Benar sekali apabila seseorang manusia itu diuji dengan sedikit masalah, kita akan bermuram durjana. Namun kita harus terus berfikiran positive, berusaha menyelesaikan masalah dan berdoa kepadaNya.
Apa itu m3? Itu lah grade yang Dd dapat bagi performance tahun 2010. Dia sangat kecewa. Sehingga kesihatan dia sangat terganggu. Menyebabkan suasana ceria keluarga tegang kadang kalanya.
Pernah sekali itu Dd berkata, ..."You belum dapat m3 boleh la cakap senang, cuba dapat tengok apa you rasa!". Hati Mm bagai ditusuk pedang samurai. Pedih beb, kelopak mata ni tahan air jangan tumpah aje. Pastu Mm terus tidur, tak mau sambung cerita pasal m3 lagi.
Hingga la satu hari itu, Mm cakap terang-terang dgn Dd...apa pandang Mm terhadap isu ini. Komme ni...semua nak tau apa Mm cakap sihhh! Ok..ok..share sikit. Basically Mm minta Dd fikir kembali objektif dan hala tuju yang dia set 3 tahun lepas. Jangan terdesak sampai jilat ludah sendiri. Berusaha bersungguh-sungguh dan mohon daripada Allah s.w.t kerana tanpa izinNya rezeki itu tidak akan menjadi hak kita. Itu jew...
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t apabila stage 1 and stage 2 Dd harapkan berjalan seperti yang dirancangkan. Semoga stage 3 dan stage seterusnya berjalan dengan lancar.
Ya Allah..kami mohon kepada Mu...mewahkan rezeki kami sekeluarga dan dengan rezeki halal yang Kau kurniakan itu..kami akan gunakan sebaiknya untuk membesarkan Muhammad Azizi Syalia dan adik-adiknya.
Ini kisah Dd. Bagaimana pula dengan kisah anda...yea kamu yang sedang membaca ketika ini?
No comments:
Post a Comment