Here we go...you all boleh la pakai checklist ni:
1) Check semua breastpump parts dalam keadaan baik
2) Kerapkan sesi pump, 3-4 jam sekali mesti pump ....lagi kerap breast kosong, lagi banyak production susu
3) Pastikan minum air yang banyak, dalam 3 liter sehari
4) Pastikan pemakanan seimbang dan makan kerap. Jangan takut gemuk, kadar metabolisme waktu menyusukan anak tinggi. Tak caya? Mm berjaya turun ke 52.6kg selepas 9 bulan bersalin, berat yang lebih rendah sebelum disahkan mengandung. Kuat makan ok, sebelum tidur pun bersungguh makan nasi 1 pinggan penuh dan terus zzzZZZzzzz...
5) Sebaiknya waktu malam hari bangun untuk pump...yang ni Mm akui sangat susah nak lakukan. Mm praktikkan pada hujung minggu sahaja terutamanya lepas baby Azizi menyusu, terus pump.
6) Invest bateri jenis rechargeable, macam Medela Mm tau dia boleh pakai direct electric atau bateri. So, dalam perjalanan pergi dan balik pejabat boleh pump. Malu? Haishhhh...kalau dah nekad kena cerdik sikit...pakai shawl ke, kain ponco ke...kalau duit sangat terhad, ambil je kain selimut kat rumah tu!
7) Setiap kali pump jangan lama sangat, sebaiknya masa itu di'constant'kan...let say 10-15 mins...cukup arrr....
8) Invest la untuk beli double pump, hasil yang sangat berbaloi-baloi
9) Dan sekiranya ada kelapangan duit, boleh la try makanan lain yang dipercayai boleh membantu menambah susu
Harap tips di atas membantu.
No comments:
Post a Comment