Kerana baby Azizi, Mm banyak berubah...siapa sangka kan...! Mm kurang suka memasak, ditambah pulak Dd yang agak cerewet bab makanan ni. So, atas niat untuk menyediakan makanan buat baby Azizi bermula usia 6 bulan, Mm mengorak langkah.
Apa sahaja artikel pasal pemakanan bayi, Mm baca. Sorry, Mm tak layan sangat majalah ni coz isu/ bahan bacaan diulang-ulang. Mm subscripe baby center, layari Heins, Hipp, etc....
Tapi, jangan la korang ambil bulat-bulat apa yang ditulis tu. Kena digest dulu, kaji lagi. Untuk make sure sesuai dgn iklim tropika (teringat cerita Juvana...Botak semalam..hehheh...). Ok, ok...untuk make sure perut baby korang tu boleh terima makanan yang diberi.
Mm ni kan pemalu, tanya habis kawan-kawan sekeliling, kalau tak jumpa tanya pulak kot FB, email, msg. Punya la bersemangat demi anakku Azizi.
Cabaran pertama bilamana baby Azizi reject makanan dalam botol. Hehehhe...frust Mm? Yea kot sebab kalau jalan-jalan mcm leceh sikit arrrr. Tapi sepatutnya Mm happy tau...sebab makanan dalam botol rata-rata disediakan lebih awal, lebih kurang 6 bulan sebelum kita membelinya. Errr...kat mana aku baca pasal ni? Nanti Mm ingat kita kongsi bersama.
Ok...ok...harus memasak. Since baby belum tahu merasa, happy Mm (sambil tepuk tangan), at least tak le dia buek..buek makanan yang Mm masak! Checklist barangan untuk memasak hanya periuk & senduk asing dari kegunaan harian. Kenapa? Petua mak Mm supaya makanan yang dimasak tidak menyakitkan perut baby.
Selepas itu, jeng..jeng...jeng....terbaca dan berkongsi rasa dengan rakan-rakan berkenaan
O.R.G.A.N.I.C.
Statement Mm selepas ini lebih kepada pandangan peribadi. Jangan follow kalau korang tak buat kajian. Apa yang berlaku jangan nak salahkan Mm. Mm buat pilihan ini atas kapasiti baby Azizi. Dd sendiri pernah bertanya, jawapan Mm mudah...kita teruskan selagi kita mampu. Amin.
Mula dulu pun pakai beras biasa. Kemudian Mm terfikir di mana nak dapatkan sayur organic. Kenapa sayur sahaja? Sebab beras adalah single grain, mudah untuk hadam (waktu ni cetek lagi ilmu organic but sekarang pun belum Pro lagi) dan sayur rata-rata kena sembur dengan racun. Mm ada pilihan iaitu beli sayur yang banyak dijual dikedai-kedai dan cuci pakai sabun botol susu (yang boleh digunakan untuk cuci sayur & buah). Since ilmu subjek Kimia form 5 dulu dapat C6, ishh...tak caya aku sabun boleh get rid semua racun yang melekat kat sayur tu!!
Dalam pencarian kedai organik terdekat, segala website aku terjah...semua jauh. Opismate informed ada 1 di Kajang yang dia pernah gi. Selain tu ada kat The Curve. Mak aiii...jauh tu, kot aku gi IKEA logik gak! Akhirnya terjumpa secara tak sengaja kedai ini:
Gambar ikhsan: www.tehckosong.blogspot.com
Kedai ni terletak di Jalan Reko, Kajang. Rupanya Kajang banyak kedai organik, since opismate aku terjumpa kedai lain.
Bekalan sayuran untuk baby Azizi dibeli di sini. Begitu juga dengan bekalan bijirin, apple cider untuk Dd (amalan Dd dipagi hari, nak taw tanya dia arrr). Kenapa beras perang lebih baik? Sebab beras perang tidak diproses sehingga bersih yakni sehingga hilang segala khasiat seperti vitamin B2, serat, etc. Dan kerana itu Mm beralih ke beras perang sekarang. Rasa sama sahaja kerana beras perang perlu direndam dahulu sebelum dimasak.
Towkey kedai ni sering berpesan, NO SALT bila masak untuk baby. Elok untuk kesihatan pun. Bila tengok salasilah keluarga...ngeri plak! Baik la aku puasakan garam ketika ini. Tapi MIL aku pandang enteng hal garam...hum...setiap orang ada pandangan masing-masingkan.
Makanan sampingan seperti biskut dan nestum (untuk kemudahan ketika berjalan) pun nak organik jugak. Yang di bawah ni Mm beli di ColdStorage Alamanda, Putrajaya. Banyak pilihan sampai rambang mata.
Mm paling suka biskut beras tu. NO SALT. Kebanyakkan biskut berasaskan beras di pasaran mesti ada garam. Aku tahu ler...ko tu bacanya kurang, PeMaLaS! Dalam penyediaan makanan bayi, garam perlu untuk membuatkan biskut tu bersifat keras/ rangup.
Harga? Memang extra la korang kena bayar. Niat Mm dan Dd, mengurangkan kandungan bahan kimia dalam tubuh badan kecil baby Azizi.
Kesihatan tak boleh dibeli, kita hanya boleh berusaha menjaga kesihatan tubuh. Bergantung kepada ubat bukan penyelesaian yang baik.
Nak tau story Mm buat di kedai organik, klik sini.
1 comment:
Hi assalamualaikum saya ada jumpa penjual sayur organik muslim. boleh layarihttps://m.facebook.com/idwalorganikfarm untuk mendapatkan sayur segar organik
Post a Comment