Friday, July 29, 2011

SaLe @ Dubai.....




Haiyak...Mm teringin nak pakai kain Dubai. Dulu ingat lepas pregnant nak berkunjung ke Dubai, bawa baby Azizi jumpa Uncle Azizi. Uncle Azizi merangkap bapa angkat paksa baby Azizi.



Hehhehe...lawak la!! Ramai mengusik Dd bila Mm nak namakan baby dengan nama Azizi. Bukan kerana rapat or apa...cuma erti nama Azizi adalah kesayanganku.



Back to my story mory, tetiba macam mengidam nak pakai kain-kain dari Dubai. Hum...dulu malu-malu nak pesan kat Uncle Azizi, nampaknya kena tebalkan muka minta tolong eeehhhh.


Atenye tgh S.A.L.E ni kat Dubai....

Colour apa yek??? Colour blue ok tak? Grey? Purple pun cantik gak? Haishhh...dapat 2 pasang pun ok sgt dah tu...

Tuesday, July 26, 2011

Review Shaklee Trial Pack

Dd beli supaya Mm dapat simpan stok yang byk kat peti ais rumah. Biasalah, makan agak celus so keberkesanan Shaklee ni agak susah nak diperkatakan.




Cuma, bila Mm ambil secara konsisten selama 1 minggu, apa yang dirasai adalah jumlah susu bertambah. Mm tau la coz bila baby Azizi menyusu disebelah, habis basah baju disebelah yang lain. Kalau tak pump, basah baju lagi. Senang kata, asyik la basah.


Again, kena konsisten bila ambil supplement Shaklee ni. Asyik culas, celus mcm Mm mana nak dapat hasil yang bagus....


Trial pack ni untuk sebulan. Harga? Kepada yang berminat boleh menghubungi Pn. Iffa, detail check di website.

Friday, July 22, 2011

Apa perlu buat jika tetiba kuantiti ebm berkurangan?

Mm pernah diuji apabila kuantiti ebm merundum. Dengan ilmu yang agak cetek ditambah lagi pengalaman yang kurang menyebabkan Mm stress tak tentu pasal.

Psiko kepada emak/ibu/ mummy/mama/etc bila jumlah ebm yang ditinggalkan di dalam peti sejuk sangat kurang daripada keperluan si anak. Mmg stress...baby Azizi yang sedang membesar tentu perlukan susu yang banyak, hatta ketika itu dia masih belum sesuai untuk diberi makan solid food.


Don't ever-ever you dare to stop. No....nehiiiii....tidakkkkk....


So, what should you do if you in that dilemma? What should you do if you are really at the T-junction?








Here we go...you all boleh la pakai checklist ni:


1) Check semua breastpump parts dalam keadaan baik


2) Kerapkan sesi pump, 3-4 jam sekali mesti pump ....lagi kerap breast kosong, lagi banyak production susu


3) Pastikan minum air yang banyak, dalam 3 liter sehari


4) Pastikan pemakanan seimbang dan makan kerap. Jangan takut gemuk, kadar metabolisme waktu menyusukan anak tinggi. Tak caya? Mm berjaya turun ke 52.6kg selepas 9 bulan bersalin, berat yang lebih rendah sebelum disahkan mengandung. Kuat makan ok, sebelum tidur pun bersungguh makan nasi 1 pinggan penuh dan terus zzzZZZzzzz...


5) Sebaiknya waktu malam hari bangun untuk pump...yang ni Mm akui sangat susah nak lakukan. Mm praktikkan pada hujung minggu sahaja terutamanya lepas baby Azizi menyusu, terus pump.


6) Invest bateri jenis rechargeable, macam Medela Mm tau dia boleh pakai direct electric atau bateri. So, dalam perjalanan pergi dan balik pejabat boleh pump. Malu? Haishhhh...kalau dah nekad kena cerdik sikit...pakai shawl ke, kain ponco ke...kalau duit sangat terhad, ambil je kain selimut kat rumah tu!


7) Setiap kali pump jangan lama sangat, sebaiknya masa itu di'constant'kan...let say 10-15 mins...cukup arrr....


8) Invest la untuk beli double pump, hasil yang sangat berbaloi-baloi


9) Dan sekiranya ada kelapangan duit, boleh la try makanan lain yang dipercayai boleh membantu menambah susu


Harap tips di atas membantu.

Thursday, July 21, 2011

Halba penambah susu ibu

Dulu doc Atikah dah advice Mm utk minum halba tp smp hari ini tidak dicuba.

Dan apabila Berita Harian, bahagian Ratu, muka surat 20 berkongsi fakta....



.....sesungguhnya Mm dalam kerugian.

Halba banyak di dapur, murah pun....cuma rendam dan minum shj (mcm buat teh o tanpa gula).Yet, dpt meningkatkan pengeluaran sehingga 900%.

Nak cuba arrrrr.....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, July 20, 2011

Penambah Susu Badan

Haloooo....jam di dinding pukul 6.10 pagi. Hari ni n3 ini khas utk rakan baikku, Ally.

Selain cordial hijau tu, longan juga membantu Mm tambah kuantiti oz susu.

Yang diperlukan:







Kurma merah






Longan kering (warna kuning dari Thailand, warna hitam dari China).


Boleh beli di kedai ubat Cina. Harga setahil dalam RM2.00.






Gula batu



Cara memasak:

1. Basuh bersih kurma dan longan.

2. Rebus smp kembang.

3. Mskkan gula batu.

Sebenarnya boleh kreatifkan lagi recipe ni. Jadikkan ianya agar-agar or jadikan lai chi kang.

Kalau agar-agar, dapat mkn 5 hari berterusan misalnya. Kalau lai chi kang dpt le husband paww cket. Hari tu Mm buat lai chi kang dan balance buat agar-agar, siap campur susu (recipe ikut rasa hati....hehehe).

Sumber: Kak Faiza

Tuesday, July 19, 2011

Obses Organic

Kerana baby Azizi, Mm banyak berubah...siapa sangka kan...! Mm kurang suka memasak, ditambah pulak Dd yang agak cerewet bab makanan ni. So, atas niat untuk menyediakan makanan buat baby Azizi bermula usia 6 bulan, Mm mengorak langkah.


Apa sahaja artikel pasal pemakanan bayi, Mm baca. Sorry, Mm tak layan sangat majalah ni coz isu/ bahan bacaan diulang-ulang. Mm subscripe baby center, layari Heins, Hipp, etc....


Tapi, jangan la korang ambil bulat-bulat apa yang ditulis tu. Kena digest dulu, kaji lagi. Untuk make sure sesuai dgn iklim tropika (teringat cerita Juvana...Botak semalam..hehheh...). Ok, ok...untuk make sure perut baby korang tu boleh terima makanan yang diberi.


Mm ni kan pemalu, tanya habis kawan-kawan sekeliling, kalau tak jumpa tanya pulak kot FB, email, msg. Punya la bersemangat demi anakku Azizi.


Cabaran pertama bilamana baby Azizi reject makanan dalam botol. Hehehhe...frust Mm? Yea kot sebab kalau jalan-jalan mcm leceh sikit arrrr. Tapi sepatutnya Mm happy tau...sebab makanan dalam botol rata-rata disediakan lebih awal, lebih kurang 6 bulan sebelum kita membelinya. Errr...kat mana aku baca pasal ni? Nanti Mm ingat kita kongsi bersama.


Ok...ok...harus memasak. Since baby belum tahu merasa, happy Mm (sambil tepuk tangan), at least tak le dia buek..buek makanan yang Mm masak! Checklist barangan untuk memasak hanya periuk & senduk asing dari kegunaan harian. Kenapa? Petua mak Mm supaya makanan yang dimasak tidak menyakitkan perut baby.


Selepas itu, jeng..jeng...jeng....terbaca dan berkongsi rasa dengan rakan-rakan berkenaan


O.R.G.A.N.I.C.



Statement Mm selepas ini lebih kepada pandangan peribadi. Jangan follow kalau korang tak buat kajian. Apa yang berlaku jangan nak salahkan Mm. Mm buat pilihan ini atas kapasiti baby Azizi. Dd sendiri pernah bertanya, jawapan Mm mudah...kita teruskan selagi kita mampu. Amin.


Mula dulu pun pakai beras biasa. Kemudian Mm terfikir di mana nak dapatkan sayur organic. Kenapa sayur sahaja? Sebab beras adalah single grain, mudah untuk hadam (waktu ni cetek lagi ilmu organic but sekarang pun belum Pro lagi) dan sayur rata-rata kena sembur dengan racun. Mm ada pilihan iaitu beli sayur yang banyak dijual dikedai-kedai dan cuci pakai sabun botol susu (yang boleh digunakan untuk cuci sayur & buah). Since ilmu subjek Kimia form 5 dulu dapat C6, ishh...tak caya aku sabun boleh get rid semua racun yang melekat kat sayur tu!!


Dalam pencarian kedai organik terdekat, segala website aku terjah...semua jauh. Opismate informed ada 1 di Kajang yang dia pernah gi. Selain tu ada kat The Curve. Mak aiii...jauh tu, kot aku gi IKEA logik gak! Akhirnya terjumpa secara tak sengaja kedai ini:





Kedai ni terletak di Jalan Reko, Kajang. Rupanya Kajang banyak kedai organik, since opismate aku terjumpa kedai lain.


Bekalan sayuran untuk baby Azizi dibeli di sini. Begitu juga dengan bekalan bijirin, apple cider untuk Dd (amalan Dd dipagi hari, nak taw tanya dia arrr). Kenapa beras perang lebih baik? Sebab beras perang tidak diproses sehingga bersih yakni sehingga hilang segala khasiat seperti vitamin B2, serat, etc. Dan kerana itu Mm beralih ke beras perang sekarang. Rasa sama sahaja kerana beras perang perlu direndam dahulu sebelum dimasak.


Towkey kedai ni sering berpesan, NO SALT bila masak untuk baby. Elok untuk kesihatan pun. Bila tengok salasilah keluarga...ngeri plak! Baik la aku puasakan garam ketika ini. Tapi MIL aku pandang enteng hal garam...hum...setiap orang ada pandangan masing-masingkan.


Makanan sampingan seperti biskut dan nestum (untuk kemudahan ketika berjalan) pun nak organik jugak. Yang di bawah ni Mm beli di ColdStorage Alamanda, Putrajaya. Banyak pilihan sampai rambang mata.



Mm paling suka biskut beras tu. NO SALT. Kebanyakkan biskut berasaskan beras di pasaran mesti ada garam. Aku tahu ler...ko tu bacanya kurang, PeMaLaS! Dalam penyediaan makanan bayi, garam perlu untuk membuatkan biskut tu bersifat keras/ rangup.



Harga? Memang extra la korang kena bayar. Niat Mm dan Dd, mengurangkan kandungan bahan kimia dalam tubuh badan kecil baby Azizi.


Kesihatan tak boleh dibeli, kita hanya boleh berusaha menjaga kesihatan tubuh. Bergantung kepada ubat bukan penyelesaian yang baik.


Nak tau story Mm buat di kedai organik, klik sini.

Monday, July 18, 2011

Opportunity Lost

Huhuh...ayat yang menyakitkan telinga dan panas hati daripada Dd...dah le orang tengah bengkak susu, boleh plak keluar ayat Opportunity Lost...

Alkisah, Mm tertinggal wayar pump so takleh la pump susu di pagi Ahad. Mm walau weekends kena pump at least 2x, kalau tak bengkak susu or baby Azizi minum smp nak termuntah/ termuntah terus.

Paksa baby Azizi minum since rasa tak selesa dan dia pun layan minum smp nak termuntah. Punya la banyak minum...dan rasanya dia pun confuse nape la Mummy aku suruh minum banyak-banyak, biasa malas nak layan aku sangat!!

Dan akhirnya pukul 9.30 malam, dapat wayar terus pump. Sebelum tu berlaku adegan berebut wayar dengan baby Azizi. Dapat 10 oz utk 10 minit....hum...dalam keadaan begini masih banyak rezeki untuk baby Azizi, alhamdulillah.

Friday, July 15, 2011

HR

Mm ingat senang bila jadi HR ni, lagi-lagi hanya melibatkan hal-ehwal seorang pekerja iaitu pembantu rumah a.k.a maid a.k.a helper.

Alkisah, maid aku ada la berbunyi yang job scope dia dah bertambah. Hum...lama dah dia berbunyi tapi Mm dengarkan aje. But last 2 weeks dia berbunyi yang menjengkelkan hati, perasaan dan kepala otak Mm. Serabut beb...serabut gila smp naik menyampah aku. Dan bila aku bersuara, bunyinya agak keras.

Seminggu aku diam dan berfikir. Dan akhirnya aku buat keputusan untuk maklumkan mereka yang terlibat untuk memberi kerjasama.

Justifkasi aku mudah aje:

1) Mm dah tolong fikir...so ikut je keputusan Mm dah buat
2) Gaji dia murah je Dd bayar setiap bulan
3) Skop kerja menjaga baby Azizi dan jika ada kelapangan baru buat kerja rumah yang lain
4) Waktu kerja dia bukan 24 jam sehari, dia pun lebih kurang 8 jam bekerja sepatutnya sehari

So, bila Dd ckp dulu kenapa maid kata tak kisah kat MIL? Adoiii....senang cakap dia bukan SERVANT orang lain, dia ada perasaan, dia pun ada PENAT!

So, what ever yang pernah dia cakap atau orang lain cakap dah tak relevant lagi bila Mm dah buat keputusan di atas.

Sila renung-renungkan dan jangan nak panjangkan kisah bila manager HR dah buat keputusan!!

Friday, July 8, 2011

m3

Benar sekali apabila seseorang manusia itu diuji dengan sedikit masalah, kita akan bermuram durjana. Namun kita harus terus berfikiran positive, berusaha menyelesaikan masalah dan berdoa kepadaNya.

Apa itu m3? Itu lah grade yang Dd dapat bagi performance tahun 2010. Dia sangat kecewa. Sehingga kesihatan dia sangat terganggu. Menyebabkan suasana ceria keluarga tegang kadang kalanya.

Pernah sekali itu Dd berkata, ..."You belum dapat m3 boleh la cakap senang, cuba dapat tengok apa you rasa!". Hati Mm bagai ditusuk pedang samurai. Pedih beb, kelopak mata ni tahan air jangan tumpah aje. Pastu Mm terus tidur, tak mau sambung cerita pasal m3 lagi.

Hingga la satu hari itu, Mm cakap terang-terang dgn Dd...apa pandang Mm terhadap isu ini. Komme ni...semua nak tau apa Mm cakap sihhh! Ok..ok..share sikit. Basically Mm minta Dd fikir kembali objektif dan hala tuju yang dia set 3 tahun lepas. Jangan terdesak sampai jilat ludah sendiri. Berusaha bersungguh-sungguh dan mohon daripada Allah s.w.t kerana tanpa izinNya rezeki itu tidak akan menjadi hak kita. Itu jew...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t apabila stage 1 and stage 2 Dd harapkan berjalan seperti yang dirancangkan. Semoga stage 3 dan stage seterusnya berjalan dengan lancar.

Ya Allah..kami mohon kepada Mu...mewahkan rezeki kami sekeluarga dan dengan rezeki halal yang Kau kurniakan itu..kami akan gunakan sebaiknya untuk membesarkan Muhammad Azizi Syalia dan adik-adiknya.

Ini kisah Dd. Bagaimana pula dengan kisah anda...yea kamu yang sedang membaca ketika ini?

Thursday, July 7, 2011

...yOuR BaBy nEeD sTiMuLaTiOn...

Last Saturday, kami decided nak jumpa Doc Atikah untuk dapatkan suntikan imunisasi tambahan untuk bb Azizi. Yessssss...influenza jab! Reasons? Mak aii...malas betul kamu semua yea. Hehheh...serkap jarang jew, so jangan marah-marah sebab boleh pandang-pandang aje!!

Well, after long discussion with Doc Atikah before this, the main reason is just to ensure bb Azizi is not easily get sinus if he will be sending to nursery (maid aku nak keje 2 tahun jek!!) and infectious from Mm & Dd (we always running nose early in the morning).

During the jab session, of course he did crying a loud as to show the pain that he suffered. Pity my bb boy Azizi but for your own good sayang oooiii! Doc Atikah did mentioned normally he would not get FEVER. I saw Dd was nodding (macam faham siihhh) and everything seem fine, baby Azizi was asking for milk and fall asleep.

Then we went to Gardens, to buy baby Azizi some books with sound at Boarders. Personally Mm like to be there because of environment and rows of toddler books to be choosen. Baby Azizi made many noises, grrrr Mm such in hurry to find good books for him!

In the afternoon, we had our lunch at Tony Roma's. Mm & Dd gave him piece by piece bread, he did enjoy it soooooo much!!! Maybe he felt eating adult food was so good without any discrimination of ages.

On the evening, Dd & Mm left baby Azizi and maid at Nenek's house. We head to Tanjung Harapan, Klang for makan-makan session at Restorant Bagan. He's OK but calling Mi..mi...once he lonesome about Mm.

We reached home around 11.30pm, everybody we in calm & peace while my poor baby boy Azizi was crying for me. Masya-Allah, he fall sick with high fever...body temperature was 39.4 degree! Dd cannot sleep that night, watching little baby...Me? heheh...tido!

We only decide to find a PAED on Sunday,after 2pm as his temperature up and down since morning...but our search came to avail. Really pity looking at my baby eyes, sob..sob..sob..

On Monday morning, Dd got migraine and Mm had to look after baby Azizi. By 9.00 am straight to nearest klinik for Dd medication (hum..doc suspected Dd might suffer heart problem in short time, Nauzubillah...) and stright to Doc Afifah for baby Azizi medication.

Suprisingly, ubat roket not suitable to baby as it can cause diarrhea. And Doc Afifah suggest to take liquid medicine and adviced how to give to baby. Doc look so worried as baby Azizi still cannot crawl and sit by himself.

Doc: I'm supervising him from age of 27 days until now...even he was delivered by c-section but no abnormal situation suffered by him. To me your baby brain development is normal. Please do something, please stimulate him to start crawl and sit by himself.

Dd: Are this because of our maid?

Doc: No...but if he was in nursery, he has friends to communicate. Ask your maid to look and teach him to crawl. Don't leave him alone by doing household work. Put priority accordingly.

Dd: Ok, noted. (muka sememeh sedih & sakit kepala)

Till now, Dd was so worried about his son achievements. Push to above limits but baby Azizi seems unhappy with it. Dd buy play mat to ensure safety...(maklum la belajar saftey bagai...tak mau kejadian pink walker berulang).

Pray to Allah....Dia Maha Mengetahui Segala-galanya!

Wednesday, July 6, 2011

Aku sepasang kasut

Inilah kasut kegemaran Mm untuk ke pejabat saban hari.




Banyak jasa kasut ni. Mm beli di Mid Valley masa kerja di sana. Dah lebih 1 tahun kasut ni berjasa kepada tuannya.

Dan pagi ini bila pembantu bercerita benda yang sama buat kali yang ke berapa ratus tah, Mm respond agak keras sedikit. Tapi yea juga....serabut Mm pikior hal ni...dan tak perlu serabutkan kepala Dd dgn hal ni.

Apa ingat Mm tak layak nak buat keputusan? Mau cari pasal? Mau bertinju?

Ok, back to our story about kasut. Ada plan nak beli kasut baru before ke training end of this year. And again Mm ni suka cari kasut yang cantik walau untuk ke pejabat. I believe most you know that court shoe is the standard shoe for ladies to office. So this time around nak fancy sikit, with a bunch of flower or ropol-ropol, yet ke sergah dengan Dd. Don't be silly to throw money to something that not fit with ideal appearances baby.

Until today, only this shoe Mm did enjoy to wear to office. Kira setia ku korbankan. And I put my maid situation like my shoe.

I have to do something about it....hum..hum!!!!

Tuesday, July 5, 2011

Makan-makan

Saje belanja org mkn:











Tak boleh order sotong lain kali.

Dan lagi sedap dibelanja org:












Thanks to Tn. Pumie.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Farewell Party @ Kelab Tasik Putrajaya

Let those pictures tell you about the lunch party:









Thank you my friend.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, July 1, 2011

Rumah

Tetiba bersemangat survey rumah. Bukan sebab Dd pun ok, sebab diri sendiri yang nak survey. Dd? Dia sibuk dengan hal lain...lain kali Mm cerita la!! Suspen? Rileks arrr..

Mula-mula tepon Puteri Palma Kondominium. Mana? Korang ni macam mak Mm plak!! Di IOI Resort Putrajaya. Diakui keluasan lantai besar which is more than 1000+ square feet. Price? RM550,000.00 ++ hehheeheh...mahal? Memang ler... cuba you all tanya plus points nyer...malas betul korang ni bab buat kerja survey. Well, Mm listkan khas untuk tatapan kome semua yer:

1) Kondo dah siap, means lepas sign aggrement after 1 week dah bole move in laaa
2) Dah ada aircond
3) Dah ada water heater
4) Dah ada alarm system
5) Dah ada shower screen
6) Dah stove dan hud dapur

Tinggal pasang lampu dan kipas serta perabot yang lain aje. Hum..per square feet RM380 - 400 which kata pemaju la...murah drp cyberjaya!

Lepas tu tepon plak Putrajaya Homes Sdn Bhd...tanya rumah kat area Presint 11..next week or 2 weeks time akan launch...berasap juga la harga untuk rumah teres intermidiate, 20 x 70 dijual pada harga RM548,888.00...hum..hum..kalau govt staff boleh mohon utk dapat 25% off melalui penjualan rumah CSRU.

Hum...hum..hum...bila boleh beli rumah ni?