapi dah ada before korang kata tu!

Kegemaran dia tgk youtube, pilihan hati racing car, dump truck, fire truck, curious george, mickey mouse. Pilihan hati kanak-kanak la yea.

Kalau dah hadap ipad tu, hadap je smp habis bateri. Habis je bateri, dah tak mengamuk mcm dulu lagi. Terus bangun dan charge ipad tu sendiri. Kira berdikari la. Bagus-bagus...dah besar baby mummy ni.

Tapi cuba korang perhati gambar ni, tengok betul-betul!


How about this one? Tengok betul-betul!!


Yang ini juga!!!


Always mummy la penyelamat keadaan, sambungkan betul-betul wayar dan switch on plug.


Namun usaha itu bagus, menunjukkan Azizi tahu bateri habis, kena charge semula, cari wayar kabel yang betul dan sentuhkan.

Dah faham erti bahaya baru mummy ajar switch on plug yea, sabar...!


Sunday, March 2, 2014

Rezeki yang lebih baik

Bila tgk iklan ada motherhood expo di KLCC teruja sgt!! Bukan sbb tgh preggy tapi sebab nampak ada booth utk S26.

As you all know, my son pengguna tegar S26 PE GOLD. Introduce la susu S26 yang lain or jenama susu yang lain, tak mau nyer dia. Atas semangat nak dia minum susu sehingga dewasa, maka Dd sanggup la bayar harga premium demi tekak anak yang dikasihi.

Cuma lately ni sangat susah nak dapat stok susu ni baik dalam tin 0.9kg or refill dalam kotak 1.4kg. Sampai terpaksa minta tolong Aunty Long tgk kan stok susu ni di area Melawati/ Keramat/ Ampang/ Wangsa Maju. Semua sold out. Amboi ramai betul peminat S26 PE GOLD ni!!

Berbalik kepada expo tu, Mm ajak la Dd pegi Sabtu malam yang lepas. Semata-mata nak beli susu my son la. Sampai sahaja di booth, mendukacita sbb stok PE Gold sold out. Even utk expo esoknya pun takde dah, 100% terjual. Walau tinggal no phone if la org tu tak tuntut 2 carton yg di'reserve utk dia, kami tau harapan tu tipis.

Melangkah longlai la Mm & Dd ke shopping mall. Mm nak ke farmasi utk beli supp paracetamol. Tergerak hati nak tgk susu kat situ. Bagai tak percaya harga yg ditawarkan adalah antara yg terbaik.


Alhamdulillah...masih ada rezeki untuk kami.

Thursday, February 20, 2014

Dahi benjol

Maid : Dahi dia benjol. Takut dahi langgar cermin kereta sahaja.

Mm : Nanti kita msg teacher tanya pasal apa? Jom pergi playground.


Dd : Azizi ok tak?

Mm : Ok je tengok tu. Bengkak ala2 Harry Potter.

Dd : Nanti tuam dgn kain panas.

Mm : Yolah.


Cerita teacher 

Kawan terlanggar azizi sebab duduk depan pintu. Kawan dia tak perasan dan terlanggar azizi. Teacher dah tuam tapi masih benjol. 

Owhhh...ingatkan ada kes gaduh-gaduh!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, February 17, 2014

Bila anak meragam untuk ke tadika

Asal jumpa orang tua aje, macamana Azizi ke sekolah? Pelik tapi benar, kanak-kanak ni macam-macam ragam bila sebut sekolah. Azizi lebih mengenali school berbanding sekolah. Ada parent share yang anak dia akan menangis, cikgu kena letak tepi tingkap, anak tak nak masuk kelas, haiiii macam-macam pengalaman la jugak kan!

As parent, kita kena teliti pendekatan yang perlu dilaksanakan dalam mencipta dunia ke sekolah yang baik di minda kanak-kanak. Wah ayat mengalahkan pakar weiii...hahahhahah...as simple as bila dia tahu dia ke sekolah, takde la lagi menangis bagai drama di pagi hari. Dan ibu bapa pergi ke kerja tanpa ada stress, pagi-pagi ada stress mau ada yang dapat penyakit berangkai-rangkai.

Antara perkara yang dilakukan Mm:

Top 1

Promosi back to school. Dengar macam lawak je tapi setiap hari terutamanya hari Ahad akan ada sesi promosi seperti berikut:

Mm : ESOK AZIZI GO TO SCHOOL, MUMMY GO TO WORK, DADDY GO TO WORK.  

Azizi : Mummy? (By this time riak muka dah berubah) or sometime terus sebut TAKNAK!!

Mm : Owh...everybody has their own responsibilities...Dd work, Mm work, Azizi school, Atok work, Nenek work, Kakak work, Abg Nain school, Abg Li school, Abg Afiq school, Abg Hazim school, Azizi school

Kekerapan sebutan perlu ditingkatkan 3 kali pada hari Ahad. Hari lain sebelum tidur malam ulang 1 kali.

Top 2

Mm : Wah...best la Azizi pegi school esok. Pagi naik car, nanti jumpa Teacher & friends. Wah...best la jumpa friends kat school kan!!

Azizi : (Senyum-senyum)

Mm : Nanti Azizi belajar sembahyang, tulis, color, main-main, minum pagi then balik rumah. Sampai rumah Azizi makan, mandi & sleep la ekkkk. Mummy bukan suruh Azizi sleep kat school, 3 jam je pergi school. How many friend do you have in school?

Azizi : ..... atau two friends (sambil tunjuk tiga jari)

Ayat-ayat memujuk pegi sekolah sekejap je.

Top 3

Mm : Azizi dah besar nanti tak payah jadi doctor. Mummy suggest Azizi jadi pharmacist. Tak la belajar lama sangat. Nanti terlupa nak kahwin pulak. (Baca dalam nada mak yg cemas)

Azizi : .......

Dd : Ke situ plak!!!

Mm : Nanti boleh buka kedai jual ubat, kita bahagi tugas. Isnin - Rabu Dd jaga, Khamis - Jumaat Mm jaga, Sabtu - Ahad Azizi jaga. Owh...nanti dah kaya jangan lupa belanja Mummy makan sedap-sedap.

Ayat-ayat job matching untuk anak sendiri!!

Top 4

Mm : Kalau Azizi dah ok kat school, Mummy rancang nak bawa Azizi join kelas hari Sabtu kat Puchong or BBB.

Azizi : ....(sibuk dengan iPad)

Mm : You boleh luaskan networking, borak-borak dengan kawan, kita cara yg fun la. Yang serious class kita reserve bila you dah start Standard 1.

Azizi : .... (masih sibuk...)

Ayat-ayat nak build confidence anak!

Top 5

Mm : Setiap orang ada responsibilities masing-masing kan.

Azizi : .....

Mm : So I'm thinking you should have a revision class starting Standard 1, once in a week. Nanti Mummy tanya Aunty Long ok...!

Azizi : (Muka tak puas hati...)

Mm : Once in a week, about 40 minutes per subject ie Maths, BM, Science!! Bukan Mummy suruh pergi tuition hari-hari. BI pergi kelas British Council ke...

Ayat-ayat Mak yang ter'advance' rancang program untuk anaknya.


Rumusan cerita hari ini: Ulang la Top 1 tu selalu, hari-hari lagi bagus!!

Thursday, February 13, 2014

Parent Sharing Day @ GA Putrajaya

Dd & Mm agak teruja nak jumpa teacher Azizi. Even dah hampir 2 minggu tidak ke sekolah kerana sakit, tapi Mm tau Azizi boleh menghadapi cabaran dengan baik.

Itu baru nama anak Mm kan...discover and do it as perfect as you can. Huihhh terjuih mulut speaking English! Hahhahah...

Teacher cakap you ok, you kawan rapat dengan 2 kawan lelaki...boleh ikut arahan teacher...kadang tu you dalam dunia you sendiri, tetiba gelak sorang2 & happy sorang2...membaca dan menulis belum fokus lagi...takpe2 baru 1 bulan

Dd tak bersetuju bila Mm inform ability Azizi dalam bercakap kurang berbanding peers yang lain. Niat Mm cuma biar teacher you tahu dan boleh inform Mm semula bila progress you stagnant...nampak tak Dd camna orang jaga anak...semangat mesti betul!!!


Come on...come on Azizi...
you can do it!!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, February 4, 2014

Sinus Infection, Sore Throat & High Fever

Bermula dengan mild sinus, azizi masih gagah ke sekolah. Malam hari je, suhu badan naik smp 39 degree. Pakai kipas je waktu tu. 

Akhirnya pada 24 Januari 2014, Azizi direhatkan daripada ke sekolah. Suhu badan 37.2 degree...emmm...stay rumah & jumpa doctor. Owh...doctor bagi ubat spray hidung kerana dia ada allergy. Then, condition dia masih macam yoyo, jap baik..jap lagi kurang baik....!

29 Januari 2014, again...demam panas...Mummy segera bawa jumpa doctor....ambil darah untuk buat test, pastikan bukan denggi dan memudahkan doctor buat keputusan seterusnya. Ujian darah menunjukkan bahawa:
  • pallet darah dalam range normal
  • hemoglobin rendah berbanding normal
  • white blood count tinggi berbanding normal
  • bacaan GR yang agak tinggi walau dalam range normal

Dan bermula la era makan ubat antibiotik yang sedap, 2x sehari selama 5 hari. Bercuti la Azizi di rumah, tak bersekolah pada 29 & 30 Januari 2014. 

Selamba lagi mak pak dia bawa jalan tepi pantai. Korang ingat anak korang tu lagi sihat ke dgn environment lain? Walau dia nampak gagah, lompat sana sini...demam tetap demam!!


Suka tido atas orang, nak dengar heart beat orang. Ni kes makan, lepas tu muntah. Terus tido. Angin baik punya bertiup kencang. Letak air asam jawa mmg kaw-kaw demam kebah.


Gambar dah sihat. Makan malam kat restaurant tapi malas nak layan org lain, baik tgk Curious George!!


Pastu again, viral tu menyerang dengan tido malam yang berbunyi-bunyi. Apa lagi, sebagai Mummy yang bertauliah, terus cuba petua org2 tua, letak kunyit hidung. Agak mujarab la dalam kes Azizi ni.


Penyudahnya ulang jumpa doctor semula pada 2 Februari 2014, dan memang blum sihat sepenuhnya. Doctor nasihatkan Azizi rest di rumah minggu ini (horeeyyyy tak pergi school) dan completekan antibiotik sehingga 7 hari. Kalau tak baik jugak pada hari ke 8, kita kena buat full checkup termasuk test air kencing.


Antara yang di'suggest oleh doctor adalah untuk beri sahaja makanan jenis carbo yang disukai, makan je ice cream dan minum air banyak-banyak. Rehat di rumah.

p/s: Kalau dulu-dulu mmg dah kena marah dengan nenek sebab mengada tak nak makan nasi time demam.

Friday, January 17, 2014

Second week at Kindergarten

Standard kindergarten sememangnya ada elements menyanyi, lompat, main, mewarna, membaca...semua la...gunting (ikut usia kanak-kanak).

Menjadi amalan Mm tengok beg sekolah dia tanpa pengetahuan Azizi. Mm tertarik tengok art & craft Azizi yang pertama. Apa nak panggil ni...masquerade mask? 

M: Wow...such a beautiful eye mask!! (sambil tunjuk kat Azizi)
A: (tersengih...) Orange xxxx.
M: ???? (senyum-senyum sebab tak dpt tangkap maksud anak)
A: (pointing to a spot) Orange.
M: (tengok betul-betul) Yeah...it's orange! (Azizi color orange sikit je, satu bulat kecil)
A: Flag....(sambil kibar-kibar eye mask tu)
M: Oooo...you said flag!!! (lampi jugak Mm ni) 

If you all nak tgk orange tu...usha betul2, baru nmpk. Dengan itu Mm ucapkan selamat mencari orange spot tu! Hhahahahah...


Since second week of school ni banyak sangat cutinya, berdoa la Mm semoga Azizi bersikap suka ke school. Alhamdulillah, setakat ni bagus! Starting this week teacher dah mula sambut students kat bawah. Maka ada la adegan menangis, mengamuk .... normal ok... Azizi pun ada harinya menangis dari turun kereta sehingga masuk kelas. Pastu ok, sebab dia dah mula kenal environment dalam kelas. 

M: How many friends do you have in school?
A: 2 friends (tapi jari tangan tunjuk 3, sambil senyum bangga)
M: Owhhh...that's good! What is your teacher name?
A: .....(diam tanpa jawapan)
M: Your teacher name is Teacher Ina.

Berkesempatan melihat coloring activity yang ditampal di kelas. Lupa nak snap pic, gambar apple yang diwarnakan orange. Kali ni lebih berani mewarnakan dengan lebih terang dan 40% memenuhi gambar apple tersebut. Walau teacher tak rating pic tersebut (ada kertas teacher rate 1 bintang, 2 bintang, 3 bintang) tapi mummy rasa you have develop your confident. 


Cuma tadi Mm dapat maklum balas berkenaan maid di sekolah. Dia pentingkan diri dari membantu Mm develop confident diri Azizi. Then I shall ask my dad help in this!!

Sunday, January 12, 2014

First Step to Kindergarten

Mcm agak terburu-buru daftar my son ke kinder utk tahun 2014, tapi objective Dd adalah untuk his son belajar bergaul dengan rakan-rakan. Permulaan Dd bayar utk trial session selama 1 bulan.

Teacher suruh cari beg, untuk letak buku size A4. Mencari kat Gardens...ok Mm berkenan dengan design ni but Azizi can choose colour...either green, blue or orange. Pilihan hati orange!


First morning, 6 January 2014... uniform pun Azizi tak nak pakai sebab terasa bukan milik dia. Agak panjang sedikit tangan dan kaki but later kita hantar alteration yea. Mummy tgk sekejap di kinder then terus attended rehearsal diploma. 


Second day dah makin faham jadual ke sekolah, bangun pagi pukul 7.30 dan mandi. Then Uncle Musa pickup kat rumah untuk ke sekolah. Today Mummy tak sempat tengok sebab 7 pagi dah kena berkumpul untuk convo!



3rd, 4th day Mm yang tgk, begitu juga on 5th day.

Azizi, even your challenge is a bit big...yeahhh transport environment & class 4Basroh environment...please adjust accordingly...insya Allah you will be a better person. Trust yourself!!!

Mummy and Daddy doa yang Azizi mempunyai ilmu yang luas, berdikari, berupaya menyuarakan pandangan peribadi dengan berhemah. Amin...

- Posted using BlogPress from my iPhone